Honda Hatchback Dilancarkan Di Indonesia
Honda City Hatchback 2021 yang telah membuat kemunculan sulung peringkat global di Thailand pada November tahun lalu dilihat mencipta sejarah apabila ia sekali menggegarkan pasaran di Indonesia baru-baru ini.
Susulan daripada pelancaran itu, terdapat beberapa petunjuk yang mengatakan bahawa spesifikasi jentera berkenaan akan dibawa masuk ke Malaysia.

Setakat ini, media antarabangsa melaporkan, jentera sporty itu hanya terdiri daripada satu varian iaitu RS. Model generasi kelima ini menerima enjin 1.5 liter empat silinder i-VTEC DOHC yang menjana kuasa 121 manakala,tork maksimanya ialah 145 Nm.
Jika dilihat dari sudut luaran, jentera sporty ini kelihatan agak terserlah memandangkan ia dilengkapi dengan aerokit pada bahagian bamper, lower mesh gril di bampar hadapan dan fog garnish.
Kali ini, Hatchback RS mendapat sentuhan rekaan lampu terkini dengan LED penuh, lampu nyalaan siang LED, lampu kabus LED dan kombinasi lampu belakang dengan lampu LED.
Memasuki ruang kabin, spesifikasi Hatchback Indonesia ini menawarkan tempat duduk yang dihiasi dengan lapisan kulit dengan jahitan berwarna merah.
Bahagian depan pula, ia menyemarakkan aura yang lebih bertenaga apabila apabila lingkaran meter sporty itu dihiasi dengan warna merah. Skrin sentuh bersaiz 8 inci pula disambungkan dengan WebLink dan Apple CarPlay.
Jentera ini juga menggunakan sistem tanpa kunci, penghawa dingin automatik, sistem automatik yang berfungsi mengawal halaju kereta, termasuk kamera undur pelbagai sudut.
Bahagian sisi pula, terdapat perumah cermin sisi di bahagian puntu, antena sirip jerung, manakala rim aloi yang berwarna hitam ini didatangkan dengan saiz 16 inci.
Lebih menarik, ia didatangkan dengan fungsi Ultra Seat dimana ia menawarkan empat mod pada lokasi tempat duduk penumpang iaitu Utility Mode, Tall Mode, Refresh Mode dan Long Mode.
Mod ini dipasang bagi memberi keselesaan kepada penumpang terutamanya untuk jarak perjalanan yang jauh.

Menyentuh mengenai aspek keselamatan jentera ini memiliki enam beg udara selain dilengkapi dengan ABS, EBD, BA, Brake Override System, Bantuan Kestabilan Kenderaan, Bantuan Mula Mendaki, Lampu Isyarat Berhenti Kecemasan dan Alat Pemadam Api Ringan.
Bagi yang meminati kereta sporty sudah pasti mahu mengetahui mengenai warna jentera ini. Ia didatangkan dengan enam pilihan warna iaitu Phoenix Orange Pearl, Rallye Red, Crystal Black Pearl, Lunar Silver Metallic, Platinum White Pearl dan Meteoroid Gray Metallic.
Bagaimanapun, harga jentera ini masih belum didedahkan di Indonesia. Ia dikatakan akan mula dijual selewat-lewatnya pada bulan hadapan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6251
SELANGOR
BSU2070
JOHOR
JF2285J
PULAU PINANG
PSG1141
PERAK
APL8847
PAHANG
CFH9160
KEDAH
KGJ3391
NEGERI SEMBILAN
NEM1746
KOTA KINABALU
SJU4149
KUCHING
QAB7005P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Honda City Hatchback RS e:HEV RM107K? Berbaloi Ke Beli?
Honda mengumumkan secara rasmi harga varian RS e:HEV.
16-02-2022
Honda City Hatchback Dilancar: Harga Bermula RM75,670
Honda Malaysia secara rasminya melancarkan model itu ke pasaran Malaysia semalam.
07-12-2021
Berita Terkini
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat