ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua Masih Mampu Kekal Sasaran Walaupun Berhadapan Dengan Covid-19 Dan Kekurangan Semikonduktor!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Syarikat Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) sudah pastinya tidak membiarkan pandemik Covid-19 dan masalah kekurangan semikonduktor sebagai penghalang untuk mencapai sasaran jualan kereta 2021 sebanyak 240,000 unit. 

Perodua juga dilaporkan berjaya menjual sekurang-kurangnya 96,281 kenderaan dalam lima bulan pertama pada tahun ini.

Malah, ia juga telah menghasilkan 18,283 unit pada Mei lalu sekali gus menjadikan pengeluaran setakat ini kepada 98,944 unit.

“Jualan Perodua telah mencecah 96,281 unit sehingga Mei dengan mewakili peningkatan 82 peratus berbanding 52,920 unit dijual dalam tempoh yang sama pada tahun lalu. Pencapaian ini agak terjejas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa  dari Mac hingga Mei lalu, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Bagaimanapun, ia tidak penghalang untuk syarikat daripada  menjual 105,745 unit pada lima bulan pertama pada tahun 2019, iaitu  8.9 peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun ini.



"Kesan pandemik dan isu kekurangan semikonduktor dapat dilihat pada penurunan jualan sebanyak 12 peratus daripada 20,399 unit pada April kepada 17,973 unit pada Mei.

"Biarpun berhadapan dengan cabaran ini, sekiranya tidak berlaku ketidakpastian tambahan, kami percaya mampu mencapai sasaran 240,000 unit bagi tahun ini di sebalik permintaan yang kekal kukuh bagi semua model," kata Zainal Abidin.




Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana melanjutkan   pengecualian cukai jualan sehingga akhir tahun ini.

Tindakan itu dikatakan dapat membantu menampung permintaan, menggalakkan aktiviti ekonomi serta membantu mengekalkan ekosistem automotif Malaysia

“Kami memahami bahawa langkah yang diambil oleh kerajaan bagi melawan pandemik ini adalah perlu demi kesihatan dan keselamatan rakyat.

“Jadi, kami bersama-sama dengan pembekal dan pengedar akan memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan bagi meratakan lengkung COVID-19," ujarnya.




Zainal Abidin turut menghargai para pelanggan yang faham dan sabar sementara menunggu penghantaran kenderaan baharu mereka. 

Untuk maklumat mengenai operasi pusat servis ketika tempoh lockdown, anda boleh hubungan cawangan pusat servis terdekat anda.  


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN5133

SELANGOR

BST3916

JOHOR

JD4711J

PULAU PINANG

PSF2553

PERAK

APL1870

PAHANG

CFH5983

KEDAH

KGH8027

NEGERI SEMBILAN

NEL6509

KOTA KINABALU

SJT8552

KUCHING

QAB4988P

Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501

Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.

06-08-2026
Berita Auto

Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?

Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?

03-08-2026
Berita Auto

Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta

Berita Baik! Perodua Potong Harga Axia Demi Bantu Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi.

03-08-2026
Berita Auto

Perodua Traz & Alza 'Takluk' Sri Lanka: Bukti Kereta Malaysia Mampu Bersaing di Luar Negara

Dari Malaysia Ke Sri Lanka: Perodua Lebarkan Sayap, Eksport Traz dan Alza!

28-07-2026
Global

Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k

Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.

27-07-2026
Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
EV
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026
Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto

Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT

Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.

28-08-2026
Berita Auto

JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k

Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.

28-08-2026
Berita Auto

Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k

Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.

28-08-2026
Berita Auto

Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel

Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.

28-08-2026
Berita Auto

Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

27-08-2026
Berita Auto

GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k

GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.

27-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.