ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tidak Mampu Beli Bugatti? Jom Tengok Jam Tangan Pintar Bugatti!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Jam tangan Bugatti?

Tiada apa yang perlu dihairankan memandangkan ini bukan kali pertama Bugatti menghasilkan jam tangan mewah.

Sebaliknya, ini merupakan  kali pertama Bugatti tampil dengan jam tangan pintar!

Oleh itu, Bugatti mendedahkan koleksi terbaharunya yang terdiri daripada tiga model jam tangan pintar.




Oleh itu, Bugatti mendedahkan koleksi terbaharunya yang terdiri daripada tiga model jam tangan pintar.

Jam mewah ini dikenali sebagai the Bugatti Ceramique Edisi One Pur Sport, Bugatti Ceramique Edisi One Le Noire dan Bugatti Ceramique Edisi One Divo. 

Menerusi kerjasama dengan salah sebuah pengeluar jam tangan mewah, VIITA Watches. Dengar sahaja nama VIITA, sudah tentunya ia menawarkan kualiti yang terbaik selain dilengkapi dengan teknologi canggih.

Malah, sedia maklum bahawa VITTA sememangnya telah menyesuaikan perisiannya bagi memenuhi permintaan tinggi selain seiring dengan teknologi semasa.

Ia dikatakan hadir dengan sejumlah ciri teknikal yang agak luar biasa!



Bagi model jam tangan pintar Bugatti ini, ia terdiri daripada 90 jenis aktiviti  sukan selain  mampu mengesan kandungan oksiden dalam darah termasuk kadar degupan jantung dan turut dilengkapi dengan sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).

Fuhh, hebat kan?

Seperti sedia maklum, Bugatti juga amat menitiberatkan soal keterperincian maka,  setiap contoh jam dibuat dengan menggunakan tangan.

selain digabungkan dengan pasukan IT yang terkenal dan  pakar jam tangan bagi menghasilkan model berkenaan yang terdiri daripada 1,000 komponen berasingan.

Selain itu, jenama berkenaan turut terkenal dengan keperibadiannya. Jadi, pemilik jam pintar Bugatti ini boleh memilih tali jam tangan jenis getah atau tali titanium.

Bagi memperincikan setiap model ini, ketiga-tiga jam tangan berkenaan boleh ditempah dengan pelindung bezel.

Malah, dengan adanya proses pemesinan dikawal komputer (CNC), bezel ini diukir dengan teliti dan ia diperbuat daripada bahan seramik tahan calar.

Beberapa laporan turut mendedahkan bahawa ketiga-tiga model itu siap dalam tempoh 20 hari sahaja.

Tahukah anda bahawa pemilik jam ini juga boleh menukar pelindung bezel hanya dalam satu minit dengan menggunakan satu kunci unik yang disediakan dengan jam berkenaan!

Antara ciri unik lain yang terdapat pada jam ini termasuk mengukur data kesihatan selain ia yang dilengkapi dengan dua sensor mampu mencatat kadar degupan jantung bagi melaporkan data kesihatan seseorang individu.



Malah, jam tangan  yang  disokong dengan VO2Max menyebabkan ia juga dapat mencatatkan tahap tekanan dan usia biologi manakala, GPS jam tangan pintar ini telah direka khas hanya untuk Bugatti. 



Jika para pemilik  jam tangan ini menyertai lumba kereta, mereka sebenarnya boleh mencatat masa pusingan dan kadar pecutan melalui ciri-ciri yang disediakan di dalam jam ini.

Ketiga-tiga model dilengkapi dengan sel bateri 445 mAh yang menawarkan jangka hayat sehingga 14 hari. Ia dipadankan dengan skrin LED berwarna penuh 390 x 390 piksel dengan keupayaan tahan calar.

Kini, jam tangan pintar Bugatti didatangkan dengan jaminan selama lima tahun.




“Di Bugatti, kami meneruskan penggunaan teknologi canggih. Ini yang menyebabkan kami teruja untuk mewujudkan kerjasama baharu dengan VIITA Watches.

“Kami hanya memilih rakan kongsi yang sesuai dengan penanda aras prestasi Bugatti termasuk yang menitikberatkan soal kualiti dan prestasi. Jam tangan pintar Bugatti ini menawarkan kemewahan, perisian dan ciri khas yang tampil  dengan material berkualiti tinggi,” kata Presiden Bugatti, Stephan Winkelmann. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif VIITA Watches, Martin Konrad menyifatkan pihaknya merupakan peneraju jam tangan pintar termasuk data kesihatan biometrik.




Bagaimanapun, VIITA dan Bugatti telah memilih kickstarter.com untuk kempen pra-pelancaran jam tangan itu dimana ia kini dijual secara eksklusif hanya untuk tempoh yang agak singkat.

Begitupun, ia tidak mendedahkan harga sebenar jam berkenaan. 

Untuk keterangan lanjut, layari http://www.bugatti-smartwatches.com.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQS2544

SELANGOR

BSN6582

JOHOR

JYT8673

PULAU PINANG

PSA9741

PERAK

APG3249

PAHANG

CFF9744

KEDAH

KGE9606

NEGERI SEMBILAN

NEJ8951

KOTA KINABALU

SJR1563

KUCHING

QAB4845N

Terakhir Kemas Kini 01 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Global

08-08-2025
Gaya Hidup

28-06-2024
Global
Global

01-06-2024
Global

30-04-2024
Gaya Hidup

02-11-2023
Global

12-08-2023
Global

24-07-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto
Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto
Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026
Berita Auto
Bahang Melampau, Cermin Kereta Retak Sekelip Mata

Bahang Melampau, Cermin Kereta Retak Sekelip Mata

Waspada bahang matahari! Lelaki kongsi detik cermin kereta retak hingga rugi ribuan ringgit, mujur insurans cover.

31-03-2026
Berita Auto
Lagi Video Penunggang Motosikal Maut Tular Di Media Sosial

Lagi Video Penunggang Motosikal Maut Tular Di Media Sosial

Seorang pelajar tunggu SPM maut selepas rempuh bas.

30-03-2026
Berita Auto
Program Lanjutan Waranti Proton Saga MC3 2026 -Hanya RM1,200

Program Lanjutan Waranti Proton Saga MC3 2026 -Hanya RM1,200

Anda boleh menambahkan waranti ke atas bahagian enjin dan kotak gear pada harga RM1,200.

30-03-2026
Berita Auto
Nak Isi Minyak, Wajib Bayar Di Kaunter: KPDN Perketat Syarat Isi Petrol Guna Kad Kredit, Debit Asing
Berita Auto
Nak Jimat Minyak? Ahmad Maslan Cadang Carpool, Berbasikal

Nak Jimat Minyak? Ahmad Maslan Cadang Carpool, Berbasikal

Resipi Ahmad Maslan Lawan Harga Minyak: Dari Basikal ke EV.

30-03-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.