Jualan Kereta VW Cecah 9.24 Juta Dalam Setahun

Pengeluar kereta Jerman Volkswagen menjadi bualan hangat di laman X gara-gara jualan keretanya mencecah 9.24 juta pada tahun lalu sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 12% berbanding tahun 2022.
Bagaimanapun, permintaan terhadap jenama itu meningkat disebabkan beberapa faktor lain seperti memenuhi pesanan tertunggak secara besar besaran selepas pandemik Covid-19.
Keadaan juga semakin reda sebaik tamatnya konflik Rusia-Ukraine yang meletus pada Februari 2022.

Selain faktor-faktor tersebut, setelah Volkswagen mengatasi masalah-masalah logistik, pembuat kereta itu dilihat mampu menghasilkan lebih banyak kereta daripada sebelumnya.
Ini kerana pasaran utama seperti Eropah Barat menyaksikan jualan sebanyak 3.27 juta sekali gus menandakan keuntungan tahun ke tahun (YoY) 21%.
Sementara itu, di China pula, Volkswagen mencatatkan jualan sebanyak 3.24 juta manakala di Amerika Utara 990,000 unit dengan menandakan pertumbuhan YoY 18%.
Malah, jualan Volkswagen di Asia Pasifik turut meningkat sebanyak 9% iaitu berjumlah 360,000 unit kereta sudah dihantar kepada para pelanggan.
Bagaimanapun, pihak syarikat tidak memberikan sebarang butiran terperinci mengenai setiap prestasi model namun apa yang jelas, Volkswagen sudah membuat lonjakan besar dari segi jualannya pada tahun lepas.

Buat masa ini, jualan Kumpulan Volkswagen cukup mengagumkan, tetapi pesaing sengitnya, pengeluar kereta Jepun, Toyota masih belum mengeluarkan sebarang angka jualan mereka untuk tahun lepas.
Bagi yang tidak tahu, Toyota pernah dinobatkan sebagai kereta paling di dunia untuk tahun ketiga berturut-turut selepas menyaksikan angka jualan 2 sebanyak 10.5 juta kenderaan pada tahun 2022.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4918
SELANGOR
BSU8716
JOHOR
JH436J
PULAU PINANG
PSH2593
PERAK
APM7597
PAHANG
CFJ3540
KEDAH
KGJ7326
NEGERI SEMBILAN
NEM5230
KOTA KINABALU
SJV573
KUCHING
QAB9540P
Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Volkswagen Bakal Buat Kejutan, Ada RANCANGAN Besar!
VPCM mempunya rancangan yang cukup besar untuk tahun ini.
13-03-2024
Akan Buang 10K Pekerja, AI Jadi Pengganti Syarikat Pembekal Komponen Tesla & VW Ini
Sebuah syarikat pembekal automotif dari Perancis, telah mengumumkan rancangan untuk menghentikan sebanyak 10,000 kakitangan.
26-02-2024
Foto VW Golf R Mk 8.5 Didedahkan – Bakal Diperkenal Pertengahan 2024
Apa yang boleh kita jangkakan daripada Golf R? Foto-foto yang dikongsikan oleh syarikat automotif Jerman ini mendedahkan sesuatu...
29-01-2024
Volkswagen Golf R 333 Edisi Terhad, Hanya 333 Unit Ditawarkan!
Volkswagen akhirnya memperkenalkan Volkswagen Golf R 333 yang hanya dikeluarkan sebanyak 333 unit.
02-06-2023
BYD Pintas Volkswagen Lebih Awal Dari Jangkaan! Kini Jenama Terlaris di China
BYD telah berjaya mendahului Volkswagen sebagai jenama kereta terlaris di China buat pertama kalinya.
02-05-2023
Sedan Elektrik Fastback Volkswagen ID.7 Rasmi Diperkenalkan – Capai 700 KM!
Volkswagen ID.7 telah membuat penampilan global yang pertama semasa pameran Auto Shanghai 2023.
18-04-2023
Berita Terkini
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

