ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Ford Lancar Raptor Warna Merah

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, Sime Darby Auto menampilkan Ford Ranger Raptor X Edisi Khas yang berwarna merah sekali gus menjadikannya ia merupakan Raptor merah yang pertama di pasaran.


Ketua Jualan Sime Darby Auto, Turse Zuhair berkata, Ranger Raptor merupakan trak pikap terkemuka di Malaysia.


“Jentera ini bukan sahaja mampu menyelusuri laluan lasak tetapi ia sesuai untuk kegunaan harian.


“Kami berharap pengeluaran barisan Ranger kali ini dapat menambahkan lagi keterujaan dalam kalangan penggemar jentera ini,” katanya.






Ia yang didatangkan dengan kamera 360 darjah digabungkan dengan beberapa kamera video untuk memaparkan visual di sekeliling kenderaan itu mengikut masa sebenar.


Trak pikap itu juga dilengkapi dengan Perakam Video Dwidigital (DVR) Kenwood dimana ia menawarkan pelbagai fungsi.


Antaranya, perakam berkualiti tinggi (HD) Quad, sudut pandangan yang luas, rakaman penglihatan malam, pelindung berpolaris terbina dan aplikasi mudah alih yang dihubungkan melalui hotspot.


Ia juga disambungkan  dengan Apple iOS dan Android, selain didatangkan dengan kad memori 32GB yang membolehkan pemandu merakam aktiviti kembara atau  sebagai ciri keselamatan.


Malah, pelekat halilintar Raptor X yang eksklusif dan alas kaki edisi khas menonjolkan kelainan yang lebih ketara, sebaliknya ia mengekalkan kabin Ranger Raptor yang premium.



Bagi memberikan pelanggan keyakinan sepenuhnya dalam pemanduan yang lasak, ia hadir dengan Brek Kecemasan Autonomi (AEB) bersama Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki, selain Amaran Perlanggaran Depan dan Bantuan Keluar Laluan.

Berdasarkan pengalaman dari Ford F-150 Raptor, kerangka casis Ranger Raptor telah  diubahsuai secara besar-besaran untuk kelajuan dan ketahanan off-road. 

Sistem gantungan setaraf kereta lumba juga direka khusus untuk menangani permukaan jalan yang sukar, mengurangkan loncatan, hentakan dan lekukan. 

Apa yang pasti tiada trak lain keluaran di Malaysia yang dipasang FOX Racing Shox dan bash plate dengan kekuatan ultra.

 Ciri Terrain Management System yang canggih dikatakan menyediakan enam mod pra-tetapan untuk menawan pelbagai jenis permukaan, dengan hanya memutarkan dial. 

Diinspirasikan oleh Baja 100 Desert Race, mod Baja ini cukup terkenal kerana ia memberikan daya cengkaman, meningkatkan daya responsif dan penukaran kelajuan, serta mengoptimumkan kelajuan tinggi off-road Ranger Raptor.

Lebih menarik lagi, keluaran model baharu ini didatangkan dengan waranti pengeluar selama lima tahun atau 160,000km (yang mana tiba dahulu) untuk model tahun buatan 2021 ke atas. 

Bagi yang berminat untuk membeli kereta ini, ia ditawarkan pada harga RM216,888. Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari laman web di www.sdacford.com.my. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN5826

SELANGOR

BST4045

JOHOR

JD4929J

PULAU PINANG

PSF2720

PERAK

APL1975

PAHANG

CFH6031

KEDAH

KGH8294

NEGERI SEMBILAN

NEL6576

KOTA KINABALU

SJT8579

KUCHING

QAB5017P

Terakhir Kemas Kini 31 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

05-02-2026
Berita Auto

02-02-2026
EV

10-12-2025
Kereta Baru

14-11-2025
Kereta Baru

22-08-2025
EV

12-08-2025
Berita Auto

12-08-2025
Global

07-04-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Kereta Baru
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.