ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Belasah Kerana Ditegur Tidak Beri Signal – Suspek Sudah Berjaya Ditangkap Polis

Sofea Najmi

1-4-2021

Kongsi melalui

Lelaki yang dilaporkan telah membelasah seorang pemandu dengan menggunakan batang besi pada hari Isnin lalu telah pun berjaya diberkas.

Suspek yang merupakan seorang warga Filipina yang berusia 35 tahun telah ditangkap oleh pihak polis di Kepayan, Kota Kinabalu pada jam 2 petang. 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, "Suspek adalah warganegara Filipina dan berada di negara ini secara sah menggunakan pasport."

Dalam laporan yang dibuat sebelum ini, seorang lelaki patah tujuh  batang gigi dan cedera di bahagian kepala serta tangan kerana dibelasah.

Kejadian ini berlaku di Jalan Kolam, Kota Kinabalu ketika mangsa yang berusia 21 tahun sedang memandu Honda S660. Kenderaan yang dipandunya dikatakan berselisih dengan Perodua Alza. 


Mangsa menegur pemandu kenderaan tersebut yang dikatakan tidak memberi isyarat untuk masuk ke lorong laju. Sebaik ditegur, pemandu Alza bertindak memecahkan cermin kereta mangsa dengan sebatang besi sebelum memukul mangsa di bahagian kepala dan tangan dengan menggunakan alat yang sama. 

Sejurus selepas membelasah mangsa, suspek masuk ke dalam keretanya dan meninggalkan tempat kejadian.


"Mangsa yang cedera kemudiannya dibantu orang awam untuk keluar dari kenderaan. Mangsa kemudiannya menghubungi ahli keluarga sebelum dibawa mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.


"Setakat ini, suspek berusia 36 tahun itu sudah dikenalpasti dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan," katanya selepas dihubungi oleh Harian Metro. 

Menurut beliau, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan jika sabit kesalahan, boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPC5417

SELANGOR

BSE5598

JOHOR

JXW7644

PULAU PINANG

PRQ4598

PERAK

ANV4824

PAHANG

CFB7059

KEDAH

KGA4811

NEGERI SEMBILAN

NEF7753

KOTA KINABALU

SJK8146

KUCHING

QAB3297L

Terakhir Kemas Kini 09 May, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.10

-0.08

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.80

-0.08

EURO 5 B7

RM 3.00

-0.08

Terakhir Kemas Kini 08 May, 2025

Berita Terkini

Berita Auto

Lega, Harga Runcit RON97, Diesel Turun 8 Sen

Harga RON97 dan diesel bagi Semenanjung masing-masing diturunkan lapan sen seliter.

07-05-2025
Berita Auto

Sidang Kemuncak ASEAN: Kakitangan Kerajaan Boleh Kerja Dari Rumah

Penjawat awam boleh memohon untuk bekerja dari rumah.

07-05-2025
Berita Auto

Stesen LRT Glenmarie: Lokasi Pencuri Bateri Kereta

Stesen LRT Glenmarie kini menjadi sasaran pencuri bateri kereta.

07-05-2025
Berita Auto

Apa Yang Menarik Di Malaysia Autoshow 2025 Pada 9-15 Mei Nanti?

Pameran automotif tahunan terbesar negara, Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) kembali tahun ini dengan tema baharu ‘Shifting The Future’.

07-05-2025
Berita Auto

Viral: Wanita Maut Tercampak Keluar Dari Van, Ini Pula Kata Polis!

Wanita maut dipercayai tercampak keluar van di tepi KESAS.

06-05-2025
Berita Auto

Jualan Proton Melonjak Kepada 12,692 unit Bulan Lepas, e,MAS Dahului Jualan EV

Jualan Proton melonjak sebanyak 12,692 unit pada bulan lepas.

06-05-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik Untuk Pencari Kerja, Projek ECRL Bakal Tawar 3,200 Peluang Pekerjaan

Projek ECRL bakal mewujudkan lebih 3,200 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

06-05-2025
Berita Auto

'Content Creator' & Golongan Profesional Boleh Beli Jaecoo J7 Dengan Diskaun Khas

Jenama kenderaan premium dari China, Jaecoo Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Program Rakan Profesional atau Professional Affiliates Programme (PAP).

06-05-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.