ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Isuzu Buka Cawangan Di Kuantan, Pahang

Suhana Veru

Kongsi melalui

Official-launch.jpg

Isuzu Malaysia  meraikan pembukaan cawangan baharunya di Kuantan, Pahang, sebentar tadi.

Cawangan baharu ini terletak di kawasan perindustrian Semambu di pinggir bandar Kuantan, dan dibangunkan di atas tanah yang luas yang dilengkapi pelbagai ciri baharu serta menggunakan identiti korporat Isuzu (CI) terkini.

Dikendalikan oleh Dynamic Motors Sdn Bhd, cawangan baharu ini dirasmikan pembukaannya oleh Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi.

“Isuzu sangat berbangga dengan kualiti kenderaan yang dihasilkan, yang menawarkan tahap kebolehpercayaan yang tinggi serta dengan prestasi cekap. 

"Maka, kami juga perlu menyokong semua itu dengan menawarkan pengalaman pelanggan dan pemilikan yang bermutu tinggi dan memuaskan. Melalui cawangan baharu yang menyeluruh seperti cawangan terbaharu di Kuantan ini, kami berharap agar semua pelanggan akan menikmati tahap layanan yang tertinggi,”katanya.

Comfortable-lounge.JPG

Pusat 3S Dynamic Motors Isuzu turut menyediakan ruang yang luas untuk pelanggan. Ia didirikan di atas tanah berkeluasan 3,500 meter persegi, dengan keluasan bangunan 1,700 meter persegi termasuk tingkat Mezzanine yang menempatkan ruangan pejabat pentadbiran.

Keseluruhan tingkat bawah pula dikhususkan untuk pengalaman pelanggan sepenuhnya.

Ini termasuklah laluan berbumbung untuk pelanggan servis menyerahkan kenderaan mereka dengan selesa, sebuah ruang menunggu yang nyaman menampilkan barisan kerusi rehat atau ala kafe dan meja untuk kegunaan pelanggan yang ingin membuat kerja.

Peti sejuk dengan pelbagai pilihan minuman ringan serta mesin kopi juga tersedia untuk kegunaan pelanggan yang menunggu.

Spacious-new-facility.jpg

Selain daripada barisan model Isuzu D-Max dan Isuzu Elf, Pusat 3S Dynamic Motors Isuzu juga merupakan cawangan sah bagi kenderaan tugas berat dan sederhana Isuzu (MHD) yang membolehkan mereka menjual dan menyediakan servis bagi keseluruhan barisannkenderaan Isuzu, termasuk trak tugasan sederhana Forward dan juga trak tugasan berat Giga.

Pusat 3S Dynamic Motors Isuzu terletak di Jalan Industri Semambu . Bilik pamerannya dibuka setiap hari, sementara pusat servis pula di buka dari Isnin hingga Sabtu.

Untuk maklumat lanjut berkaitan waktu operasi dan servis yang disediakan di semua Pusat 3S Isuzu di seluruh negara, layari www.isuzu.net.my.


Tag:

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRD6523

SELANGOR

BSR1576

JOHOR

JYB3682

PULAU PINANG

PSD3271

PERAK

APJ4170

PAHANG

CFG8716

KEDAH

KGG6573

NEGERI SEMBILAN

NEK7359

KOTA KINABALU

SJS5531

KUCHING

QAB580P

Terakhir Kemas Kini 26 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Isuzu Malaysia Buka Pusat 4S Di Balakong – Serba Lengkap & Moden

Isuzu Malaysia Buka Pusat 4S Di Balakong – Serba Lengkap & Moden

Isuzu Malaysia merasmikan pembukaan Pusat 4S serba baharu di Balakong. Cawangan terbaru ini menjadi pusat jualan, servis, alat ganti serta baik pulih badan dan cat dikendalikan oleh SV Prestige Auto.

24-11-2025
Berita Auto
Isuzu Malaysia Tawar Isuzu Insurance Pro – Insurans Komprehensif, Kelulusan Pantas

Isuzu Malaysia Tawar Isuzu Insurance Pro – Insurans Komprehensif, Kelulusan Pantas

Isuzu Malaysia memperkenalkan program insurans baharu khas untuk para pelanggan, Isuzu Insurance Pro.

