Lamborghini Urus- Super SUV Paling Dikehendaki Pada 2021
Percaya atau tidak, ibu pejabat Lamborghini Urus berjaya meraih pendapatan sebanyak €1.81 (RM8.6 bilion) pada tahun 2019 manakala €1.61 (RM7.6 bilion) pada tahun 2020.
Ini membuktikan biarpun kebanyakan negara pada masa itu berhadapan dengan pandemik Covid namun itu tidak menjadi penghalang buat pihak Lambo meraih keuntungan.

Berdasarkan data, sebanyak 16,000 Urus telah dihantar di seluruh dunia sekali gus menjadi ia sebagai model kenderaan utiliti sukan paling laris dalam sejarah syarikat mewah itu.
Nampaknya, Lamborghini Urus telah berjaya merintis segmen SUV dengan begitu baik sehingga mampu meraih jualan yang agak luar biasa.
Manakan tidak, dari tahun ke tahun, pendapatan syarikat itu mula meningkat 40 peratus dari €1,009 (RM4.8 juta) kepada €1,415 (RM6.7 juta) pada tahun 2018.
Maka sempena keuntungan jualannya yang luar biasa itu, Super SUV Lamborghini Urus menyambut ulang tahun keempatnya pada awal Disember tahun lalu.
Model ini menjadi penanda aras terutama dari segi prestasi, pemanduan dinamik, reka bentuk dan kebolehgunaannya pada setiap hari.

Susulan itu, pengeluar kenderaan yang berpangkalan di Sant’Agata Bolognese, Itali telah berkembang dengan lebih meluas.
Malah, pihaknya meningkatkan lebih banyak kemudahan, kedai cat dan trek ujian juga dibangunkan.
Bayangkan, dalam empat tahun, syarikat itu juga dilihat sanggup membuat mengambil lebih ramai kakitangan bagi memudahkan urusan pengeluaran kereta berkenaan.
Untuk makluman anda, sebanyak 85 peratus daripada pelanggan Urus adalah pelanggan baharu kepada baru kepada jenama itu.

Setiap tahun, ada sahaja pelanggan membeli Urus di kebanyakan negara.
Dalam pasaran hari ini, lebih daripada 45 warna pelbagai tersedia memandangkan studio Lamborghini Ad Personam, dilihat terus membangunkan pilihan penyesuaian baharu pada mulanya ia Cuma terdiri daripada 16 warna sahaja.
Jentera ini didatangkan dengan enjin turbo berkembar V8 twin-turbo dimana ia mampu menghamburkan sehingga 650hp.
Lamborghini Urus boleh mencapai kelajuan tertinggi 490 kilometer sejam (km/j) dan mampu memecut dari sifar hingga 100 km/j hanya dalam dalam 3.6 saat.
Fuhh, hebat betul!

Di Rusia, Urus telah berdepan dengan cabaran yang melampau kerana prestasinya yang luar biasa.
Lamborghini Super SUV dilaporkan mampu mencatatkan rekod kelajuan tertinggi di atas ais pada acara Days of Speed sehingga 298 km/j dan kelajuan purata pula ialah sekitar 114 km/j melebihi 1000 meter.
Reka bentuk jentera mewah ini dikatakan amat sesuai untuk semua permukaan bumi.


Ia juga terdiri daripada enam mod pemanduan iaitu Strada, Sport, Corsa, Sabbia, Terra dan Neve.
Sebaliknya, tahukah anda bahawa mod EGO yang ada pada Urus sebenarnya menawarkan pemanduan yang agak menakjubkan!
Pemandu dikatakan boleh menyesuaikan mod ini bergantung pada permukaan jalan raya dan gaya pemanduan pemandu itu sendiri.
Jadi, tidak hairankah kenapa ia menjadi Lamborghini Super SUV paling dikehendaki pada tahun lalu.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3783
SELANGOR
BSU8465
JOHOR
JG9428J
PULAU PINANG
PSH2351
PERAK
APM7351
PAHANG
CFJ3445
KEDAH
KGJ7196
NEGERI SEMBILAN
NEM5120
KOTA KINABALU
SJV349
KUCHING
QAB9492P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
LOM Cipta Rekod Baharu MBR, Kumpul 112 Lamborghini
Pemilik Lamborghini Malaysia (LOM) berjaya mencipta rekod baharu Malaysia Malaysian Book of Records dengan mengumpulkan sebanyak 112 kenderaan Lamborghini baru-baru ini.
13-06-2022
Lamborghini Huracan Diangkat Dengan Menggunakan Kren Sempena Pelancaran Supercar VIP Lounge!
Orang ramai kelihatan teruja selepas menyaksikan sebuah kren mengangkat sebuah Lamborghini Huracan sehingga tingkat tiga sebuah kompleks hiburan, The Hive di Skegness, London.
29-06-2021
Pusat Vaksin Itu Dibuka Di Sant’Agata Bolognese, Itali
Automobili Lamborghini yang prihatin dengan pekerjanya membuat keputusan luar biasa apabila ia melancarkan pusat vaksin untuk pekerjanya buat julung kalinya kelmarin.
25-06-2021
Lamborghini Mahu Jadi Kereta Mesra Alam, Sanggup Belanja Berbilion Dollar!
Pengeluar kereta mewah dari Itali, Lamborghini mengumumkan pelaburan sebanyak AS$1.8 bilion (RM7.4 bilion) iaitu sebahagian daripada rancangannya untuk beralih kepada tenaga elektrik bagi keluaran supercar miliknya.
09-06-2021
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



