Kedua-dua pihak mencapai persetujuan berhubung proses homologasi
Syarikat kenderaan elektrik Malaysia, EV innovations yang menerajui projek MyKar telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Institut Automotif, Robotik dan Iot Malaysia (MARii) baru-baru ini.
Majlis itu diadakan sempena pengenalan projek MyKar di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Turut hadir dalam majlis itu, Pengerusi Eksekutif System Consultancy Services (SCS), Datuk Kalilur Rahman Ebrahim, Naib Pengerusi Ingress Corp Bhd, Datuk Dr Rameli Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Datuk Madani Sahari.

Perjanjian itu dimeterai selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat berhubung proses homologasi sekali gus membolehkan projek itu bersedia untuk melaksanakan kerja-kerja pembuatan.
Ia juga menyaksikan kolaborasi antara EV Innovation dan MARii dalam membangunkan teknologi tempatan untuk dilaksanakan dalam projek MyKar.

Malah, ia turut merangkumi platform EV, inisiatif integrasi termasuk bahagian dan komponen. Malah, ia juga termasuk dengan pembangunan Sistem Pengurusan Bateri (BMS), teknologi pengecas tanpa wayar EV dan protokol komunikasi untuk kenderaan yang semuanya tersedia di MARii
Difahamkan, terdapat sekurang-kurangnya 5 unit lagi MyKar yang bakal dihasilkan untuk fasa pengujian dan homologasi.
Ia bertujuan untuk membolehkan projek itu beralih dari fasa model prototaip kepada kenderaan yang layak untuk berada di jalan raya.

Projek MyKar yang dibangunkan pada tahun 2019, merupakan inisiatif sekumpulan jurutera tempatan dimana mereka berhasrat menghasilkan kenderaan EV bagi menampung populasi yang semakin berkembang seiring dengan pasaran automotif Malaysia dan ASEAN.
Majlis itu turut menyaksikan satu lagi perjanjian menandatangani antara kedua-dua pihak mengenai pembuatan alat ganti.
Projek ini adalah berdasarkan pelbagai teknologi yang dibangunkan oleh SCS, antaranya kawalan elektronik, peralatan dan integrasi.
Sementara itu, syarikat DK Composites Sdn Bhd pula bertanggungjawab untuk menghasilkan badan kenderaan manakala DNT Auto pula ditugaskan untuk mereka bentuk dan pembuatan casis termasuk semua bahagian mekanikal kenderaan pra-pengeluaran ini.
Gambar Ehsan MARii.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6251
SELANGOR
BSU2070
JOHOR
JF2285J
PULAU PINANG
PSG1141
PERAK
APL8847
PAHANG
CFH9160
KEDAH
KGJ3391
NEGERI SEMBILAN
NEM1746
KOTA KINABALU
SJU4149
KUCHING
QAB7005P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Malaysia Autoshow Bakal Berlangsung Di Pulau Pinang & Johor Pada Tahun 2026
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) semalam mengumumkan kemunculan acara automotif Penang Autoshow dan Johor Autoshow pada tahun 2026 akan datang.
18-11-2025
MARii, Petronas Perkenal Teknologi ADaPTiV: Bantu Ramal Masalah Kenderaan Sebelum Berlaku
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah bekerjasama dengan Petronas Global Technical Solutions Sdn Bhd (PGTSSB) memperkenalkan sistem ADaPTiV.
16-06-2025
MAS 2025: Label NxGV Dilancarkan, Pacu Inovasi Automotif Lebih Mesra Alam
MARii secara rasmi melancarkan Skim Pelabelan Kenderaan Generasi Akan Datang (NxGV) Sukarela.
13-05-2025
MARii Dedah Rancangan Pembangunan Industri EV Malaysia
Institut Automotif, Robotik, dan IoT Malaysia (MARii) menyasarkan untuk membangunkan industri EV yang kompetitif dan mampan.
15-05-2023
Berita Terkini
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat