ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nissan GT-R NISMO 2022: Model Versi Edisi Khas Bakal Dilancarkan Di Jepun Oktober Ini!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Nissan Motor Co Ltd telah mengumumkan pelancaran Nissan GT-R NISMO terbaharu bagi tahun 2022. GT-R NISMO yang juga sebuah versi edisi khas bakal dilancarkan di Jepun pada bulan Oktober nanti.  





"Buat sekian lama, GT-R NISMO merupakan (model kereta) yang menjadi pilihan untuk nikmat pemanduan sebenar. Kami mengambil pendekatan holistik, dengan memberikan penumpuan kepada keseimbangan komponen enjin dan juga berat untuk mendapatkan ketepatan prestasi.  Rupa GT-R ditambahbaik secara berperingkat supaya dapat menyampaikan keseimbangan kuasa, prestasi dan keseronokan yang sebenar kepada pelanggan," ujar Ketua Pakar Produk GT-R, Hiroshi Tamura. 





Kedua-dua model bagi GT-R NISMO 2022 bakal ditawarkan dalam warna eksklusif NISMO iaitu NISMO Stealth Gray. Sementara itu, edisi khasnya pula bakal menerima tambahan penutup hud depan gentian karbon yang dilapiskan dengan clear-coat. Turut digunakan ialah rim aloi sport Rays aluminium forged  yang bersaiz 20 inci.  Selain itu, hud gentian karbon yang digunakan adalah 100 gram lebih ringan berbanding GT-R biasa.  





Berkenaan enjinnya, GT-R NISMO dikuasakan oleh enjin VR38DETT 3.8-liter turbo berkembar V6 dengan pengecas turbo yang dibekalkan oleh kereta lumba GT3. Gabungan teknologi ini membekalkan kuasa output sebanyak 600 hp dan tork 652 Nm dengan transmisi 6-kelajuan dwi-cekam kepada semua roda.  




Edisi khas GT-R NISMO 2022 yang dibina mengikut pesanan ini dihasilkan dengan ketepatan yang tinggi, berat setiap bahagian diambilkira setiap gram, termasuklah gegelang omboh, rod penyambung, aci engkol, roda tenaga (flywheel), puli engkol dan spring injap yang dipasang dengan toleransi lebih ketat.  Tindakan ini membantu enjin untuk mampu memberikan respon yang lebih baik serta meningkatkan kepantasan putaran turbo.  

Setiap inci enjin kereta ini adalah hasil buatan tangan juruteknik takumi Nissan. Plat takumi yang terdapat pada bahagian enjin kereta diwarnai dengan warna yang eksklusif.  

Pengeluar kereta Jepun ini turut berkolaborasi dengan McDonald untuk menghasilkan kereta mainan Nissan GT-R NISMO bersaiz mini yang bakal ditawarkan di cawangan restoran makanan segera ini sebagai "Tomica Happy Set”. Set ini akan ditawarkan di negara Jepun dalam masa terhad bermula daripada 30 April nanti. 






Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY4512

SELANGOR

BSV1172

JOHOR

JH4075J

PULAU PINANG

PSH4012

PERAK

APM9475

PAHANG

CFJ4082

KEDAH

KGJ8110

NEGERI SEMBILAN

NEM5843

KOTA KINABALU

SJV1820

KUCHING

QAB198Q

Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025
Global

Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah

Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.

19-12-2025
Global

Nissan Dedah Imej Acah Kereta Konsep Nismo Terbaru Menjelang Tokyo Auto Salon 2026

Debaran semakin memuncak menjelang ketibaan Tokyo Auto Salon (TAS) 2026. Nissan baru-baru ini telah memuat naik satu imej 'teaser' yang memaparkan sebuah kereta konsep misteri di bawah jenama prestasinya, Nismo.

18-12-2025
Global

Dilancar: Nissan Frontier Pro - Harga Bermula Daripada RM99,800

Nissan Frontier Pro sudah menembusi pasaran China, baru-baru ini.

28-11-2025
Global

Nissan Navara 2026 Buat Kemunculan Rasmi, Kembar Triton Yang Lebih Garang

Setelah lebih sedekad, Nissan akhirnya mendedahkan trak pikap Navara generasi terbaru minggu ini.

20-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"

Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.

14-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru 2026 Bakal Didedahkan 19 Nov Ini

Nissan bakal melancarkan Navara generasi terbaru dalam masa beberapa hari sahaja lagi, iaitu pada 19 November ini, menandakan berakhirnya lebih satu dekad tanpa sebarang perubahan besar.

16-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse

: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.

13-11-2026
Berita Auto

Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu

Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.

13-11-2026
Berita Auto

Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.

12-11-2026
Berita Auto

Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Pengganti Anthony Loke Masih Belum Dibincangkan.

12-11-2026
Berita Auto

JPJ Cipta Sejarah

Nombor Pendaftaran Siri H Catat Sejarah, JPJ Kutip RM91.2 Juta.

11-11-2026
Berita Auto

Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.

11-11-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.