Lesap RM14,850 Beli Honda City Daripada Syarikat Tak Wujud!
Terpedaya dengan iklan jualan kereta dalam harga murah yang dijumpai di Facebook, seorang pemandu lori terpaksa berputih mata apabila bayaran sebanyak RM14,850 lesap diambil oleh sebuah syarikat jualan kereta yang sebenarnya tidak wujud pada Januari yang lalu.
Mangsa yang berusia 56 tahun tertarik dengan iklan jualan kereta terpakai Honda City yang ditawarkan dalam harga serendah RM9,200 selepas diberitahu oleh rakannya sendiri. Iklan kereta itu dibuat oleh sebuah laman Facebook yang dimiliki oleh Everay Scrab Moto.

Mengulas mengenai kes ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa telah bertindak menghubungi seorang lelaki yang bernama Mr Yong dalam urusan pembelian.
Suspek memaklumkan kepada mangsa bahawa dia hanya perlu membayar harga serendah RM6,200 sahaja daripada harga asal sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
"Mangsa kemudian berminat membeli kereta ditawarkan dan suspek meminta mangsa menghubungi Mr Ong bagi urusan pembelian kenderaan berkenaan.
"Selepas bersetuju, mangsa diminta membuat pembayaran bagi penempahan kereta, urusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pelbagai urusan lain," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dari 9 Februari hingga 30 April lalu, sebanyak lapan transaksi dilakukan ke dalam tujuh akaun yang berbeza sehingga jumlah mencapai RM14,850.
"Pada Ahad lalu, suspek sekali lagi menghantar satu pesanan menerusi aplikasi WhatsApp meminta wang RM1,000 bagi urusan penghantaran kereta. Bagaimanapun, mangsa tidak mempunyai wang untuk membuat pembayaran itu.
"Mangsa kemudian bertanyakan kereta yang dibelinya itu, namun suspek menyekat nombor telefonnya. Mangsa yang berasa tertipu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, semalam," katanya.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana membabitkan penipuan dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum selama 10 tahun dan sebat serta boleh didenda.
CariCarz ingin menasihatkan pembaca supaya jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan yang dibuat di media sosial dan diharapkan orang ramai lebih berhati-hati sebelum melakukan transaksi dalam jumlah wang yang besar. Gunakanlah platform yang boleh dipercayai untuk tujuan jual beli kereta seperti CariCarz.com.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1547
SELANGOR
BSS7258
JOHOR
JC4217J
PULAU PINANG
PSE6842
PERAK
APK6538
PAHANG
CFH4510
KEDAH
KGH5386
NEGERI SEMBILAN
NEL4351
KOTA KINABALU
SJT5374
KUCHING
QAB4032P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Lori Minyak Hempap Bezza, Ibu, Anak Terkorban
Ibu, Anak Maut Kereta Dihempap Lori Tangki Minyak Sebelum Terbakar di Temerloh.
15-08-2026
Bukan Jan 2027, Anthony Loke Cabar Operasi ECRL Dimulakan Disember Ini
Operasi ECRL: Anthony Loke Minta Diawalkan Ke Disember
14-08-2026
Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan
Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.
14-08-2026
PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS
Jaminan Kualiti EV: PRO-NET Lahirkan Kumpulan Pertama Pakar Sistem Voltan Tinggi
13-08-2026
Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu
JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.
13-08-2026
Kenapa Kei Car Tak Boleh Dijual Di Malaysia? Ini Sebab Sebenarnya
Sangat Popular Di Jepun, Tapi Kenapa Kei Car Dilarang Dijual Di Malaysia?
13-08-2026
Isu Tiket F1 Sepang Bermula RM200 Tular, Status Masih Belum Sah
Bocor Di Media Sosial: Tiket F1 Sepang Dikatakan Bermula RM200 Khusus Buat Pemegang MyKad!
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


