- Berita
- Berita Auto
- Memang Power! Lamborghini Urus Merekodkan Kelajuan Tertinggi Di Atas Laluan Berais!
Memang Power! Lamborghini Urus Merekodkan Kelajuan Tertinggi Di Atas Laluan Berais!

Automobili Lamborghini telah memecahkan rekod kelajuan secara puratanya 114 km/j di atas laluan berais 1,000 meter di Tasik Baikal, Rusia.
"Cabaran ekstrem ini telah membuktikan bahawa Urus Super SUV mampu memberikan prestasi yang diharapkan daripada sebuah Lamborghini dari segi pecutan, kelajuan tertinggi serta pengendalian di atass apa sahaja jenis permukaan jalan: sama ada di lebuh raya, laluan off-road mahupun ais. Kami teruja untuk melihat keputusan rasmi Urus yang dikeluarkan," ujar Konstantin Sychev, ketua Lamborghini Eropah Timur dan CIS.

Dalam cabaran ini, Urus dipandu oleh pemegang rekod 'Days of Speed Russian' sebanyak 18 kali, Andrey Leontyev, dengan capaian kelajuan tertinggi 298 km/j semasa cabaran ini walaupun berlaku pemanasan ais di tasik terdalam dunia itu. Namun begitu, semasa sesi latihan, Urus dikatakan berjaya mencapai kelajuan maksimum setinggi 302 km/j!

Lamborghini Urus menunjukkan prestasi yang menakjubkan dengan tahap pengendalian yang baik walaupun melalui rintangan yang sukar seperti lantai licin yang mengurangkan cengkaman tayar dan juga pukulan angin yang kuat.

Kereta berkuasa tinggi ini menggunakan enjin 4.0 liter V8 turbo kembar yang menyalurkan kuasa kuda setinggi 650 hp pada 6,000 rpm sehingga 6,800 rpm serta tork 850 Nm pada 2,250 rpm. Urus memiliki antara kuasa output tertinggi iaitu 160 hp. Ia memiliki nisbah kuasa/berat 3.38 kg.

Lamborghini Urus mampu memecut daripada pegun kepada 100 km/j dalam masa hanya 3.6 saat dan mencapai 200 km/j dalam 12.8 saat dengan kelajuan tertinggi 305 km/j. Tidak disangkal lagi, ini adalah salah satu SUV yang terpantas ditawarkan di dunia.

Festival tahunan Days of Speed diadakan antara 10 Mac ke 13 Mac, 2021. Acara sukan rasmi yang diadakan adalah untuk memecahkan rekod kelajuan di atas laluan berais. Aktiviti tahunan ini mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh FIA (Federation Internationale de l'Automobile) dan RAF (Russian Automobile Federation).
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT5010
SELANGOR
BSU3506
JOHOR
JF5246J
PULAU PINANG
PSG3242
PERAK
APM1549
PAHANG
CFH9853
KEDAH
KGJ4161
NEGERI SEMBILAN
NEM2451
KOTA KINABALU
SJU5018
KUCHING
QAB7418P
Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lamborghini Urus- Super SUV Paling Dikehendaki Pada 2021
SUV itu adalah antara model paling laris dalam sejarah syarikat mewah itu.
11-02-2022
Berita Terkini
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan
Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.
09-10-2026
Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati
Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.
09-10-2026
Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta
GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.
09-10-2026
Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan
Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut
08-10-2026
Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?
ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!
08-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
