- Berita
- Berita Auto
- Saat Paling Bersejarah Bagi Mitsubishi Malaysia! Jualan Lebih Tinggi Daripada Biasa
Saat Paling Bersejarah Bagi Mitsubishi Malaysia! Jualan Lebih Tinggi Daripada Biasa
Mitsubishi Motors telah merekodkan prestasi jualan yang tertinggi dalam sejarah pada bulan lepas dengan jualan mencecah 1,872 unit kenderaan.
Hasil jualan ini menjadikan syarikat kekal sebagai antara jenama bukan nasional yang berada pada kedudukan tiga teratas untuk bulan yang keempat berturut-turut.

Mitsubishi XPANDER yang dilancarkan pada bulan November tahu lalu terus mengekalkan jumlah jualan yang tinggi dengan lebih daripada 10,000 tempahan telah dibuat. Tempahan model kereta ini menyumbangkan sebanyak 982 unit dan 52 peratus daripada jumlah jualan syarikat pada bulan April sahaja.
Jualan Kekal Positif Dalam Musim Pandemik
"Kami sangat berbesar hati kerana jualan Mitsubishi XPANDER tetap laris walaupun terdapat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kami meneruskan usaha terbaik kami untuk memenuhi permintaan yang tinggi untuk XPANDER dengan cara meningkatkan pengeluaran sambil mengekalkan kualiti produk yang tinggi," kata Ketua Pengarah Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Tomoyuki Shinnishi.

Trak pick-up Mitsubishi Triton juga mengekalkan bahagian pasaran yang kukuh hampir 20 peratus dan kekal sebagai pilihan kegemaran dalam segmen pick-up walaupun terdapat persaingan yang sihat dengan (model kereta) pesaing yang baru dilancarkan. Syarikat telah menjual sebanyak 680 unit Triton dan menghantar sebanyak 142 unit Triton Athlete baharu pada bulan April.

Ketua Pengarah Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Tomoyuki Shinnishi
"Walaupun terdapat pandemik Covid-19, kami lega melihat jualan yang kekal optimistik dan sentiasa bergerak ke arah yang positif. Kami sedar bahawa pelanggan kami ingin membeli kereta sebelum pengecualian SST tamat pada penghujung bulan Jun tahun ini. Walaupun terdapat kekangan dari segi bekalan, Mitsubishi Motors sedang melakukan yang terbaik untuk memenuhi jangkaan keperluan pelanggan," tambah Shinnishi.
Lebih Baik Berbanding Tahun Lalu
Berdasarkan kenyataan oleh Mitsubishi Motors Malaysia pada bulan April, syarikat telah mencapai prestasi jualan yang tinggi bagi Tahun Kewangan 2020 Suku Ke-4 (Jan-Mac 2021) dengan peningkatan sebanyak 135% berbanding Tahun Kewangan 2019 Suku Ke-4 (Jan-Mac 2020). Peningkatan jualan ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh Mitsubishi XPANDER dan Mitsubishi Triton.
Sebagai salah sebuah syarikat automotif terkemuka di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia kini diwakili oleh 52 buah bilik pameran. Tiga daripadanya adalah pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti), 53 buah cawangan servis di seluruh Malaysia, sementara tujuh buah lagi adalah bilik pameran di negeri Sabah dan Sarawak.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6845
SELANGOR
BSU3764
JOHOR
JF6065J
PULAU PINANG
PSG3794
PERAK
APM1960
PAHANG
CFJ647
KEDAH
KGJ4457
NEGERI SEMBILAN
NEM2595
KOTA KINABALU
SJU5267
KUCHING
QAB7463P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Tak Menang Tangan! Mitsubishi Hantar 900 Unit Xforce Kepada Pelanggan April Ini
Laku Keras! Mitsubishi Xforce Buktikan Siapa 'Raja' SUV Kompak Terbaharu.
29-04-2026
Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar
Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!
08-04-2026
Ini Dia Mitsubishi Pajero Gen Kelima, Masih Samar
Imej teaser Mitsubishi Pajero disiarkan, baru-baru ini.
07-01-2026
Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!
Mitsubishi XForce akhirnya telah selamat mendarat di Malaysia apabila beberapa imej menunjukkan SUV kompak segmen B itu diturunkan dari sebuah lori pengangkut di Shah Alam, Selangor.
05-01-2026
Mitsubishi Anjur Cabaran Red Peak Tetapi Di Kuching
MMM bakal menganjurkan Red Peak Challenge di Farley Mall, Kuching pada hujung minggu ini.
21-08-2025
Mitsubishi bersama Millennium Autohaus Sdn Bhd Buka Pusat 3S Di Kajang
MMM bersama Millennium Autohaus telah membuka pusat 3S terbaharu mereka di Kajang, Selangor, baru-baru ini.
28-04-2025
Berita Terkini
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

