BMW Malaysia Salur Sumbangan RM20,000 Untuk Subsidi Kerusi Kanak-Kanak
Kumpulan Perkhidmatan Kewangan BMW Malaysia menyalurkan sumbangan lebih RM20,000 kepada program subsidi BMW Safety 360° melalui kontrak pelanggan yang dibiayai menerusi platform kewangan secara atas talian, BMW Engage.
Pada tahun lalu, BMW Malaysia telah berjanji untuk memberi komitmen bagi pihak pelanggannya untuk menyumbangkan RM100 kepada program subsidi berkenaan bagi setiap kontrak yang diluluskan di platform pembiayaan yang pertama itu.

Pengarah Urusan BMW Group Financial Services Malaysia, Tobias Eismann berkata, pihaknya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa mereka mampu mensubsidikan lebih 300 kerusi yang dikumpulkan dari platform itu sejak tiga bulan lalu untuk disalurkan kepada keluarga yang memerlukannya.
“Walaupun ketika ini perjalanan dihadkan, kami mahu terus menggiatkan penggunaan kerusi kanak-kanak untuk memastikan keselamatan kanak-kanak di atas jalan raya kerana ia dilihat penting apabila pelaksanaan perjalanan dibenarkan semula,” katanya.
Program BMW Safety 360° buat pertama kali yang diperkenalkan pada Disember 2019, telah merekodkan lebih daripada 25,000 permohonan golongan ibu badapa daripada B40 sekali gus menunjukkan kepentingaan penggunaan kerusi kanak-kanak di Malaysia.
-full.jpg)
Malah, program ini dikatakan turut mendapat sokongan daripada Shopee yang mengambil bahagian sebagai rakan penaung E-Dagang Eksklusif termasuk KU.KU, Duckbill, Otomo Mideer, Ankou dan Kakimotor.
Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat BMW, Sashi Ambi berkata, biarpun penguatkuasaan penggunaan kerusi kanak-kanak ditangguhkan buat sementara waktu namun pihaknya mahu terus berusaha untuk menggalakkan penggunaan kerusi itu melalui program berkenaan.
“Kami percaya ia bukan sahaja tanggungjawab rakan kongsi kami malah ia melibatkan golongan ibu bapa dan seluruh rakyat yang mahu memastikan tahap keselamatan di jalan raya,” katanya.
Setiap kerusi kanak-kanak itu ditawarkan dengan subsidi bernilai RM50, manakala RM30 sebagai caj penghantaran termasuk diskaun harga yang ditawarkan oleh Safe ‘n Sound eksklusif bagi penerima program subsidi ini.
Sehubungan itu, setiap penerima program ini akan menerima baucar Shopee bernilai RM113 yang boleh digunakan untuk pembelian melalui laman mikro https://shopee.com.my/m/bmw-child-safety-seat-subsidy-programme.
.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR2973
SELANGOR
BST9400
JOHOR
JE6579J
PULAU PINANG
PSF7670
PERAK
APL6553
PAHANG
CFH8155
KEDAH
KGJ2329
NEGERI SEMBILAN
NEL9785
KOTA KINABALU
SJU2461
KUCHING
QAB6103P
Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Isu Rohingya Boleh Ambil Lesen Memandu: Ini Penjelasan JPJ
Palsu! Dakwaan JPJ Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu.
24-09-2026
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat