- Berita
- Berita Auto
- Banyak Rupanya Cara Nak Dapat Mata Ganjaran Daripada Aplikasi Setel Petronas!! Eh! Boleh Order Makanan Dari Kereta Kat Petronas?
Banyak Rupanya Cara Nak Dapat Mata Ganjaran Daripada Aplikasi Setel Petronas!! Eh! Boleh Order Makanan Dari Kereta Kat Petronas?
PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) telah memperkenalkan sebuah sistem yang membolehkan pelanggan mengutip mata ganjaran sehingga 3 kali ganda untuk setiap liter pembelian yang dibuat melalui aplikasi Setel. Program ini mula ditawarkan daripada sekarang sehingga 30 Jun 2021.
Sistem baharu ini dikategorikan kepada tiga peringkat berbeza iaitu Junior, Explorer dan Hero yang bergantung kepada jumlah isipadu minyak yang dibeli. Pembeli yang melakukan transaksi melalui aplikasi Setel akan menerima bonus sebanyak 1.5X, 2X atau 3X bagi setiap liter berdasarkan peringkat tadi.

"Kami sentiasa mencari cara untuk membentuk semula dan memudahkan pengalaman pelanggan. Dengan pendigitalan program kesetiaan Mesra kami, kini pelanggan boleh menerima, menebus ganjaran yang menarik dan memantau mata ganjaran yang diterima dengan mudah melalui aplikasi Setel atau app.setel.my tanpa menggunakan kad fizikal Mesra. Selain itu, penggunaan Setel juga dapat meminimumkan sentuhan fizikal dan memaksimumkan keselamatan di stesen," ujar Ketua Perniagaan Runcit PDB, Khalil Muri.
Tambahnya lagi, "Di samping itu, kami akan menganugerahkan pengguna Setel baharu dengan 10X mata ganjaran Mesra semasa promosi ini berlangsung untuk menggalakkan lebih ramai pelanggan menggunakan penyelesaian digital kami."

Pengguna yang baru kali pertama menggunakan akaun Setel, perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan akaun Setel dan jangan lupa untuk memasukkan kod promosi 'c-tenx' dalam tempahan untuk layak menerima 10X mata ganjaran Mesra bagi setiap perbelanjaan sebanyak RM1 melalui aplikasi. Promosi ini hanyalah untuk 30 hari pertama pendaftaran, terhad kepada 800 mata Mesra.
Mata ganjaran Mesra boleh didapatkan dengan cara menyelesaikan tugasan seperti tambah nilai Setel Wallet, bayar untuk produk yang dibeli daripada outlet Mesra, serta bayar minyak di stesen PETRONAS ataupun tempah barangan dengan menggunaka Deliver2Me. Ciri terbaharu, Deliver2Me, membenarkan pelanggan membeli barangan tertentu daripada lokasi-lokasi Mesra yang terlibat dan pelanggan akan menerima barangan ini secara terus daripada kenderaan semasa sedang mengisi minyak.
Setel adalah sebuah usaha daripada PETRONAS untuk menawarkan pengalaman pengisian minyak dan pembelian yang lancar di semua stesen PETRONAS seluruh negara. Dilancarkan pada bulan Julai 2018, Setel kini boleh digunakan di setiap negeri seluruh negara, dan boleh dimuat turun daripada Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW4838
SELANGOR
BSP6512
JOHOR
JYV9179
PULAU PINANG
PSB9074
PERAK
APH1949
PAHANG
CFG4030
KEDAH
KGF6540
NEGERI SEMBILAN
NEK2996
KOTA KINABALU
SJR7093
KUCHING
QAB7063N
Terakhir Kemas Kini 06 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kempen ‘Semua Boleh Setel' Dengan Aplikasi Setel – Pulangan Tunai Hingga RM800!
Setel memperkenalkan kempen 'Semua Boleh Setel,' apa yang menarik?
30-11-2023
Kolaborasi Gentari, EV Connection, Yinson GreenTech Mudahkan Akses 70% Pengecas EV Di Malaysia
Gentari Sdn Bhd (Gentari), EV Connection Sdn Bhd (EVC) dan Yinson GreenTech (YGT) melaksanakan kerjasama tiga hala menerusi anak syarikat, Green EV Charge Sdn Bhd.
17-03-2023
Setel Tambah Lokasi Pengecas EV Baharu, Kini Lapan Lokasi
Setel mendedahkan tiga lagi lokasi baharu.
10-07-2022
Setel Kini Tawar Perkhidmatan Baharu Untuk Pemilik EV
Pengguna EV kini boleh menggunakan Setel untuk mengecas kenderaan mereka.
26-05-2022
Petronas Tawar Pelbagai Hadiah Mewah
Orang ramai boleh menyertai peraduan ini hanya dengan mengisi minyak Petronas Primax 97 dengan Pro Race.
02-03-2021
PBD Menang Anugerah Platinum Jenama Putra 2020
Petronas diiktiraf jenama paling dekat dengan rakyat Malaysia.
09-02-2021
Berita Terkini
Feytech Menang Kontrak Proton RM96.8 Juta; Bakal Bekal Sarung Tempat Duduk Model Baharu Proton
Feytech Holdings Bhd meraih kontrak bernilai RM96.83 juta untuk membekalkan sarung tempat duduk untuk model baharu Proton.
06-05-2026
Suku Pertama 2026: MG Motor Malaysia 'Fly' Tinggi dengan Pertumbuhan 57%
MG Motor Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa, Jualan Suku Pertama 2026 Melonjak 57%.
05-05-2026
Aerotrain KLIA Kembali Beroperasi 24 Jam Sehari Hujung Mei Ini
Pengguna kini boleh menarik nafas lega kerana Aerotrain bakal beroperasi.
05-05-2026
Berhenti Jadi Mangsa Statistik: Volvo Ajak Anda 'Belajar Memandu' Semula di SIC
Selamat Driving Experience merupakan sebahagian daripada kempen Selamat yang dilancarkan oleh Volvo Car Malaysia .
05-05-2026
Satu Hari, 2,088 Nahas: Disiplin Jalan Raya Makin Merosot?
Sebanyak 2,088 kes kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sahaja semalam.
05-05-2026
Kerajaan Tanggung Subsidi Bahan Api RM5 Bilion Sebulan
Kerajaan mendedahkan jumlah subsidi bulanan melonjak drastik daripada RM700 juta pada Januari lalu kepada RM5 bilion sebulan ketika ini.
05-05-2026
Nak Tukar EV? Caricarz Automall Tawar TQ Wuling Bingo Harga Mampu Milik
Caricarz Automall menawarkan Tq Wuling Bingo EV terpakai pada harga sangat berbaloi.
05-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
