- Berita
- Berita Auto
- PERODUA menghulurkan sumbangan bekalan perubatan tambahan bernilai RM80,000 kepada Hospital Sungai Buloh, Selangor.
PERODUA menghulurkan sumbangan bekalan perubatan tambahan bernilai RM80,000 kepada Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (PERODUA) menghulurkan sumbangan bekalan perubatan tambahan bernilai RM80,000 kepada Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Sumbangan berkenaan merupakan sebahagian usaha syarikat pengeluar kereta kompak itu dalam menyokong institusi awam di seluruh negara.

Bekalan perubatan itu termasuk 5,000 pelindung muka, kerusi roda kerusi roda yang dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan, kerusi tandas duduk, papan pemindahan, rel katil, kerusi pemulihan, rangka bantu berjalan, tongkat dan meja miring terapi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sumbangan itu dilakukan berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh pasukan pentadbiran hospital.
“Bekalan itu disumbangkan bagi membantu menjaga keselamatan kakitangan selain memberi keselesaan kepada pesakit mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, pihaknya akan terus berhubung dengan institusi awam utama bagi menentukan dimana Perodua boleh menghulurkan sumbangan secara strategik untuk membantu negara.
“PERODUA juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada petugas kesihatan yang berkhidmat untuk kita semua tanpa mengenal penat lelah,” ujarnya.
Dalam pada itu, sebanyak 5,000 pelindung muka itu adalah antara 35,000 unit kemudahan yang disumbangkan pengeluar kenderaan itu kepada pelbagai organisasi di negara ini.
Selain hospital, pelindung muka itu juga diedarkan di sekolah, klinik, pejabat kerajaan dan pihak berkuasa tempatan serta penjaja di kawasan sekitar.
Menyentuh mengenai pelindung muka itu, ia dikatakan mempunyai bahagian pelindung tahan kabus diperbuat daripada polyethylene terephthalate untuk penglihatan yang optimum.
Malah, kusyen span pada bahagian dahi juga dikatakan mampu menghalang kemasukan titisan air.
Ia juga mempunyai jalur elastik dimana ia boleh dilaraskan untuk pemakaian yang selamat dan selesa.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama PERODUA menghulurkan sumbangan bekalan perubatan seumpama itu.
Pengeluar kereta tempatan berkenaan pernah menyumbangkan 150 tilam, 200 bantal, 105 kotak air mineral, 15 kipas industri dan 300 pasang kasut getah kepada Hospital Sungai Buloh ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada tahun lalu.
Ketika itu, PERODUA turut menghulurkan bantuan sebanyak RM2 juta kepada Tabung Covid-19 Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
Tabung Covid-19 NADMA dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Mac tahun lalu bagi membantu rakyat yang paling memerlukan bantuan akibat PKP .
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU8709
SELANGOR
BSU5416
JOHOR
JG2045J
PULAU PINANG
PSG6453
PERAK
APM4216
PAHANG
CFJ1895
KEDAH
KGJ5443
NEGERI SEMBILAN
NEM3599
KOTA KINABALU
SJU6455
KUCHING
QAB7995P
Terakhir Kemas Kini 22 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
SMART 2 Atasi Banjir Selangor: Apa Kesannya Kepada Rakyat?
Banjir Selangor: Adakah Pembinaan SMART 2 Jawapan Terbaik?
21-10-2026
Penjawat Awam Dilarang Guna Waze Serta-Merta
Penjawat Awam Henti Guna Waze, Beralih Ke TuJu.
21-10-2026
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia
GWM Malaysia Lepasi 10,000 Unit CKD, Eksport WEY G9.
21-10-2026
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah 1 Malaysia
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah Satu Malaysia.
21-10-2026
Bas Khas GP Moto 2026: Rapid KL Sedia 85 Bas Ke Sepang
Tiket Bas Khas Rapid KL Mula Dijual 22 Okt.
20-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

