Barisan ID Sambut Kehadiran ID.4 GTX!
Volkswagen (VW) memperkenalkan ID.4 GTX yang menggunakan dua motor elektrik berkembar di Berlin, Jerman baru-baru ini.
Jentera ini dikatakan dijual pada harga €50,415 (RM254,524.89) di negara itu namun para pelanggan juga boleh memohon harga subsidi yang bernilai at €7,500 (RM37,864.46).

“ID.4 GTX merupakan model berprestasi tinggi yang pertama kami di bawah jenama GTX. Ia yang sangat praktikal dan hebat, sudah pasti menawarkan keseronokan memandu. Lagipun, ID.4 GTX ini sama seperti GTI dan kenderaan utiliti sukan ID yang lain.
“Menerusi barisan GTX ini, ia membolehkan kami mencapai sasaran Way to Zero sekali gus Volkswagen dapat mencapai sasaran bebas karbon-neutral menjelang tahun 2050,” kata Ketua Jualan dan Pemasaran Volkswagen, Klaus Zellmer.
Sama seperti GTI dan GTE, GTX adalah sebahagian jenama produk yang bebas dimana ia bertujuan untuk mengubahkan mobilti elektrik dunia kepada kenderaan baharu yang menggabungkan ciri sporty pintar dengan kemampanan dan prestasi tinggi.

Model ID.4 GTX yang dikatakan merupakan satu-satunya pacuan semua roda yang menggunakan satu pek bateri.
Pek bateri ini menyalurkan kuasa 77 kWh menyebabkan ia mampu menempuh perjalanan sejauh 340 hingga 480 kilometer.
Kenderaan dwi motor elektrik ini dipasang pada gandar hadapan dan belakang yang dijana dengan kuasa 125kW dimana ia mampu menghamburkan kuasa pada takat 220 Kw (295 kuasa kuda).

ID.4 GTX juga boleh dipecut dari 0-100 km/j dalam 6.2 saat (0-60 km/j dalam 3.2 saat) dan kelajuan maksimum dengan pengehad elektrikal mencecah 180 km/j.
Ia yang dilengkapi dengan ciri Pengurusan Dinamik Kenderaan saling berfungsi dengan kawalan semua pacuan roda termasuk sistem kawalan brek bagi memastikan pengendalian pemanduan berjalan dengan stabil dan baik.
Menyentuh mengenai reka bentuk, ID.4 GTX menampilkan jalur cahaya di bahagian hadapan selain hadir bersama lampu nyalaan siang LED dengan elemen kemasan sarang lebah.

Bahagian bampar diberikan rekaan semula selain dipadankan dengan lampu belakang LED yang direka semula dengan grafik lampu brek berbentuk-X.
ID.4 GTX juga menampilkan struktur yang diperbaharui sepenuhnya untuk peralatan pilihan seperti reka bentuk, infotaimen, bantuan, keselesaan dan pakej sport yang didapati pada kedua-dua varian standard dan plus.
Struktur pilihan baharu itu juga didapati pada barisan ID yang lain seperti ID.3 dan ID.4.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT5435
SELANGOR
BSU3563
JOHOR
JF5471J
PULAU PINANG
PSG3466
PERAK
APM1687
PAHANG
CFJ281
KEDAH
KGJ4297
NEGERI SEMBILAN
NEM2486
KOTA KINABALU
SJU5044
KUCHING
QAB7420P
Terakhir Kemas Kini 11 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

