ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PRO-4X akan dilancarkan pada 16 April ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

Penantian kemunculan keluaran model terbaharu Edaran Tan Chong Motor (ETCM), Nissan Navara, PRO-4X yang ditunggu-tunggu selama ini bakal terjawab apabila varian tertinggi yang telah ditingkatkan itu mula ditayangkan secara umum baru-baru ini.

Bagaimanapun, model baharu ini akan membuat kemunculannya pada 16 April ini.  Jika diamati penampilan kenderaan ini, ia mempunyai penampilan yang agak berbeza berbanding keluaran sebelum ini.


Bahagian gril interlock Pro-4X ini kelihatan sama seperti rekaan Nissan Titan dimana ia kelihatan lebih agresif.

Ia juga hadir dengan lampu hadapan LED jenis  kuad projektor  dan lampu nyalaan siang yang berbentuk C.


Tidak terkecuali, bamper hadapannya juga menerima perubahan ketara dengan reka bentuk silang yang besar termasuk bonet  yang lebih tinggi.

Malah, ruang barangan belakang jentera ini juga dikatakan lebih tinggi. Sementara itu, pemijak kaki tepi yang baharu dapat meningkatkan prestasi aerodinamik selain lebih senyap dan turut membantu menjimatkan minyak.

Menjengah bahagian belakang kereta ini, konsep pencahayaan lampu belakang juga dijadikan sama seperti lampu hadapan dan hadir dengan reka bentuk tailgate yang baharu.

Bamper belakangnya juga dilengkapi dengan pemijak bagi memudahkan pengguna masuk ke bahagian belakang.

Varian tertinggi yang telah dipertingkatkan juga didatangkan dengan kemasan lengkungan roda, cermin sisi, pemegang pintu dan rel bumbung.

Rim kenderaan ini yang bersaiz 17 inci dikatakan lebih kecil berbanding dengan varian sebelum ini iaitu varian VL. Turut kelihatan bahagian lencana Nissan ini berwarna oren-merah selain terdapat penutup cangkuk penarik.

 Navara Pro-4X ini didatangkan dengan sistem kargo Utili-Track yang baharu dimana  terdapat cangkuk di bahagian tepi  bagi membolehkan pengguna mengikat barang.


Selain itu, fungsi Tailgate Assist dikatakan mampu  mengurangkan tenaga untuk membuka dan menutup pintu ruang barangan ini.

Jika diamati bahagian dalamannya, terdapat beberapa perubahan dimana terdapat roda stereng tiga cabang iaitu sama seperti model Serena yang terbaharu. 

Seperti biasa, ia juga dilengkapi dengan paparan pelbagai maklumat bersaiz tujuh inci dan dua tolok analog termasuk sistem infotainmen yang menggunakan skrin sentuh bersaz lapan inci.

Ia juga hadir dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Ciri tambahan lain yang terdapat pada Pro-4X ini adalah termasuk material tempat duduk jenis kulit, penebat bunyi serta cermin akustik untuk cermin hadapan dan tingkap tepi.

Bagi tempat duduk di bahagian belakang ia juga telah direka bentuk dimana ia hadir  dengan bentuk sokongan lebih baik manakala, penyandar juga  lebih melengkung bagi memastikan penumpangnya duduk dengan selesa.


Model baharu ini juga hadir dengan sistem masuk tanpa kunci, butang pemula enjin, pengawal pendingin hawa dua zon, kawalan pelayaran, sistem kamera 360 darjah yang dilengkapi dengan pengesan objek bergerak, mod offroad dan enam speaker.

Menyebut mengenai ciri keselamatan, ia dilengkapi dengan enam beg udara, Sistem Brek Kecemasan Automatik, Amaran Keluar Laluan, Kawalan Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang, Lampu Suluh Tinggi Automatik, Amaran Perlanggaran Pintar, termasuk kawalan kestabilan kenderaan.

