ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jaguar Sambut Baik Kehadiran Kedua-Dua Jentera Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

Jaguar mendedahkan barisan baharunya R-Dynamic Black untuk keluaran model XF. XE R-Dynamic yang dilancarkan pada tahun lalu sebenarnya menerima beberapa ciri tambahan sebagai sebahagian daripada penambahbaikan jentera itu.

Kedua-dua model dilihat hadir dengan kemasan Gloss Black di bahagian sisi cermin pintu, gril, tingkap, saluran fender, lencana belakang dan rel bumbung dan sport brek.

Bahagian trim juga termasuk di bahagian bumbung panaroma untuk kedua-dua model berkenaan selain ia hadir dengan rim aloi Gloss Black bersaiz 19 inci dengan kaliper brek.

Menyentuh bahagian dalamannya pula, venir buatan tangan boleh dilihat pada Ebony kelabu gloss untuk model XE dan Satin charcoal Ash pada pedal XF.

Pencahayaan kabin premium yang diperkenalkan itu pula menawarkan 30 pilihan warna berbanding 10 warna untuk XF.

Sistem infotainmen Pivi Pro dipadankan dengan keupayaan perisian melalui udara (SOTA) termasuk sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Kedua-dua model ini juga menawarkan sistem pengionan udara kabin pengguna, yang menggunakan penapisan PM2.5 untuk menapis zarah dan alergen di dalam kenderaan.

Model XF juga dilengkapi dengan teknologi Pembatalan Bunyi Bising Aktif yang membatalkan  bunyi frekuensi rendah sekali gus membantu mengurangkan keletihan pemandu yang terpaksa memandu untuk jarak jauh.

Kedua-dua model ini dikuasakan dengan enjin 2.0 liter empat silinder Ingenium dan enjin diesel menggunakan sistem hibrid 48 voltan.

Malah, ia juga dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dimana trenkuasa ini didapati pada pemacu roda belakang atau semua pacuan roda dengan pemanduan pintar dinamik.

Apapun, enjin paling efisien ialah enjin diesel dimana ia mampu menghamburkan 201 kuasa kuda dan tork 430 Nm dimana ia lebih responsif dengan sistem MHEV.

Enjin ini juga menyalurkan kecekapan bahan api yang agak baik iaitu 4.8 liter/100km untuk pemanduan XE dan 4.9 liter/100km untuk XF.

Sementara itu, enjin petrol pula menghasilkan 246 kuasa kuda dan tork 365Nm. Maka, ini membolehkan XE mampu memecut dalam masa 5.6 saat manakala XF duduk di tempat kedua dan tempat ketiga memandangkan ia mampu memecut dalam 5.8 hingga 6.1 saat sahaja.

XE R-Dynamic Black menawarkan lima pilihan warna:  Firenze Red, Bluefire, Eiger Grey, Santorini Black dan Otsuni White, manakala  XF R-Dynamic Black  pula tersedia dalam pelbagai warna.

XE R-Dynamic Black dijual pada harga  £33,470 (RM190,747) manakala harga XF  Sportbrake R-Dynamic pula bermula dari £37,335 (RM212,773) dan £39,395 (RM224,539).

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQS5259

SELANGOR

BSN7647

JOHOR

JYU1425

PULAU PINANG

PSB1341

PERAK

APG3907

PAHANG

CFG592

KEDAH

KGF706

NEGERI SEMBILAN

NEJ9259

KOTA KINABALU

SJR1926

KUCHING

QAB4975N

Terakhir Kemas Kini 05 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

EV

03-12-2024
Global

21-11-2024
Global

17-06-2024
Global

21-05-2024
EV

17-05-2024
Global

11-10-2023
Kereta Baru

28-03-2023
EV

12-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah

Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.

03-04-2026
Berita Auto

RON95 Terendah Di Dunia

Harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia.

03-04-2026
Berita Auto

Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?

Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.

03-04-2026
Berita Auto

Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV

Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.

03-04-2026
Berita Auto

Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,

03-04-2026
Berita Auto

Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok

Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.

03-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.