ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Belasah Kerana Ditegur Tidak Beri Signal – Suspek Sudah Berjaya Ditangkap Polis

Sofea Najmi

1-4-2021

Kongsi melalui

Lelaki yang dilaporkan telah membelasah seorang pemandu dengan menggunakan batang besi pada hari Isnin lalu telah pun berjaya diberkas.

Suspek yang merupakan seorang warga Filipina yang berusia 35 tahun telah ditangkap oleh pihak polis di Kepayan, Kota Kinabalu pada jam 2 petang. 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, "Suspek adalah warganegara Filipina dan berada di negara ini secara sah menggunakan pasport."

Dalam laporan yang dibuat sebelum ini, seorang lelaki patah tujuh  batang gigi dan cedera di bahagian kepala serta tangan kerana dibelasah.

Kejadian ini berlaku di Jalan Kolam, Kota Kinabalu ketika mangsa yang berusia 21 tahun sedang memandu Honda S660. Kenderaan yang dipandunya dikatakan berselisih dengan Perodua Alza. 


Mangsa menegur pemandu kenderaan tersebut yang dikatakan tidak memberi isyarat untuk masuk ke lorong laju. Sebaik ditegur, pemandu Alza bertindak memecahkan cermin kereta mangsa dengan sebatang besi sebelum memukul mangsa di bahagian kepala dan tangan dengan menggunakan alat yang sama. 

Sejurus selepas membelasah mangsa, suspek masuk ke dalam keretanya dan meninggalkan tempat kejadian.


"Mangsa yang cedera kemudiannya dibantu orang awam untuk keluar dari kenderaan. Mangsa kemudiannya menghubungi ahli keluarga sebelum dibawa mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.


"Setakat ini, suspek berusia 36 tahun itu sudah dikenalpasti dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan," katanya selepas dihubungi oleh Harian Metro. 

Menurut beliau, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan jika sabit kesalahan, boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VNW9428

SELANGOR

BSD5636

JOHOR

JXU4169

PULAU PINANG

PRP2761

PERAK

ANU5563

PAHANG

CFB4095

KEDAH

KFY9155

NEGERI SEMBILAN

NEF3580

KOTA KINABALU

SJK2296

KUCHING

QAB709L

Terakhir Kemas Kini 26 Mar, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.28

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.03

-0.03

EURO 5 B7

RM 3.23

-0.03

Terakhir Kemas Kini 20 Mar, 2025

Berita Terkini

Berita Auto
12 Set ETS Baharu Untuk KTM Komuter Utara

12 Set ETS Baharu Untuk KTM Komuter Utara

Perolehan 12 set tren baharu ini dijangka meningkatkan frekuensi perkhidmatan KTM Komuter Utara.

25-03-2025
Berita Auto
Warga Emas Dirempuh Ketika Berteduh Di Bawah Jejambat

Warga Emas Dirempuh Ketika Berteduh Di Bawah Jejambat

Pemandu kenderaan berusia 40 tahun sudah ditahan.

25-03-2025
Berita Auto
Nak Balik Kampung? Anda Disaran Guna MYplusTTA

Nak Balik Kampung? Anda Disaran Guna MYplusTTA

Plus menjangkakan jumlah trafik melebihi 2.2 juta kenderaan sehari sepanjang minggu ini.

25-03-2025
Berita Auto
Sistem Penggiliran Pincang: Punca ‘Runner’ Bermaharajalela di PUSPAKOM

Sistem Penggiliran Pincang: Punca ‘Runner’ Bermaharajalela di PUSPAKOM

Kelemahan dalam sistem penggiliran PUSPAKOM dikenal pasti sebagai punca utama kewujudan orang tengah atau ‘runner’.

25-03-2025
Berita Auto
OP Selamat 24 Bermula  29 Mac - 3 April 2025

OP Selamat 24 Bermula 29 Mac - 3 April 2025

Op Selamat 24 bakal bermula, jangan langgar undang-undang jalan raya.

24-03-2025
Berita Auto
Subsidi Bahan Api: T15 Mungkin Beralih Kepada EV Atau Kereta Murah

Subsidi Bahan Api: T15 Mungkin Beralih Kepada EV Atau Kereta Murah

Golongan T15 dikatakan akan memilih kenderaan yang lebih murah atau beralih kepada EV sebelum pengecualian cukai EV import sepenuhnya tamat pada akhir tahun ini.

24-03-2025
Berita Auto
Mercedes-Benz Bakal Henti Pengeluaran Sedan & Hatchback Paling Mampu Milik, A-Class

Mercedes-Benz Bakal Henti Pengeluaran Sedan & Hatchback Paling Mampu Milik, A-Class

Selepas tempoh pengeluarannya dilanjutkan selama dua tahun, Mercedes-Benz menghentikan pengeluaran varian sedan dan hatchback untuk model paling mampu milik, A-Class.

24-03-2025
Berita Auto
Aidilfitri: Lebih 140,000 Kenderaan Dijangka Guna WCE Dalam Sehari

Aidilfitri: Lebih 140,000 Kenderaan Dijangka Guna WCE Dalam Sehari

WCE bakal dibanjiri lebih 140,000 kenderaan dalam sehari.

24-03-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.