Wow! Jualan Perodua Cecah 20,399 Dalam 1 Bulan! Kereta Mana Yang Laku Keras Ni?
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah melaporkan jualan mencecah 20,399 unit pada bulan April. Sekiranya dibandingkan, Perodua berjaya mencapai jualan lebih 5,382 unit daripada Proton yang mengumpulkan jumlah jualan sebanyak 15,017 unit pada bulan yang lalu.
Model Kereta Terhangat Perodua Untuk Tahun Ini
Sejumlah 4,624 unit atau 22 peratus daripada keseluruhan jualan yang dicapai adalah untuk kereta Ativa, menjadikan jumlah jualan Ativa daripada awal pelancaran mencecah 9,000 unit.

Tempahan bagi model terbaharu Perodua ini kekal tinggi dengan hampir 290 tempahan sehari secara puratanya.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan padu yang diberikan.
“Tempoh menunggu Ativa kini dari dua hingga empat bulan, bergantung kepada warna dan varian yang diingini.

“Kami menasihatkan para pelanggan kami yang dihargai untuk bercakap dengan penasihat jualan kami yang sah untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat mengenai tempoh menunggu bagi pelbagai kombinasi varian-warna Ativa,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam satu kenyataan dibuat.
Isu Kekurangan Semikonduktor

Walau bagaimanapun, jualan telah turun sebanyak 16.5 peratus, daripada 24,431 unit kepada 20,399 unit berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Perkara ini terjadi disebabkan isu kekurangan semikonduktor yang memberi kesan kepada pelbagai industri global.
“Walaupun isu kekurangan cip semikonduktor masih berlangsung secara global, Perodua berjaya menghasilkan 20,278 kenderaan pada April 2021, menjadikan jumlah pengeluaran kami setakat tahun ini sebanyak 80,661 unit,” kata beliau lagi.

Secara keseluruhannya, setakat tahun ini syarikat telah menjual sebanyak 78,304 unit kenderaan.
Ini termasuklah peningkatan sebanyak 74 peratus berbanding 45,034 unit terjual pada empat bulan terawal tahun lalu.
“Isu kekurangan cip merupakan keutamaan kami buat masa ini. Kami sedang mengkaji kesemua sumber yang ada untuk menanganinya, termasuk bekerjasama dengan pihak kerajaan dan rakan-rakan niaga kami untuk mencari penyelesaian.
“Perodua tetap komited terhadap penghantaran tepat pada masanya, dibantu oleh skala ekonomi kami. Kami mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang dihargai atas kesabaran mereka.

Kami akan bertungkus lumus untuk menyerahkan sebanyak kenderaan yang mungkin sebelum tamatnya pengecualian cukai jualan kerajaan pada akhir bulan Jun ini,” tambahnya.
Sasaran Jualan 2021 Dikekalkan
Zainal memberitahu bahawa buat masa ini, syarikat masih akan mengekalkan sasaran jualan bagi tahun 2021 iaitu 240,000 unit.
Sasaran jualan yang ditetapkan Perodua adalah 9 peratus lebih berbanding 220,163 unit kereta yang terjual pada tahun 2020.
Perodua dijangka akan membelanjakan sebanyak RM6.5 bilion pada tahun ini untuk membeli komponen tempatan.
Dalam masa yang sama, Perodua juga mensasarkan pengeluaran sebanyak 272,000 unit (lebih 23 peratus daripada 220,968 unit pada tahun 2020) dan 2.4 juta pengambilan servis (lebih 20 peratus daripada 2 juta pengambilan servis pada tahun 2020) untuk tahun ini.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9073
SELANGOR
BSU4086
JOHOR
JF6941J
PULAU PINANG
PSG4245
PERAK
APM2413
PAHANG
CFJ1132
KEDAH
KGJ4650
NEGERI SEMBILAN
NEM2780
KOTA KINABALU
SJU5480
KUCHING
QAB7531P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tahniah Perodua, Jualan Perodua Meningkat 102 Peratus
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) dikatakan telah meningkatkan penghantaran kenderaan Perodua untuk tiga bulan berturut-turut apabila mencatatkan peningkatan sebanyak 102 peratus.
05-10-2021
Berita Terkini
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


