Rai Kempen Raya-Raya Volkswagen, Lebih Banyak Ganjaran Menanti Anda!
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan Kempen Raya-Raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dimana pelanggan berpeluang menikmati rebat duit raya sebanyak RM1,000 untuk beberapa model Volkswagen.
Kempen yang akan berakhir 31 Mei ini turut menawarkan beberapa manfaat untuk pembeli model Passat Elegance kerana syarikat berkenaan menawarkan insurans percuma selama satu tahun.
Malah, bagi model Passat R-Line pula, Volkswagen menawarkan petrol percuma selama setahun.
![]()
Lebih menarik lagi, pembeli kedua-dua varian Passat itu juga berpeluang menikmati penjimatan sehingga bernilai RM3,500 apabila membuat tempahan atas talian menerusi Volkswagen eShowroom.
Dalam pada itu, VPCM turut memperkenalkan Kempen Raya Selepas Jualan yang akan berakhir pada 13 Jun nanti.

Kempen ini menawarkan potongan 20 peratus untuk minyak enjin tulen Volkswagen ketika melakukan servis selain berpeluang menerima penjagaan kereta secara percuma.
Kit berkenaan mengandungi penggilap wax, syampu wax, penggilap, cermin, penjagaan plastik dan kulit di dalam botol 50mililiter. Para pelanggan juga berpeluang menerima sampul raya percuma.
Bagaimanapun, pelanggan hanya berpeluang menikmati keistimewaan yang dinyatakan di atas jika mereka berbelanja minimum RM1,200 untuk tujuan servis.
Selain Kempen Raya Selepas Jualan, VPCM turut menawarkan sebanyak diskaun 20 peratus kepada pemilik Volkswagen yang mahu menukar wiper cermin.
Tawaran ini sah sehingga 30 Jun depan.

Kempen Raya-Raya kali ini turut diserikan dengan penambahbaikan pada Tiguan Allspace Highline. VPCM dikatakan menawarkan beberapa kemasan terbaharu pada Tiguan Allspace.
Tiguan Allspace Highline 2021 kini ditawarkan dengan rim aloi Nizza bersaiz 18 inci bersama soket pengecasan USB-C, radio bersama kawalan suara serta lampu belakang LED baharu dengan efek 3D.
Menyentuh mengenai Allspace Highline, ia dipadankan dengan enjin turbo 1.4TSI sekali gus memberi suntikan bahan api secara terus selain dipadangkan dengan kotak gear klac basah direct shift 6-kelajuan (DSG).
Ini membolehkan kenderaan ini menghamburkan kuasa 147 kuasa kuda dan tork 250Nm. Ia juga menawarkan penjimatan bahan api sekitar 7.3l/100km.
Pelanggan Tiguan Allspace Highline juga akan menikmati rebat duit raya sebanyak RM1,000 dan penjimatan dalam talian berjumlah RM3,500.
Bagi Tiguan Allspace R-Line 2021 pula, ia dilengkapi dengan port data dan pengecasan USB-C selain radio yang kini hadir bersama ciri ketersambungan App-Connect tanpa wayar untuk Apple CarPlay serta Android Auto.
VPCM juga berbesar hati mengumumkan rakan insurans baharu mereka iaitu AXA Affin General Insurance Berhad.
Affin akan menyertai rakan insurans Volkswagen Insurance Plan (VIP) yang lain seperti Allianz General Insurance Berhad, Etiqa General Takaful Berhad dan Zurich Takaful General Insurance Berhad.
Bagi pemegang polisi VIP, mereka layak menerima kelulusan tuntutan dan bantuan tepi jalan dengan tundaan kecemasan 24 jam.
Malah, syarikat tersebut memberi jaminan bahawa kerja-kerja pembaikan hanya dilakukan di pusat badan dan cat Volkswagen yang sah. Malah, ia juga akan memastikan tiada bayaran berlebihan dikenakan.
