- Berita
- Berita Auto
- Perodua Masih Mampu Kekal Sasaran Walaupun Berhadapan Dengan Covid-19 Dan Kekurangan Semikonduktor!
Perodua Masih Mampu Kekal Sasaran Walaupun Berhadapan Dengan Covid-19 Dan Kekurangan Semikonduktor!
Syarikat Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) sudah pastinya tidak membiarkan pandemik Covid-19 dan masalah kekurangan semikonduktor sebagai penghalang untuk mencapai sasaran jualan kereta 2021 sebanyak 240,000 unit.
Perodua juga dilaporkan berjaya menjual sekurang-kurangnya 96,281 kenderaan dalam lima bulan pertama pada tahun ini.
Malah, ia juga telah menghasilkan 18,283 unit pada Mei lalu sekali gus menjadikan pengeluaran setakat ini kepada 98,944 unit.
“Jualan Perodua telah mencecah 96,281 unit sehingga Mei dengan mewakili peningkatan 82 peratus berbanding 52,920 unit dijual dalam tempoh yang sama pada tahun lalu. Pencapaian ini agak terjejas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa dari Mac hingga Mei lalu, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad.
Bagaimanapun, ia tidak penghalang untuk syarikat daripada menjual 105,745 unit pada lima bulan pertama pada tahun 2019, iaitu 8.9 peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun ini.

"Kesan pandemik dan isu kekurangan semikonduktor dapat dilihat pada penurunan jualan sebanyak 12 peratus daripada 20,399 unit pada April kepada 17,973 unit pada Mei.
"Biarpun berhadapan dengan cabaran ini, sekiranya tidak berlaku ketidakpastian tambahan, kami percaya mampu mencapai sasaran 240,000 unit bagi tahun ini di sebalik permintaan yang kekal kukuh bagi semua model," kata Zainal Abidin.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana melanjutkan pengecualian cukai jualan sehingga akhir tahun ini.
Tindakan itu dikatakan dapat membantu menampung permintaan, menggalakkan aktiviti ekonomi serta membantu mengekalkan ekosistem automotif Malaysia
“Kami memahami bahawa langkah yang diambil oleh kerajaan bagi melawan pandemik ini adalah perlu demi kesihatan dan keselamatan rakyat.
“Jadi, kami bersama-sama dengan pembekal dan pengedar akan memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan bagi meratakan lengkung COVID-19," ujarnya.

Zainal Abidin turut menghargai para pelanggan yang faham dan sabar sementara menunggu penghantaran kenderaan baharu mereka.
Untuk maklumat mengenai operasi pusat servis ketika tempoh lockdown, anda boleh hubungan cawangan pusat servis terdekat anda.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