06-08-2024
Berita Auto
Toyota, Honda, Isuzu & Mitsubishi Bakal Tubuh Kilang Di Thailand – Labur RM20.4 Bilion

Toyota, Honda, Isuzu & Mitsubishi Bakal Tubuh Kilang Di Thailand – Labur RM20.4 Bilion

Empat syarikat automotif Jepun dilaporkan akan membuat pelaburan kira-kira 150 bilion baht untuk pengeluaran EV di Thailand.

26-12-2023
Kereta Baru
Isuzu D-Max 2023 Dilancarkan – Lebih Ranggi & Moden, Harga Dari RM94K

Isuzu D-Max 2023 Dilancarkan – Lebih Ranggi & Moden, Harga Dari RM94K

Isuzu Malaysia hari ini telah melancarkan secara rasmi trak pikap Isuzu D-Max 2023.

16-02-2023
Berita Auto
Pembukaan Pusat 3S Isuzu Dengan Identiti Terbaharu Yang Pertama, Lebih Menyerlah!

Pembukaan Pusat 3S Isuzu Dengan Identiti Terbaharu Yang Pertama, Lebih Menyerlah!

Isuzu Malaysia telah merasmikan pembukaan pusat 3S terbaharu minggu ini.

02-11-2022
Berita Auto
Yang, Saya Tak Tinggalkan Awak!

Yang, Saya Tak Tinggalkan Awak!

Kemalangan ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan semalam membabitkan empat kenderaan dengan dua mangsa maut rentung di lokasi kejadian.

16-10-2022
Berita Auto
Borneo Safari 2022

Borneo Safari 2022

Isuzu D-Max sahut cabaran Borneo Safari.

14-10-2022
Video
Review Pandu Uji Isuzu D-Max X-TERRAIN 2022 Trak Pikap Yang Semestinya Anda Mahu!

Review Pandu Uji Isuzu D-Max X-TERRAIN 2022 Trak Pikap Yang Semestinya Anda Mahu!

Isuzu perkenalkan D-Max generasi ke-3 yang tampil lebih berani, bergaya dan canggih. Ia juga dinamakan sebagai "Best Value Pikap Tahun 2022"! Hari ni Caricarz akan share dengan korang, apa yang ada dengan Isuzu D-Max X-TERRAIN, dari harga sampai spesifikasinya... Berbaloi ke membeli Isuzu D-Max X-T

06-09-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Awas Kaki Vape! Polis Bakal Guna Kit Air Liur Di SJR, Buru Pemandu Khayal ‘Piu Piu’
Berita Auto
Teksi Malaysia ke Singapura Bakal Lebih Mahal Mulai 2027

Teksi Malaysia ke Singapura Bakal Lebih Mahal Mulai 2027

Kos Teksi Malaysia Masuk Singapura Melonjak 2027.

26-06-2026
Berita Auto
NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang

NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang

Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 bakal membawa revolusi baharu dalam pemanduan harian anda.

25-06-2026
Berita Auto
Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan

Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan

Kurang satu peratus daripada kira-kira 14 juta pengguna yang berdaftar di bawah sistem Budi Madani Ron95 (Budi95) menggunakan lebih 200 liter petrol RON95 sebulan.

25-06-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Menang Anugerah

iCAUR V23 Menang Anugerah

iCAUR V23 memenangi anugerah Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, baru-baru ini.

25-06-2026
Berita Auto
Minyak Turun, Ini Senarai Harga Baharu Diesel Dan Petrol Yang Anda Wajib Tahu
Berita Auto
Isu Saman: Ahli Parlimen Cadang Bayar Ansuran

Isu Saman: Ahli Parlimen Cadang Bayar Ansuran

Shahidan mencadangkan bayaran saman bagi kesalahan jalan raya dibenarkan dibuat secara ansuran.

24-06-2026
Berita Auto
PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis

PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis

PUSPAKOM secara rasmi mengumumkan pengambilan 100 Pemeriksa Kenderaan (VE) baharu di seluruh negara untuk tahun ini.

24-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.