Ia diberikan kepada semua model Volkswagen tidak kira usia kenderaan, tiada kos penambahbaikan manakala, nilai yang diinsurankan berdasarkan persetujuan untuk kenderaan yang berusia lebih 10 tahun
Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari www.volkswagen.com.my. Apakah pendapat anda mengenai kempen terbaharu ini? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR2271
SELANGOR
BSN4792
JOHOR
JYT4741
PULAU PINANG
PSA6781
PERAK
APG1484
PAHANG
CFF8544
KEDAH
KGE8426
NEGERI SEMBILAN
NEJ8190
KOTA KINABALU
SJQ8841
KUCHING
QAB4319N
Terakhir Kemas Kini 25 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Volkswagen Bakal Buat Kejutan, Ada RANCANGAN Besar!
VPCM mempunya rancangan yang cukup besar untuk tahun ini.
13-03-2024
Akan Buang 10K Pekerja, AI Jadi Pengganti Syarikat Pembekal Komponen Tesla & VW Ini
Sebuah syarikat pembekal automotif dari Perancis, telah mengumumkan rancangan untuk menghentikan sebanyak 10,000 kakitangan.
26-02-2024
Foto VW Golf R Mk 8.5 Didedahkan – Bakal Diperkenal Pertengahan 2024
Apa yang boleh kita jangkakan daripada Golf R? Foto-foto yang dikongsikan oleh syarikat automotif Jerman ini mendedahkan sesuatu...
29-01-2024
Jualan Kereta VW Cecah 9.24 Juta Dalam Setahun
Pengeluar kereta Jerman Volkswagen menjadi bualan hangat di laman X gara-gara jualan keretanya mencecah 9.24 juta pada tahun lalu.
15-01-2024
Volkswagen Golf R 333 Edisi Terhad, Hanya 333 Unit Ditawarkan!
Volkswagen akhirnya memperkenalkan Volkswagen Golf R 333 yang hanya dikeluarkan sebanyak 333 unit.
02-06-2023
BYD Pintas Volkswagen Lebih Awal Dari Jangkaan! Kini Jenama Terlaris di China
BYD telah berjaya mendahului Volkswagen sebagai jenama kereta terlaris di China buat pertama kalinya.
02-05-2023
Berita Terkini
Lautan Kenderaan: 2.8 Juta Kenderaan Serbu KL Hari Ini
2.8 juta kenderaan di lebuh raya dijangka masuk ke pusat bandar hari ini.
24-03-2026
Johor 'Juara' Langgar Peraturan, Ini Senarai Hitam Op HRA 2026 yang Anda Perlu Tahu
Raya belum habis, sebanyak 14,455 kenderaan dikenakan saman.
24-03-2026
Salah Guna RON95, MyKad Disekat, Subsidi BUDI95 Ditarik Balik Serta-Merta
Satu kesilapan, MyKad anda akan disekat dan kelayakan subsidi ditarik balik selamanya.
24-03-2026
Tiket ETS Ke Utara Sold Out
Tiket Raya ETS Ke Utara Licin! Tinggal Baki Sikit Sahaja Lagi, Ini Laluan Yang Masih Ada...
19-03-2026
Ingat Boleh Berjimat, Sekali Harga Diesel Pula Melompat RM4.72 Seliter
Diesel naik 80 Sen: Mana lagi sakit, menghadap jammed PLUS atau menghadap meter pam minyak esok?
18-03-2026
Proton X50 'Ganas' Di Pasaran: 161,000 Unit Terjual
Raja SUV Masih Tak Tergugat! 161,000 unit Proton X50 terjual.
18-03-2026
Kenali 'Mata-Mata' Baru JPJ Yang Boleh Nampak Nombor Plat Anda Dari Atas
Jangan biarkan kegembiraan Aidilfitri berakhir dengan tragedi atau saman ribuan ringgit.
17-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat