Gentari, PRO-NET Jalin Kerjasama Untuk Perbanyak Infrastruktur Pengecasan Malaysia

Gentari Sdn Bhd, anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat subsidiari PROTON, Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) untuk membangunkan infrastruktur kenderaan elektrik (EV) negara.
Ketua Peralihan Penyelesaian Tenaga Bersih PETRONAS, Shah Yang Razalli, berkata, kerjasama itu menyaksikan kedua-dua pihak memanfaatkan kepakaran masing-masing untuk memperkukuhkan infrastruktur EV Malaysia.
“Gentari berhasrat untuk memenuhi keperluan tenaga lestari dengan mengubah cara hidup hari ini untuk menjamin masa depan.

"Usaha sama dengan PRO-NET akan memberi manfaat jangka panjang dalam menyokong peralihan kepada pengangkutan mampan di Malaysia dengan mengutamakan perkembangan sepadu ke arah menjadikan kos penggunaan EV lebih berpatutan dan mudah diakses," katanya selepas majlis penandatanganan MoU, hari ini.
Melalui kolaborasi ini, Gentari akan menyediakan kemudahan pengecasan yang meluas melalui rangkaian pengedar PROTON yang terdapat di seluruh negara untuk memudahkan pengguna EV yang bakal dipasarkan syarikat berkenaan pada masa akan datang.
Untuk makluman pembaca, PROTON bakal membawa masuk EV mampu milik, Smart #1 dalam pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Fakta ringkas Smart #1:
Menggunakan motor elektrik tunggal yang dipasangkan di bahagian belakang yang menyalurkan output 268 hp (atau 200 kW)/343 Nm kepada roda belakang
Dikuasakan oleh pek bateri lithium-ion 66 kWh
Mampu mencapai kelajuan tertinggi 180 km/j
Jarak perjalanannya yang mampu ditempuh dengan cas penuh ialah 420 km hingga 440 km (WLTP)
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata,“Kerjasama antara Gentari dan PRO-NET menyokong aspirasi Dasar Tenaga Negara (DTN) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara rendah karbon menjelang 2040.
"Ini menerusi peningkatan perkongsian peratusan EV daripada satu peratus pada 2018 kepada 38 peratus menjelang 2040," katanya.
Majlis ini disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah dan Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC), Datuk Iskandar Abdul Samad.
Baca: EV Premium Harga Marhaen: Ini 6 Fakta Penting Smart #1, EV Yang Bakal Dilancarkan Di Malaysia
Baca: Proton X50, Proton X70 dilancarkan di Afrika Selatan
Baca: Tahniah PROTON, Catat Jualan 100,000 Unit Untuk Empat Tahun Berturut-Turut
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



