ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kawal Kereta Hanya Di Hujung Jari

Suhana Veru

Kongsi melalui

Honda Malaysia melancarkan Teknologi Telematik bagi membolehkan pengguna berhubung dengan kereta mereka menerusi aplikasi telefon pintar.

Aplikasi yang dikenali sebagai Honda CONNECT itu menawarkan fungsi Keselamatan, Sekuriti dan Keselesaan kepada pengguna Honda.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata teknologi Honda CONNECT merangkumi visi Honda yang menghubungkan  nilai rekaan untuk mobiliti dan kehidupan harian manusia. 

“Kami berusaha untuk memudahkan urusan harian para pelanggan dengan menyediakan platform inovatif. Platform ini menawarkan pelbagai manfaat seperti ketenangan, keselesaan dan paling penting adalah keseronokan,” jelasnya.

Teknologi canggih itu dikatakan merangkumi beberapa aspek penting yang lain seperti Diagnostik Kenderaan, Aplikasi Kawalan Jauh, Pengesan Kenderaan dan Bantuan Perkhidmatan.

Bagi fungsi Keselamatan dan Sekuriti, ia didatangkan dengan Sistem Pengesan Perlanggaran Automatik, Pengesan Penggera Sekuriti, Amaran Had Laju, Find My Car, Amaran Geo-Batas dan Panggilan Kecemasan.


Sistem Pengesan Perlanggaran Automatik menawarkan bantuan  pantas jika berlaku kemalangan atau beg udara mengembung akibat kemalangan. 

Pemandu akan menerima bantuan segera dari Pusat Panggilan Bantuan Honda yang beroperasi 24 jam.

Dalam kes ini, satu notifikasi akan dihantar ke pusat penggilan Honda apabila ia mengesan terdapat pelanggaran.

Bagi Pengesan Penggera Sekuriti pula, pengguna boleh memantau kenderaan mereka dari mana-mana lokasi. Malah, ia juga akan memaklumkan jika pintu kereta, bonet atau hud hadapan tidak ditutup dengan betul. 

Ini juga adalah berita baik kepada pengguna yang kadang kala terlupa meletakkan kenderaan mereka kerana jika pengguna menggunakan Find My Car, ia berupaya mencari kedudukan sebenar kenderaan itu menerusi peta yang berhubung dengan Honda Connect.

Aplikasi ini juga akan  memberi amaran kepada pengguna jika kenderaan dipandu laju atau tersasar dari radius pemanduaan yang telah ditetapkan.     

Sistem Pengesan Perlanggaran Automatik menawarkan bantuan  pantas jika berlaku kemalangan atau beg udara mengembung akibat kemalangan. 

Pemandu akan menerima bantuan segera dari Pusat Panggilan Bantuan Honda yang beroperasi 24 jam.

Dalam kes ini, satu notifikasi akan dihantar ke pusat penggilan Honda apabila ia mengesan terdapat pelanggaran.

Bagi Pengesan Penggera Sekuriti pula, pengguna boleh memantau kenderaan mereka dari mana-mana lokasi. Malah, ia juga akan memaklumkan jika pintu kereta, bonet atau hud hadapan tidak ditutup dengan betul. 

Ini juga adalah berita baik kepada pengguna yang kadang kala terlupa meletakkan kenderaan mereka kerana jika pengguna menggunakan Find My Car, ia berupaya mencari kedudukan sebenar kenderaan itu menerusi peta yang berhubung dengan Honda Connect.

Aplikasi ini juga akan  memberi amaran kepada pengguna jika kenderaan dipandu laju atau tersasar dari radius pemanduaan yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun, ciri-ciri keselamatan ini dikatakan mampu mencegah kes kemalangan pada masa akan datang.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 11 isu yang dapat dikesan melalui Diganostik Kenderaan iaitu Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Supplemental Restraint System, Sistem Brek, Malfungsi Enjin, Sistem Pengecasan, Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Stereng Kuasa Elektrik (EPS), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Sistem Kuasa dan Sokongan Keselamatan.

Aplikasi ini juga dilengkapi dengan fungsi mesej One-to-One, Perkhidmatan Posting Rangkaian Sosial dan Pertanyaan Pelanggan. 

Mesej One-to-One akan memberi peringatan kepada pengguna mengenai tamat tempoh perkhidmatan penyelenggaran, insurans dan cukai jalan.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari laman web Honda di  https://www.honda.com.my/



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRD5609

SELANGOR

BSR1357

JOHOR

JYB3274

PULAU PINANG

PSD3074

PERAK

APJ4034

PAHANG

CFG8602

KEDAH

KGG6486

NEGERI SEMBILAN

NEK7306

KOTA KINABALU

SJS5348

KUCHING

QAB516P

Terakhir Kemas Kini 26 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k

Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?

12-06-2026
Berita Auto

Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun

Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!

04-05-2026
Kereta Baru

Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?

Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?

16-04-2026
Berita Auto

Kereta Honda Laku Keras, Ini Pula Sasaran CEO Honda Malaysia Tahun Ini

Honda Malaysia meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 60,000 unit kereta pada tahun ini.

11-02-2026
Berita Auto

Honda Malaysia Bakal Lancar 6 Model Baharu Tahun Ini, Adakah Mungkin Prelude?

Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan sekurang-kurangnya enam model baharu ke pasaran Malaysia pada tahun ini.

11-02-2026
Kereta Baru

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Berita Auto

Honda Malaysia, KTMB Jalin Kerjasama Untuk Sediakan Mobiliti Lestari Pada Persidangan ASEAN Railways Ke-45

Honda Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertindak sebagai Rakan Rasmi Pengangkutan Kereta bagi Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (ARCEOs’) ke-45.

09-09-2025
Berita Auto

SST Tidak Jejas Harga – Honda Malaysia

CEO Honda Malaysia, Narushi Yazaki, berkongsi kenyataan penting berkaitan isu pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluas.

18-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Teksi Malaysia ke Singapura Bakal Lebih Mahal Mulai 2027

Kos Teksi Malaysia Masuk Singapura Melonjak 2027.

26-06-2026
Berita Auto

NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang

Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 bakal membawa revolusi baharu dalam pemanduan harian anda.

25-06-2026
Berita Auto

Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan

Kurang satu peratus daripada kira-kira 14 juta pengguna yang berdaftar di bawah sistem Budi Madani Ron95 (Budi95) menggunakan lebih 200 liter petrol RON95 sebulan.

25-06-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Menang Anugerah

iCAUR V23 memenangi anugerah Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, baru-baru ini.

25-06-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Saman: Ahli Parlimen Cadang Bayar Ansuran

Shahidan mencadangkan bayaran saman bagi kesalahan jalan raya dibenarkan dibuat secara ansuran.

24-06-2026
Berita Auto

PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis

PUSPAKOM secara rasmi mengumumkan pengambilan 100 Pemeriksa Kenderaan (VE) baharu di seluruh negara untuk tahun ini.

24-06-2026
Berita Auto

RM25.2 Juta Diperuntuk Pasang Lampu Solar LED Di 32 Lokasi Berisiko Tinggi Lebuh Raya

3,000 Tiang Lampu Solar LED Bakal Dipasang Di Kawasan 'Blackspot' Lebuh Raya Menjelang November.

24-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.