- Berita
- Berita Auto
- Pelumba Malaysia Dipilih Aston Martin Sebagai Pengarah Bagi Pengedar Eksklusif Vantage GT
Pelumba Malaysia Dipilih Aston Martin Sebagai Pengarah Bagi Pengedar Eksklusif Vantage GT
Aston Martin telah memilih Motorsports Services AMR Asia Limited (MSAA) sebagai pengedar eksklusif kesemua varian bagi kereta lumba Vantage GT, alat ganti dan juga sokongan teknikal di negara China, Hong Kong, Macau, Taiwan dan Asia Tenggara.
Organisasi ini dipertanggungjawabkan untuk memperkembang jenama kereta sport mewah British, Aston Martin, di rantau ini. Organisasi baharu ini merupakan gabungan usahasama antara tiga entiti penting termasuklah pelumba negara, Weiron Tan.
MSAA akan memulakan perkhidmatan secepat yang mungkin dari bengkel sedia ada mereka yang terletak berdekatan Sepang di Kuala Lumpur, Malaysia. Pusat operasi kedua yang berpangkalan di Zhuhai pula akan lebih memberi perhatian kepada pasaran negara China demi mengelakkan sebarang isu bekalan dalam era pandemik.

Pengarah MSAA, Weiron Tan berkata mereka sangat berbesar hati atas gandingan antara Aston Martin Racing dan MSAA sebagai wakil rasmi dan juga pengedar di rantau Asia. Menurutnya lagi, tahun ini merupakan tahun yang agak mencabar bagi industri permotoran, terutamanya di negara-negara Asia disebabkan impak penularan pandemik COVID-19. Namun begitu, kami yakin bahawa saat pengumuman ini dibuat dan juga infrastruktur yang telah diaturkan dapat melancarkan segalanya untuk Aston Martin dan meluaskan jejak AMR GT ke seluruh rantau, memberikan perkhidmatan dan juga sokongan yang berkualiti kepada pelanggan yang dihargai.
Pemenang kejohanan China GT 2018, Team ZWEI (dahulunya dikenali sebagai BSEM Racing) yang merupakan rakan kongsi AMR akan menjadi pasukan pertama untuk bekerjasama dengan MSAA di China, dan bakal mengadakan perlumbaan menggunakan Aston Martin Vantage GT4.

Presiden Aston Martin Racing (AMR), David King berkata buat sekian lama mereka telah melihat negara China dan rantau asia Tenggara sebagai lokasi yang strategik untuk pertumbuhan industri permotoran. Kini berdasarkan kesinambungan kejayaan Vantage GT3 dan GT4 di persada GT antarabangsa, kita sudah pun memiliki platform yang sempurna. Penubuhan MSAA membuka peluang kepada AMR untuk menyalurkan perkhidmatan ke seluruh rantau Asia dan membantu rakan kongsi lain ketika bertanding dalam kejohanan dengan Aston Martin.
Pemilihan MSAA sebagai pengedar di Asia Tenggara adalah langkah terbaru yang diambil Aston Martin Racing untuk memperluaas dan menyokong rangkaian global kesemua rakan kongsi. Selain menjadi hub rantau ke-3 yang bertanggungjawab dalam memberikan sokongan dan bantuan teknikal lokal, MSAA turut memperluas program sokongan dengan kerjasama bersama juruteknik dan juga jurutera dari FIA GT World Endurance Manufacturer.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS4898
SELANGOR
BSN7530
JOHOR
JYU1190
PULAU PINANG
PSB1169
PERAK
APG3801
PAHANG
CFG473
KEDAH
KGF347
NEGERI SEMBILAN
NEJ9235
KOTA KINABALU
SJR1884
KUCHING
QAB4961N
Terakhir Kemas Kini 04 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah
Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.
03-04-2026
Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?
Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.
03-04-2026
Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV
Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.
03-04-2026
Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman
Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,
03-04-2026
Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok
Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.
03-04-2026
Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul
Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.
01-04-2026
Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen
Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.
01-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

