- Berita
- Berita Auto
- Nissan GT-R NISMO 2022: Model Versi Edisi Khas Bakal Dilancarkan Di Jepun Oktober Ini!
Nissan GT-R NISMO 2022: Model Versi Edisi Khas Bakal Dilancarkan Di Jepun Oktober Ini!
Nissan Motor Co Ltd telah mengumumkan pelancaran Nissan GT-R NISMO terbaharu bagi tahun 2022. GT-R NISMO yang juga sebuah versi edisi khas bakal dilancarkan di Jepun pada bulan Oktober nanti.



"Buat sekian lama, GT-R NISMO merupakan (model kereta) yang menjadi pilihan untuk nikmat pemanduan sebenar. Kami mengambil pendekatan holistik, dengan memberikan penumpuan kepada keseimbangan komponen enjin dan juga berat untuk mendapatkan ketepatan prestasi. Rupa GT-R ditambahbaik secara berperingkat supaya dapat menyampaikan keseimbangan kuasa, prestasi dan keseronokan yang sebenar kepada pelanggan," ujar Ketua Pakar Produk GT-R, Hiroshi Tamura.


Kedua-dua model bagi GT-R NISMO 2022 bakal ditawarkan dalam warna eksklusif NISMO iaitu NISMO Stealth Gray. Sementara itu, edisi khasnya pula bakal menerima tambahan penutup hud depan gentian karbon yang dilapiskan dengan clear-coat. Turut digunakan ialah rim aloi sport Rays aluminium forged yang bersaiz 20 inci. Selain itu, hud gentian karbon yang digunakan adalah 100 gram lebih ringan berbanding GT-R biasa.


Berkenaan enjinnya, GT-R NISMO dikuasakan oleh enjin VR38DETT 3.8-liter turbo berkembar V6 dengan pengecas turbo yang dibekalkan oleh kereta lumba GT3. Gabungan teknologi ini membekalkan kuasa output sebanyak 600 hp dan tork 652 Nm dengan transmisi 6-kelajuan dwi-cekam kepada semua roda.

Edisi khas GT-R NISMO 2022 yang dibina mengikut pesanan ini dihasilkan dengan ketepatan yang tinggi, berat setiap bahagian diambilkira setiap gram, termasuklah gegelang omboh, rod penyambung, aci engkol, roda tenaga (flywheel), puli engkol dan spring injap yang dipasang dengan toleransi lebih ketat. Tindakan ini membantu enjin untuk mampu memberikan respon yang lebih baik serta meningkatkan kepantasan putaran turbo.
Setiap inci enjin kereta ini adalah hasil buatan tangan juruteknik takumi Nissan. Plat takumi yang terdapat pada bahagian enjin kereta diwarnai dengan warna yang eksklusif.
Pengeluar kereta Jepun ini turut berkolaborasi dengan McDonald untuk menghasilkan kereta mainan Nissan GT-R NISMO bersaiz mini yang bakal ditawarkan di cawangan restoran makanan segera ini sebagai "Tomica Happy Set”. Set ini akan ditawarkan di negara Jepun dalam masa terhad bermula daripada 30 April nanti.




Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4512
SELANGOR
BSV1172
JOHOR
JH4075J
PULAU PINANG
PSH4012
PERAK
APM9475
PAHANG
CFJ4082
KEDAH
KGJ8110
NEGERI SEMBILAN
NEM5843
KOTA KINABALU
SJV1820
KUCHING
QAB198Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026
Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.
22-12-2025
Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah
Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.
19-12-2025
Nissan Dedah Imej Acah Kereta Konsep Nismo Terbaru Menjelang Tokyo Auto Salon 2026
Debaran semakin memuncak menjelang ketibaan Tokyo Auto Salon (TAS) 2026. Nissan baru-baru ini telah memuat naik satu imej 'teaser' yang memaparkan sebuah kereta konsep misteri di bawah jenama prestasinya, Nismo.
18-12-2025
Dilancar: Nissan Frontier Pro - Harga Bermula Daripada RM99,800
Nissan Frontier Pro sudah menembusi pasaran China, baru-baru ini.
28-11-2025
Nissan Navara 2026 Buat Kemunculan Rasmi, Kembar Triton Yang Lebih Garang
Setelah lebih sedekad, Nissan akhirnya mendedahkan trak pikap Navara generasi terbaru minggu ini.
20-11-2025
Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"
Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.
14-11-2025
Nissan Navara Generasi Terbaru 2026 Bakal Didedahkan 19 Nov Ini
Nissan bakal melancarkan Navara generasi terbaru dalam masa beberapa hari sahaja lagi, iaitu pada 19 November ini, menandakan berakhirnya lebih satu dekad tanpa sebarang perubahan besar.
16-10-2025
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
