PRO-4X akan dilancarkan pada 16 April ini
Penantian kemunculan keluaran model terbaharu Edaran Tan Chong Motor (ETCM), Nissan Navara, PRO-4X yang ditunggu-tunggu selama ini bakal terjawab apabila varian tertinggi yang telah ditingkatkan itu mula ditayangkan secara umum baru-baru ini.
Bagaimanapun, model baharu ini akan membuat kemunculannya pada 16 April ini. Jika diamati penampilan kenderaan ini, ia mempunyai penampilan yang agak berbeza berbanding keluaran sebelum ini.

Bahagian gril interlock Pro-4X ini kelihatan sama seperti rekaan Nissan Titan dimana ia kelihatan lebih agresif.
Ia juga hadir dengan lampu hadapan LED jenis kuad projektor dan lampu nyalaan siang yang berbentuk C.

Tidak terkecuali, bamper hadapannya juga menerima perubahan ketara dengan reka bentuk silang yang besar termasuk bonet yang lebih tinggi.
Malah, ruang barangan belakang jentera ini juga dikatakan lebih tinggi. Sementara itu, pemijak kaki tepi yang baharu dapat meningkatkan prestasi aerodinamik selain lebih senyap dan turut membantu menjimatkan minyak.
Menjengah bahagian belakang kereta ini, konsep pencahayaan lampu belakang juga dijadikan sama seperti lampu hadapan dan hadir dengan reka bentuk tailgate yang baharu.
Bamper belakangnya juga dilengkapi dengan pemijak bagi memudahkan pengguna masuk ke bahagian belakang.
Varian tertinggi yang telah dipertingkatkan juga didatangkan dengan kemasan lengkungan roda, cermin sisi, pemegang pintu dan rel bumbung.
Rim kenderaan ini yang bersaiz 17 inci dikatakan lebih kecil berbanding dengan varian sebelum ini iaitu varian VL. Turut kelihatan bahagian lencana Nissan ini berwarna oren-merah selain terdapat penutup cangkuk penarik.
Navara Pro-4X ini didatangkan dengan sistem kargo Utili-Track yang baharu dimana terdapat cangkuk di bahagian tepi bagi membolehkan pengguna mengikat barang.

Selain itu, fungsi Tailgate Assist dikatakan mampu mengurangkan tenaga untuk membuka dan menutup pintu ruang barangan ini.
Jika diamati bahagian dalamannya, terdapat beberapa perubahan dimana terdapat roda stereng tiga cabang iaitu sama seperti model Serena yang terbaharu.
Seperti biasa, ia juga dilengkapi dengan paparan pelbagai maklumat bersaiz tujuh inci dan dua tolok analog termasuk sistem infotainmen yang menggunakan skrin sentuh bersaz lapan inci.
Ia juga hadir dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Ciri tambahan lain yang terdapat pada Pro-4X ini adalah termasuk material tempat duduk jenis kulit, penebat bunyi serta cermin akustik untuk cermin hadapan dan tingkap tepi.
Bagi tempat duduk di bahagian belakang ia juga telah direka bentuk dimana ia hadir dengan bentuk sokongan lebih baik manakala, penyandar juga lebih melengkung bagi memastikan penumpangnya duduk dengan selesa.

Model baharu ini juga hadir dengan sistem masuk tanpa kunci, butang pemula enjin, pengawal pendingin hawa dua zon, kawalan pelayaran, sistem kamera 360 darjah yang dilengkapi dengan pengesan objek bergerak, mod offroad dan enam speaker.
Menyebut mengenai ciri keselamatan, ia dilengkapi dengan enam beg udara, Sistem Brek Kecemasan Automatik, Amaran Keluar Laluan, Kawalan Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang, Lampu Suluh Tinggi Automatik, Amaran Perlanggaran Pintar, termasuk kawalan kestabilan kenderaan.
Kenderaan ini masih dikatakan menggunakan enjin 2.5 liter YD25. Ia mampu menghamburkan kuasa 187hp pada takat kuasa 3,600 rpm, manakala torknya, 450Nm pada takat 2,000 rpm.
Ia juga dipadankan dengan kotak gear automatik tujuh kelajuan
Ia yang juga bercirikan TSA mampu memastikan kenderaan ini berada di bawah kawalan. TSA merupakan satu sistem memberi daya brek sekiranya trak mula berayun.
Pro-4X ini didatangkan dengan empat warna iaitu Black Star, Pearl White, Burning Red dan bagi varian eksklusif, Stealth Grey.
ETCM akan melancarkan Nissan Navara Pro-4X ini bersama beberapa varian terbaharu dan akan turut mengumumkan mengenai harga dan butiran tambahan pada hari pelancaran nanti.
Sehubungan itu, pelanggan boleh melihat, tempah dan pandu uji kenderaan ini di semua bilik pameran di seluruh negara. Anda juga boleh mendaftar menerusi laman web rasmi Nissan Navara Malaysia.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY5056
SELANGOR
BSV1315
JOHOR
JH4322J
PULAU PINANG
PSH4151
PERAK
APM9643
PAHANG
CFJ4120
KEDAH
KGJ8245
NEGERI SEMBILAN
NEM5918
KOTA KINABALU
SJV1870
KUCHING
QAB224Q
Terakhir Kemas Kini 15 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge