Volkswagen Bakal Buat Kejutan, Ada RANCANGAN Besar!

Nampaknya, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mempunyai rancangan yang cukup besar untuk tahun memandangkan ia sudah bersedia untuk mengembangkan lagi barisan produknya di Malaysia.
Bercakap semasa acara pelancaran Touareg R-Line versi CKD semalam, Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandzhiev ada membentangkan mengenai hala tuju syarikat selain memberi bayangan bahawa Golf Mk8.5 akan dilancarkan ke pasaran kita dalam tempoh terdekat ini.
Bostandzhiev mengakui bahawa pihaknya ada merancang sesuatu yang cukup besar sempena ulang tahun VW Golf yang ke-50.


Untuk makluman, model generasi pertama Golf sebenarnya sudah diperkenalkan sejak 1974.
Walaupun beliau tidak menyebut perkara ini secara terang-terangan namun ada desas-desus yang mengatakan bahawa Golf Mk8.5 akan masuk ke pasaran tempatan sempena sambutan ulang tahun itu.
Melihat luarannya, Golf Mk8.5 yang sudah dikemaskini didatangkan dengan lampu hadapan yang lebih tipis dengan IQ proprietari VW.
Sementara itu, lampu LED matriks pula hanya ditawarkan sebagai pilihan.
Malah, lampu belakangnya juga mendapat rekaan pencahayaan baru dan mempunyai kesan 3D apabila mengambil pilihan IQ.Light
.
Melihat wajahnya, ia kelihatan agak agresif dimana ia menampilkan reka bentuk bampar hadapan "bertaring" dengan lima lampu kabus heksagon serta dipadankan dengan roda aloi dua tona baharu manakala rim jejarinya pula diinspirasikan daripada roda asal GTI Mk5.
Bahagian kabinnya pula dikatakan membawa pelbagai perubahan kerana kabinnya sudah ditambah baik selepas pihak syarikat mengambil maklum balas daripada media dan para pelanggannya.


Ia kini menawarkan sistem infotainmen modular generasi keempat (MIB4) Volkswagen yang antaranya menawarkan skrin Discover 12.9 inci, bersama fungsi kawalan suara IDA yang disepadukan dengan ChatGPT.
Mengenai prestasi pula, Golf GTI Mk8.5 masih menggunakan enjin 2.0 liter turbo dimana ia menghasilkan kuasa setakat 262 hp.
Malangnya, hot hatch ini Cuma didatangkan dengan kotak gear klac berkembar DSG tujuh kelajuan kerana kotak gear manual sudah tidak lagi ditawarkan sebagai pilihan.

Di dalam kita, VPCM kini menawarkan Golf Mk8 pra-facelifted versi pemasangan tempatan (CKD).
Model tersebut sebenarnya sudah diperkenalkan dua tahun lalu jadi kami berasa sudah tiba masanya untuk VPCM menggantikannya dengan model baharu yang dinaik taraf.
Bagi model ulang tahun ke-50 ini, ada kemungkinan VPCM akan membawakan Edisi khas Golf Edition 50 sebagai tanda memperingati ulang tahun tersebut.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ6340
SELANGOR
BST8165
JOHOR
JE4745J
PULAU PINANG
PSF6587
PERAK
APL5650
PAHANG
CFH7725
KEDAH
KGJ1782
NEGERI SEMBILAN
NEL9216
KOTA KINABALU
SJU1860
KUCHING
QAB5856P
Terakhir Kemas Kini 22 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Akan Buang 10K Pekerja, AI Jadi Pengganti Syarikat Pembekal Komponen Tesla & VW Ini
Sebuah syarikat pembekal automotif dari Perancis, telah mengumumkan rancangan untuk menghentikan sebanyak 10,000 kakitangan.
26-02-2024
Foto VW Golf R Mk 8.5 Didedahkan – Bakal Diperkenal Pertengahan 2024
Apa yang boleh kita jangkakan daripada Golf R? Foto-foto yang dikongsikan oleh syarikat automotif Jerman ini mendedahkan sesuatu...
29-01-2024
Jualan Kereta VW Cecah 9.24 Juta Dalam Setahun
Pengeluar kereta Jerman Volkswagen menjadi bualan hangat di laman X gara-gara jualan keretanya mencecah 9.24 juta pada tahun lalu.
15-01-2024
Volkswagen Golf R 333 Edisi Terhad, Hanya 333 Unit Ditawarkan!
Volkswagen akhirnya memperkenalkan Volkswagen Golf R 333 yang hanya dikeluarkan sebanyak 333 unit.
02-06-2023
BYD Pintas Volkswagen Lebih Awal Dari Jangkaan! Kini Jenama Terlaris di China
BYD telah berjaya mendahului Volkswagen sebagai jenama kereta terlaris di China buat pertama kalinya.
02-05-2023
Sedan Elektrik Fastback Volkswagen ID.7 Rasmi Diperkenalkan – Capai 700 KM!
Volkswagen ID.7 telah membuat penampilan global yang pertama semasa pameran Auto Shanghai 2023.
18-04-2023
Berita Terkini
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?
Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?
18-09-2026
Berapa Harga Hyundai Tucson?
SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat