Ini Yang Menarik Di MY BMW World 2025 – Mula Esok, 13 Hingga 15 Jun

Setelah sedekad berlalu sejak pertama kali dianjurkan, MY BMW World kini kembali menghangatkan dunia automotif tempatan bagi tahun 2025. Bertemakan “Heritage in Motion” acara MY BMW World 2025 menyajikan orang ramai dengan dunia BMW dari dulu hingga kini, dari model ikonik suatu masa dulu hinggalah kepada inovasi terbaru yang membangkitkan keterujaan.
Pengalaman Imersif & Barisan Model Baharu



MY BMW World 2025 bukan sekadar pameran, tetapi satu pengalaman imersif yang menonjolkan perjalanan BMW Group Malaysia sejak era 1970-an. Pengunjung dapat melihat sendiri pelbagai model terbaru seperti BMW 218 Gran Coupé Sport, BMW X3 20 xDrive M Sport, BMW M2, BMW M3 Competition M xDrive dan BMW M5.
Baca: BMW M5 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Cecah 727 HP, Dari RM1,188,800

Ulang tahun ke-50 BMW 3 Series turut diraikan dengan pelancaran BMW 320i Sport dan BMW 330i M Sport.
Barisan MINI turut mencuri tumpuan dengan MINI All-Electric MINI Cooper JCW, MINI Aceman JCW dan MINI Countryman JCW S ALL4. Semua model ini membuktikan komitmen BMW Group Malaysia terhadap “Technology Openness” dan “Power of Choice” untuk memenuhi pelbagai keperluan gaya hidup.
Model Eksklusif & Ikon Perlumbaan
Antara tarikan utama ialah BMW 760i xDrive Protection yang menawarkan perlindungan maksimum tanpa mengorbankan keselesaan dan prestasi, serta penampilan sulung BMW M4 Competition Coupé M xDrive di Malaysia dengan gaya lebih menyerlah beserta teknologi lebih canggih. Turut dipertontonkan ialah replika model lagenda BMW M3 DTM yang pernah mengungguli kejuaraan DTM, sebagai peringatan kepada DNA perlumbaan BMW yang sentiasa hidup dalam setiap model.
Aktiviti-Aktiviti yang Disajikan




Pengunjung turut berpeluang menyelusuri sejarah BMW Group Malaysia melalui sudut galeri yang memaparkan pencapaian inovasi, khidmat pelanggan, kelestarian dan legasi sukan permotoran.
Turut diadakan ialah BMW X Challenge yang membolehkan peserta merasai sendiri keupayaan sistem xDrive melalui halangan seperti Two-Wheel Lift Diagonal Ramp, Staggered Ramp dan Roller Ramp.
Para pengunjung juga boleh bersantai di BMW Café atau membeli barangan edisi terhad MY BMW World.
Tawaran Eksklusif BMW, MINI & Motorrad

Sempena MY BMW World 2025, BMW Malaysia menawarkan promosi istimewa sepanjang Jun 2025. Pelanggan yang membuat tempahan model terpilih akan menikmati kadar faedah serendah 0.5%, pakej servis percuma 5 tahun BMW Service Inclusive (BSI), subsidi insurans komprehensif tahun pertama bernilai RM5,000, serta perlindungan BMW Protection+ yang merangkumi pelbagai manfaat termasuk perlindungan kemalangan, kecurian, GAP dan perlindungan rim, banjir serta calar.


Bagi peminat MINI, promosi termasuk servis percuma 10 tahun untuk model terpilih, subsidi insurans sehingga RM3,000, serta waranti lanjutan 4 tahun untuk pembelian MINI Aceman SE dan MINI Countryman SE. Pelanggan MINI Aceman SE juga menerima pelekat badan eksklusif dan MINI Floating Hub Cap, manakala pembeli Countryman Blazing Blue menerima bagasi atau loket istimewa.
BMW Motorrad turut menawarkan rebat eksklusif untuk model terpilih, memberi peluang kepada peminat dua roda untuk menikmati pengalaman “Make Life a Ride” dengan nilai tambah yang menarik.
Kunjungi MY BMW World 2025
MY BMW World 2025 dibuka kepada umum bermula esok, 13 hingga 15 Jun, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di The Yard, Sentul Depot.
Baca: BMW 218 Gran Coupé Sport Kini Rasmi Di Malaysia – CKD, Dari RM241,000
Baca: BMW X3 20 xDrive M Sport Kini Rasmi Di Malaysia – CKD, Dari RM349,000
Baca: Dilancar: BMW 330i M Sport, BMW 320i Sport, Harga Bermula Dari RM290K Sahaja
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4238
SELANGOR
BST7549
JOHOR
JE3918J
PULAU PINANG
PSF6029
PERAK
APL5208
PAHANG
CFH7543
KEDAH
KGJ1430
NEGERI SEMBILAN
NEL8759
KOTA KINABALU
SJU1567
KUCHING
QAB5763P
Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia
Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.
21-07-2026
Siapa Kata EV Tak Laku? BMW Buktikan Sebaliknya
BMW Group Malaysia sekali lagi membuktikan dominasi mereka sebagai pengeluar kenderaan premium nombor satu di tanah air bagi tahun kelima berturut-turut.
16-01-2026
BMW & UM 'Terangi' Kawasan Pedalaman Guna Bateri EV Terpakai
BMW Group Malaysia mengukuhkan komitmen kelestarian mereka menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Malaya (UM).
16-01-2026
Harga BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 Diumumkan – CKD, Dari RM218,800
BMW Group Malaysia telah mengumumkan harga runcit rasmi bagi model baharu BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 yang kini dipasang secara tempatan (CKD).
04-07-2025
Harga BMW X3 20 xDrive M Sport 2025 Diumum, Cuma Berharga RM320,800
BMW Group Malaysia akhirnya mengumumkan harga runcit bagi model serba baharu BMW X3 20 xDrive M Sport 2025, sebentar tadi.
25-06-2025
BMW M340i xDrive M Sport Pro 2025 Kini Di Malaysia – Dari RM388,800
BMW Group Malaysia terus mengukuhkan barisan model 2025 untuk model 3 Series generasi ketiga (G20) dengan pelancaran rasmi BMW M340i xDrive M Sport Pro versi CKD.
20-06-2025
BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800
Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.
13-06-2025
BMW M5 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Cecah 727 HP, Dari RM1,188,800
BMW Group Malaysia hari ini melancarkan sedan sport BMW M5 2025 dengan harga jualan bermula daripada RM1,188,800.
12-06-2025
Berita Terkini
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?
Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?
18-09-2026
Berapa Harga Hyundai Tucson?
SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k
18-09-2026
Remaja 14 Rempuh 2 Kereta, Mujur Tiada Yang Mati
Remaja 14 tahun dirakam memandu secara melulu.
17-09-2026
PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian
PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.
17-09-2026
Surat Kelulusan Projek Pelebaran Lebuhraya PLUS Adalah Palsu
Surat Palsu Projek Pelebaran Lebuh Raya Plus: PMO Buat Laporan Polis.
17-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
