Service Fast Lane Pertama BMW & MINI Diperkenalkan di Malaysia: Ada Lounge Cun!
Pemenang BMW Excellence Club dalam kategori Platinum 2019 dan juga ahli yang memiliki jaringan terbesar mewakili para pengedar pengeluar premium BMW, Auto Bavaria Penang memperkenalkan pusat Service Fast Lane khas bagi kereta BMW & MINI yang pertama di Malaysia.

Pusat servis yang baru sahaja dilancarkan ini terletak di Jalan Sungai Pinang di Penang. Berkeluasan 30,000 kaki persegi, pusat ini akan melengkapkan lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh fasiliti utamanya di Jalan Anson, Penang.
Pelanggan dapat menikmati suasana perkhidmatan bertaraf premium. Ruang santai atau lounge untuk pelanggan berehat sementara menunggu kereta cukup selesa, lengkap dengan pendingin hawa. Fasiliti lain yang terdapat di pusat servis ini adalah enam petak penyelenggaraan serta dua ruang RATC (Reception at the Car). Pusat ini memberi penumpuan sepenuhnya kepada proses membaikpulih dan menyelenggara secara berkala, penukaran tayar, pembaikan kosmetik dan beberapa lagi proses lain.

-full.jpg)
-full.jpg)
Pengarah Pengurusan Sime Darby Auto Bavaria, Vi Thim Juan mengatakan bahawa konsep Service Fast Lane diperkenalkan kepada orang ramai dengan matlamat untuk membantu pelanggan menggunakan masa mereka secara optimum sementara menunggu kereta. Kos dan durasi perkhidmatan akan diberitahu terlebih dahulu sebelum pelanggan menetapkan waktu janji temu yang sesuai dengan masa mereka.
"Pusat Service Fast Lane kami direka supaya dapat disesuaikan dengan rutin pelanggan dengan gangguan yang minimal. Jadual janji temu servis juga fleksibel, pelanggan boleh membawa masuk kereta mereka pada waktu yang paling sesuai. Dengan adanya Service Fast Lane, penyelenggaraan dan pembaikan dapat dilakukan dalam jangka masa yang singkat sementara pelanggan menghirup kopi dan relaks di lounge kami," ujar Vi.
Sempena pembukaan pusat servis baharu ini, pelanggan akan menerima khidmat pemeriksaan 72-poin secara percuma bila menghantar kereta mereka ke BMW dan MINI Service Fast Lane daripada 1 Mei ke 31 Mei, 2021.
Pusat Service Fast Lane BMW dan MINI akan beroperasi selama enam hari dalam seminggu bermula dari pukul 8 pagi ke 5 petang dari hari Isnin sehingga Jumaat. Pada hujung minggu pula iaitu hari Sabtu, waktu operasi adalah dari pukul 8 pagi ke 12.30 tengahari kecuali cuti umum.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR8021
SELANGOR
BSU931
JOHOR
JE8697J
PULAU PINANG
PSF8859
PERAK
APL7550
PAHANG
CFH8514
KEDAH
KGJ2784
NEGERI SEMBILAN
NEM1147
KOTA KINABALU
SJU3172
KUCHING
QAB6415P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

