Kawalan ketat sempena ketibaan bulan Ramadan
Menjelang bulan Ramadan yang tinggal beberapa hari lagi, mungkin ada yang mahu cuba untuk merentas negeri bagi menyambut awal Ramadan bersama ahli keluarga di kampung halaman, namun orang ramai dinasihatkan supaya melupakan hasrat itu.
-full.jpg)
Ini berikutan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan sekurang-kurangnya 35 sekatan jalan raya di setiap pintu masuk dan keluar termasuk sempadan negeri di seluruh negara.
Tindakan itu diambil kerana PDRM yakin orang awam akan berbuat demikian memandangkan rakyat tidak dibenarkan merentas negeri untuk meraikan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitiri disebabkan peningkatan kes Covid-19 pada tahun lalu.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada melakukan pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran pada awal Ramadan ini.
“Pihak polis akan mengadakan kawalan ketat di semua sempadan negeri kerana kami yakin ramai yang akan cuba merentas negeri untuk balik ke kampung pada awal Ramadan.
Jadi, PDRM akan memperketatkan semua pemeriksaan di sekatan jalan raya bagi memastikan tiada yang terlepas. Sekiranya anggota polis mengesan ada yang cuba merentas negeri untuk balik ke kampung, tiada nasihat lagi, PDRM akan ambil tindakan terus,” katanya.
-full.jpg)
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Satu Taman Satu Polis Dan Fokus PDRM Kontinjen Melaka 2021 di Bukit Beruang, Melaka semalam.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sebaliknya tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan itu.
Bagaimanapun, kelonggaran rentas negeri hanya diberi kepada mereka yang mempunyai dokumen perjalanan lengkap dengan kebenaran polis.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa PDRM akan meningkatkan jumlah sekatan jalan raya sekiranya kes Covid-19 meningkat dalam beberapa minggu lagi.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4976
SELANGOR
BSV1295
JOHOR
JH4296J
PULAU PINANG
PSH4118
PERAK
APM9627
PAHANG
CFJ4115
KEDAH
KGJ8212
NEGERI SEMBILAN
NEM5912
KOTA KINABALU
SJV1864
KUCHING
QAB219Q
Terakhir Kemas Kini 15 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

