Jaguar Sambut Baik Kehadiran Kedua-Dua Jentera Ini
Jaguar mendedahkan barisan baharunya R-Dynamic Black untuk keluaran model XF. XE R-Dynamic yang dilancarkan pada tahun lalu sebenarnya menerima beberapa ciri tambahan sebagai sebahagian daripada penambahbaikan jentera itu.
![]()
Kedua-dua model dilihat hadir dengan kemasan Gloss Black di bahagian sisi cermin pintu, gril, tingkap, saluran fender, lencana belakang dan rel bumbung dan sport brek.
Bahagian trim juga termasuk di bahagian bumbung panaroma untuk kedua-dua model berkenaan selain ia hadir dengan rim aloi Gloss Black bersaiz 19 inci dengan kaliper brek.
Menyentuh bahagian dalamannya pula, venir buatan tangan boleh dilihat pada Ebony kelabu gloss untuk model XE dan Satin charcoal Ash pada pedal XF.
Pencahayaan kabin premium yang diperkenalkan itu pula menawarkan 30 pilihan warna berbanding 10 warna untuk XF.
Sistem infotainmen Pivi Pro dipadankan dengan keupayaan perisian melalui udara (SOTA) termasuk sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.


Kedua-dua model ini juga menawarkan sistem pengionan udara kabin pengguna, yang menggunakan penapisan PM2.5 untuk menapis zarah dan alergen di dalam kenderaan.
Model XF juga dilengkapi dengan teknologi Pembatalan Bunyi Bising Aktif yang membatalkan bunyi frekuensi rendah sekali gus membantu mengurangkan keletihan pemandu yang terpaksa memandu untuk jarak jauh.
Kedua-dua model ini dikuasakan dengan enjin 2.0 liter empat silinder Ingenium dan enjin diesel menggunakan sistem hibrid 48 voltan.
Malah, ia juga dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dimana trenkuasa ini didapati pada pemacu roda belakang atau semua pacuan roda dengan pemanduan pintar dinamik.
Apapun, enjin paling efisien ialah enjin diesel dimana ia mampu menghamburkan 201 kuasa kuda dan tork 430 Nm dimana ia lebih responsif dengan sistem MHEV.

Enjin ini juga menyalurkan kecekapan bahan api yang agak baik iaitu 4.8 liter/100km untuk pemanduan XE dan 4.9 liter/100km untuk XF.
Sementara itu, enjin petrol pula menghasilkan 246 kuasa kuda dan tork 365Nm. Maka, ini membolehkan XE mampu memecut dalam masa 5.6 saat manakala XF duduk di tempat kedua dan tempat ketiga memandangkan ia mampu memecut dalam 5.8 hingga 6.1 saat sahaja.

XE R-Dynamic Black menawarkan lima pilihan warna: Firenze Red, Bluefire, Eiger Grey, Santorini Black dan Otsuni White, manakala XF R-Dynamic Black pula tersedia dalam pelbagai warna.

XE R-Dynamic Black dijual pada harga £33,470 (RM190,747) manakala harga XF Sportbrake R-Dynamic pula bermula dari £37,335 (RM212,773) dan £39,395 (RM224,539).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS5204
SELANGOR
BSN7631
JOHOR
JYU1405
PULAU PINANG
PSB1295
PERAK
APG3874
PAHANG
CFG569
KEDAH
KGF514
NEGERI SEMBILAN
NEJ9258
KOTA KINABALU
SJR1924
KUCHING
QAB4971N
Terakhir Kemas Kini 04 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah
Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.
03-04-2026
RON95 Terendah Di Dunia
Harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia.
03-04-2026
Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?
Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.
03-04-2026
Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV
Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.
03-04-2026
Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman
Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,
03-04-2026
Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok
Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.
03-04-2026
Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul
Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.
01-04-2026
Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen
Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.
01-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

