Proton Catat Permulaan Yang Baik Pada 2021, Mahu Terus Kekal Pencapaian Terbaik
PROTON telah mencapai permulaan yang agak baik pada tahun ini, dengan jualan kumulatif tertinggi pada suku pertama tahun ini sejak Mac 2012.
Kesan daripada jualan kumulatif itu menyebabkan Proton Commerce Sdn. Bhd berkemungkinan mampu mencatat rekod baharu bagi jumlah pinjaman.
Anak syarikat kewangan PROTON telah menyaksikan peningkatan jumlah pinjaman yang seiring dengan penambahan jualan kenderaan Proton.
Sebanyak 5,410 pinjaman telah diluluskan pada tahun 2018, dimana ia berjumlah dua kali ganda iaitu mencecah 10,668 pinjaman pada tahun berikutnya.
Biarpun, industri kewangan terjejas akibat wabak Covid-19 dan moratorium, namun Proton Commerce berjaya meluluskan 14,189 pinjaman.
Pada tahun ini, Proton berhasrat untuk mencatat rekod baharu dengan sasaran 20,000 pinjaman, dimana ia bakal menjadi peningkatan baharu untuk syarikat.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Commerce, Mooi Fi Phang berkata, walaupun banyak sektor ekonomi terjejas akibat wabak Covid-19, namun sentimen pengguna dalam pembelian kenderaan masih tetap positif.
“Peningkatan kualiti, penambahan pengedar dan pelancaran model baharu sekali gus telah berjaya meningkatkan daya tarikan kepada barisan modelnya yang jelas memberi kesan kepada jumlah permohonan pinjaman yang kami terima.

“Jumlah pinjaman yang diluluskan suku pertama pada tahun ini telah meningkat sebanyak 42.3 peratus dan kami yakin kadar penambahan pada suku kedua akan meningkat lagi,” katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa pasaran sewa beli mengalami cabaran pada separuh masa kedua tahun ini kerana insentif cukai jualan PENJANA yang akan berakhir pada Jun ini.
Dalam perkembangan sama, beliau mendakwa bahawa Proton Commerce juga menyaksikan
perubahan dalam demografi pelanggannya dimana umur pembeli Proton semakin menurun.
Ini bermakna barisan produk ketika ini berjaya menarik minat golongan pemuda di Malaysia.
Beliau juga berkata sebanyak 80 peratus pelanggan Proton Commerce memilih rancangan pinjaman sewa beli selama sembilan tahun dan jumlah pinjaman terjejas pula adalah tiga kali lebih rendah dari purata industri.
“Tahun 2020 adalah satu tahun yang sukar bagi institusi kewangan kerana peruntukan kerugian perlu diambil untuk program moratorium enam bulan yang diumumkan oleh Bank Negara.
“Bagi Proton Commerce, kestabilan kewangan pelanggan kami bermakna untuk segelintir yang memilih untuk memohon moratorium seterusnya dan dengan penghapusan peruntukan tahun ini, kami berharap dapat menyumbang keuntungan yang baik kepada pemegang saham kami,” tambahnya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2271
SELANGOR
BSU1401
JOHOR
JF384J
PULAU PINANG
PSF9490
PERAK
APL8039
PAHANG
CFH8716
KEDAH
KGJ3035
NEGERI SEMBILAN
NEM1410
KOTA KINABALU
SJU3520
KUCHING
QAB6589P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton Saga Punca Pencapaian Proton Commerce MELONJAK!
Proton Commerce meletakkan sasaran untuk meningkatkan jualan pengeluaran pinjaman lebih tinggi pada tahun ini .
29-01-2024
Berita Terkini
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
