ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Petronas Tawar Pelbagai Hadiah Mewah

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pengguna kad mesra Petronas  kini berpeluang menikmati “durian runtuh’ apabila Petronas Dagangan Bhd (PDB)  melancarkan Peraduan Petronas Primax 97 dengan Pro-Race Fuel yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan sehingga mencecah RM1 juta.

Menurut kenyataan PDB, pihaknya menawarkan sebuah kondominium bernilai RM600,00 sebagai hadiah utama peraduan itu.

“Bagi tempat pertama, kami menawarkan sebuah Mercedes-Benz  GLA 250 AMG Line bernilai hamper RM300,000.

“Antara hadiah lain yang turut ditawarkan ialah hadiah bulanan termasuk bekalan minyak selama setahun bernilai RM3,000 bagi tiga pemenang, e-baucar Setel RM100 untuk 100 pemenang dan dua unit minyak enjin Petronas Syntium 3000 5W-30 bernilai RM360 bagi 20 pemenang,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.


Mengulas lanjut mengenai peraduan itu, pelanggan yang berminat untuk menyertai peraduan itu hanya perlu mengisi minyak pada kadar minimum RM40 Petronas Primax 97 dengan Pro Race.

“Mereka perlu membelanjakan RM40 untuk mengisi minyak  sebanyak tiga kali sebulan pada bulan yang sama. 

“Selepas tiga transaksi itu,  para pengguna akan diberikan satu lencana dimana mereka berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan,” ujarnya lagi.

Kempen itu akan berakhir pada 31 Mei ini.

Bagaimanapun, peluang untuk menang juga bergantung kepada bilangan lencana yang diterima dan lencana ini sebenarnya boleh didapati di aplikasi Petronas, Setel.

Setiap transaksi yang dibuat menerusi aplikasi ini berpeluang menerima bonus kelayakan.

Sementara itu, Ketua Perniagaan Runcit PDB, Khalil Jaffri Muhammad Muri berkata, pihaknya mahu lebih ramai pengguna mencuba produk premium baharu ini.

Beliau juga berterima kasih kepada penaja bersama peraduan ini iaitu UEM Sunrise Berhad serta Petronas Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM). 

“Peraduan ini adalah tanda penghargaan kami kepada pelanggan,” katanya.

PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race telah dilancarkan pada Disember tahun lalu. Ia merupakan petrol terbaik yang dihasilkan dengan formulasi sekali gus menawarkan pemanduan lebih responsif dan efisien.

Formulasi itu dihasilkan menerusi melalui teknologi Advanced Dual Friction Modifier yang pertama di dunia.

Sehubungan itu, anda boleh melayari www.mymesra.com.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peraduan itu.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG7493

SELANGOR

BSR7301

JOHOR

JA5411J

PULAU PINANG

PSD9558

PERAK

APJ9785

PAHANG

CFH2142

KEDAH

KGH1841

NEGERI SEMBILAN

NEK9745

KOTA KINABALU

SJT1690

KUCHING

QAB2297P

Terakhir Kemas Kini 21 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

Gentari, PRO-NET Jalin Kerjasama Untuk Perbanyak Infrastruktur Pengecasan Malaysia

Gentari Sdn Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) untuk membangunkan infrastruktur kenderaan elektrik (EV) negara.

13-10-2022
Berita Auto
Berita Auto

PBD Menang Anugerah Platinum Jenama Putra 2020

Petronas diiktiraf jenama paling dekat dengan rakyat Malaysia.

09-02-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.