Kenderaan ini masih dikatakan menggunakan enjin 2.5 liter YD25. Ia mampu menghamburkan kuasa 187hp pada takat kuasa 3,600 rpm, manakala torknya, 450Nm pada takat 2,000 rpm.

Ia juga dipadankan dengan  kotak gear automatik tujuh kelajuan 

Ia yang juga bercirikan TSA mampu memastikan kenderaan ini berada di bawah kawalan. TSA merupakan satu sistem  memberi daya brek sekiranya trak mula berayun.

Pro-4X ini didatangkan dengan empat warna iaitu Black Star, Pearl White, Burning Red dan bagi varian eksklusif,  Stealth Grey.

ETCM akan melancarkan Nissan Navara Pro-4X ini bersama beberapa varian terbaharu dan akan turut mengumumkan mengenai harga dan butiran tambahan pada hari pelancaran nanti.

Sehubungan itu, pelanggan boleh melihat, tempah dan pandu uji kenderaan ini di semua bilik pameran di seluruh negara. Anda juga boleh mendaftar menerusi laman web rasmi Nissan Navara Malaysia.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRE7022

SELANGOR

BSR3536

JOHOR

JYB7784

PULAU PINANG

PSD4922

PERAK

APJ5672

PAHANG

CFG9692

KEDAH

KGG8079

NEGERI SEMBILAN

NEK8025

KOTA KINABALU

SJS8037

KUCHING

QAB1385P

Terakhir Kemas Kini 01 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

13-11-2025
Global

15-10-2025
Kereta Baru

29-08-2025
Berita Auto

13-05-2025
Global

28-03-2025
Global

12-02-2025
Global

09-09-2024
Kereta Baru

08-09-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Masuk Percuma! Ini Sebab Kenapa Anda Wajib Serbu BMW Clubhouse Di Factory 19 Julai Ini
Berita Auto
Ubah Suai Ekstrem Pasang Android Player, Honda C70 Klasik Disita JPJ

Ubah Suai Ekstrem Pasang Android Player, Honda C70 Klasik Disita JPJ

JPJ Sita Honda C70 ‘Sarat’ Aksesori Kereta, Cukai Jalan Mati Sejak 2016.

01-07-2026
Berita Auto
Minyak Turun Minggu Ini: Semak Harga Baharu RON97, RON95 & Diesel

Minyak Turun Minggu Ini: Semak Harga Baharu RON97, RON95 & Diesel

Harga Runcit Petrol Dan Diesel Tanpa Subsidi Turun 10 Sen Bagi Tempoh 1 Julai Hingga 8 Julai 2026.

01-07-2026
Berita Auto
LRT3 Kena Serbu: 60,000 Orang Naik LRT3

LRT3 Kena Serbu: 60,000 Orang Naik LRT3

Orang ramai tidak melepaskan menaiki LRT3, semalam.

01-07-2026
Berita Auto
Neolix Dapat Kebenaran MOT Uji Kenderaan Penghantaran Swapandu Di Cyberjaya

Neolix Dapat Kebenaran MOT Uji Kenderaan Penghantaran Swapandu Di Cyberjaya

Neolix, secara rasmi mendapat lampu hijau daripada Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk memulakan ujian jalan raya di Cyberjaya.

30-06-2026
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Cawangan Pusat 3S di Kuching

Hyundai Motor Malaysia Buka Cawangan Pusat 3S di Kuching

Hyundai Motor Malaysia dengan kerjasama Heng Lian Enterprise Bhd, membuka cawangan Pusat 3S Hyundai di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

30-06-2026
Berita Auto
Proton Lantik Grand Motors Sebagai Pengedar Rasmi Proton e.MAS Di Brunei

Proton Lantik Grand Motors Sebagai Pengedar Rasmi Proton e.MAS Di Brunei

PROTON Lantik Grand Motors Kendali Rangkaian EV Di Brunei.

29-06-2026
Berita Auto
Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9

Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9

Chery Malaysia: 3 Tahun, 60 Pengedar, Dan Kilang Baharu RM2.2 Bilion Di Lembah Beringin.

29-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.