Jalan Merekah Bukan Disebabkan Gempa Bumi
Penduduk kampung Bukit Hijau, Kuala Selangor terkejut besar selepas melihat struktur jalan sepanjang 100 meter merekah dan mendap secara tiba-tiba semalam, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
![]()
Kejadian itu dikatakan boleh membahayakan nyawa orang ramai terutama 1,000 penduduk yang menggunakan laluan berkenaan.
Ketua Kampung Bukit Hijau, Masdek Jamal berkata, laluan itu sememangnya digunakan hampir 1,000 penduduk yang keluar masuk jalan berkenaan.
“Mujur tiada kenderaan yang terperosok ke dalam lubang akibat tanah mendap itu,” katanya ketika dihubungi Caricarz!

Ketika ditanya sama ada jalan itu sudah dibaiki atau sebaliknya, beliau berkata, setakat ini, ia masih belum dibaiki.
Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Selangor mengesahkan punca mendapan adalah akibat struktur jalan yang tidak kukuh.

Kejadian mendapan tanah itu dikesan sedalam 1.3 meter .

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku akibat struktur jalan yang tidak kukuh menyebabkan ia merekah dan mendap,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingin berlaku, laluan itu ditutup buat sementara waktu manakala Pelan Pengurusan Trafik (TMP) telah dilaksanakan akibat penutupan laluan berkenaan.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4671
SELANGOR
BST7691
JOHOR
JE4152J
PULAU PINANG
PSF6224
PERAK
APL5361
PAHANG
CFH7574
KEDAH
KGJ1578
NEGERI SEMBILAN
NEL8942
KOTA KINABALU
SJU1594
KUCHING
QAB5782P
Terakhir Kemas Kini 21 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?
Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?
18-09-2026
Berapa Harga Hyundai Tucson?
SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k
18-09-2026
Remaja 14 Rempuh 2 Kereta, Mujur Tiada Yang Mati
Remaja 14 tahun dirakam memandu secara melulu.
17-09-2026
PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian
PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.
17-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat