- Berita
- Berita Auto
- Huawei Bakal Bangunkan Cip Semikonduktor Dan Dalam Proses Menghasilkan Kereta Elektrik!
Huawei Bakal Bangunkan Cip Semikonduktor Dan Dalam Proses Menghasilkan Kereta Elektrik!
Kebanyakan pengeluar kereta kini menanggung kerugian besar gara-gara mengalami kekurangan cip semikonduktor yang menjejaskan industri automotif. Malah, bekalan semikonduktor yang terhad ketika ini menyebabkan pengeluaran beberapa model terpaksa dihentikan buat sementara waktu.
Oleh itu, dengan menyertai beberapa syarikat teknologi gergasi seperti Intel dan Samsung, Huawei kini dikatakan telah mengembangkan kerjasama kereta pintarnya dengan Automobil Chongqing Changan.
Kolaborasi ini akan menyaksikan penyeliaan reka bentuk dan pembangunan penggunaan semikonduktor secara automatik.

Laporan Reuters mendedahkan bahawa kedua-dua pihak itu telah bekerjasama secara tidak rasmi untuk menghasilkan cip kenderaan sejak beberapa bulan lalu.
Selain daripada kerjasama dengan Changan bagi menghasilkan kereta pintar di bawah jenama bersama yang masih belum dinamakan lagi, Huawei juga sedang mempertimbangkan kereta elektrik (EV) di bawah jenamanya.

Ia dilihat satu langkah ke hadapan bagi bersaing dengan beberapa jenama seperti Apple dan Oppo dimana ia dalam usaha untuk membangunkan kereta elektrik sendiri.
Laporan Reuters juga menyebut bahawa Huawei kini sedang berunding mengenai kenderaan elektrik dengan sebuah pengeluar kenderaan namun tiada sebarang pengesahan berhubung perkara itu.
Menurut rakan kongsi kereta pintar Huawei, Huawei bertanggungjawab untuk sistem operasi kenderaan termasuk pengeluaran teknologi kabin manakala, Changan pula mengetuai reka bentuk dan kejuruteraan kenderaan.
![]()
Adakah cip semikonduktor dan pengeluaran kereta EV Huawei akan membuktikan ia merupakan satu batu loncatan buat syarikat teknologi gergasi itu? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC7364
SELANGOR
BSQ8642
JOHOR
JYY8294
PULAU PINANG
PSD1543
PERAK
APJ2704
PAHANG
CFG7958
KEDAH
KGG5430
NEGERI SEMBILAN
NEK6715
KOTA KINABALU
SJS4420
KUCHING
QAB166P
Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berita Baik Atau Buruk? Pentadbiran AS Akhirnya Meluluskan Permohonan Lesen Huawei
Pentadbiran AS telah meluluskan permohonan lesen Huawei untuk membeli cip bagi mengembangkan perniagaan komponen automotif.
02-09-2021
Arcfox Bekerjasama Dengan Huawei Untuk Mengalahkan Tesla Dengan Alpha S Series Smart Car
Arcfox mengumumkan pengeluaran model kereta kedua mereka, Alpha S serta Alpha S Hi yang dibangunkan hasil kerjasama dengan syarikat gergasi Huawei
20-04-2021
Huawei Berkemungkinan Besar Akan Menjual Kereta Elektrik Tahun Ini!
Huawei dikhabarkan akan melebarkan sayap perniagaan melalui penglibatan dalam dunia pengeluaran automotif.
02-03-2021
Berita Terkini
Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai
Diesel Turun RM2.10: Hanya Untuk Pemegang MyKad Mulai Julai.
22-06-2026
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing
Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.
18-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ
Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.
18-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat