Baca Ini Untuk Elak Kena Scam! Platform Kereta Yang Sah Dapat Menyelesaikan Masalah ini.

Baru-baru ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din mendedahkan satu kenyataan dengan mendakwa bahawa lebih RM5.4 juta telah ditipu menerusi jualan kereta secara online dalam tempoh lima bulan pertama pada tahun ini. Setakat ini, sebanyak 461 kes berhubung kes penipuan itu dilaporkan.
Kes berkenaan dikatakan semakin meningkat kepada 94.5 peratus daripada 237 kes yang dilaporkan dalam tempoh yang sama pada tahun lalu. Ini sekali gus menjadikan kes penipuan jualan kereta secara dalam talian telah menyebabkan kerugian sebanyak RM1.4 juta. Malah, sejumlah 678 kes yang membabitkan kerugian sebanyak RM5.9 juta telah dilaporkan pada tahun 2020. Kes itu meningkat sebanyak 22.8 peratus berbanding 522 kes yang dilaporkan pada tahun 2019 iaitu membabitkan kerugian sebanyak RM3.2 juta.

Peningkatan kes penipuan jualan kereta secara dalam talian mengundang kebimbangan terutamanya ketika orang ramai berhadapan dengan masa yang sukar seperti sekarang namun, itu tidak menjadi penghalang scammer daripada terus menipu hasil titik peluh mangsa.
Di sini kami akan memaklumkan kepada anda mengapa begitu ramai mangsa ditipu membeli kereta menerusi platform dalam talian? Dan bagaimana untuk mengelakkannya?
Pertama sekali, kebanyakannya akan menjadi mangsa penipuan kerana golongan scammer lazimnya akan menyamar sebagai penjual kereta atau wakil pengedar kereta di bahagian marketplace di media sosial. Seperti diketahui umum, platform media sosial menyediakan kaedah terbaik dan paling efektif dalam menjual sebarang produk termasuk kenderaan. Apa yang paling penting ialah ia menawarkan perkhidmatan secara percuma kecuali jika seseorang itu membuat keputusan untuk meningkatkan iklannya bagi mencapai lebih banyak pelanggan yang berpotensi. Ini antara punca mengapa kebanyakan pengedar kereta tertarik untuk mengiklankan kereta mereka di dalam bahagian marketplace.

Kebanyakan platform ini hanya memerlukan anda meletakkan alamat e-mel manakala, yang lain meminta anda meletakkan nombor telefon, ini adalah salah satu kelemahan paling kritikal di marketplace media sosial kerana sesiapa sahaja boleh menjadi penjual. Ia merupakan satu ruang besar untuk scammer akses ke bahagian ini. Sesiapa sahaja termasuk scammer boleh mengiklankan produk mereka di platform tersebut memandangkan ia tidak memerlukan pemeriksaan pengenalan diri.
Bagaimana scammer menipu?
Lazimnya, golongan scammer akan membuat salinan nama syarikat atau nama pengedar kereta secara rawak dan kemudian memuat turun gambar dari ruang iklan mana-mana pengedar kereta bagi menipu mangsa.
Bagaimanapun, dengan adanya akaun media sosial ini tidak bermakna, scammer boleh berjaya menipu mangsa mereka. Mereka masih memerlukan akaun bank untuk mendapatkan wang mereka. Oleh itu, kebanyakan scammer akan menggunakan bank akaun pihak ketiga. Ia merupakan satu akaun dimana mereka akan bayar kepada pihak ketiga untuk membuka akaun itu. Pihak ketiga lazimnya sanggup menyerahkan akaun dan kad ATM mereka kepada scammer sebagai pertukaran untuk mendapatkan ‘bayaran sewa’ RM500 hingga RM1,000 untuk sebulan.

Dengan adanya akaun bank pihak ketiga, scammer boleh memulakan perniagaan haram mereka. Mereka akan mula menyamar sebagai penjual dengan mengiklankan sejumlah gambar yang dicuri dari online dan bertindak berani dengan menjual kenderaan yang diiklankan itu pada harga rendah, lazimnya harga kereta yang dijual itu jauh lebih rendah berbanding harga pasaran. Mereka akan mengakui bahawa mereka memerlukan wang tunai termasuk pengecualian kastam, unit penyitaan pihak berkuasa atau menyeludup masuk secara haram dari Singapura, Thailand dan Langkawi.
Selain wang pendahuluan, mereka juga akan meminta mangsa untuk membayar yuran proses pembelian, cukai jalan dan dan geran. Malah, sebilangan daripada scammer sanggup memberi rasuah kepada pihak berkuasa. Sebaik pembayaran dibuat, mereka akan mengeluarkan semua wang dan akan menghilangkan diri dalam sekelip mata.

Dengan adanya akaun bank pihak ketiga, scammer boleh memulakan perniagaan haram mereka. Mereka akan mula menyamar sebagai penjual dengan mengiklankan sejumlah gambar yang dicuri dari online dan bertindak berani dengan menjual kenderaan yang diiklankan itu pada harga rendah, lazimnya harga kereta yang dijual itu jauh lebih rendah berbanding harga pasaran. Mereka akan mengakui bahawa mereka memerlukan wang tunai termasuk pengecualian kastam, unit penyitaan pihak berkuasa atau menyeludup masuk secara haram dari Singapura, Thailand dan Langkawi. Selain wang pendahuluan, mereka juga akan meminta mangsa untuk membayar yuran proses pembelian, cukai jalan dan dan geran. Malah, sebilangan daripada scammer sanggup memberi rasuah kepada pihak berkuasa. Sebaik pembayaran dibuat, mereka akan mengeluarkan semua wang dan akan menghilangkan diri dalam sekelip mata.

Biarpun, Polis Diraja Malaysia telah berusaha untuk menangkap scammer ini, sebaliknya anggota polis cuma berjaya menangkap pemegang akaun pihak ketiga dan bukannya scammer.
Jadi bagaimana kita boleh elak ditipu daripada membeli mana-mana kenderaan online?
Pembeli dinasihatkan hanya menggunakan platform yang menyenaraikan kereta seperti Caricarz.com bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan. Hanya platform yang menyaring setiap pengguna sahaja boleh membuat akaun bagi mengelak daripada kena tipu.

Caricarz.com hanya menerima ejen, jurujual dan pengedar kereta dengan pendaftaran syarikat sebenar dan kad pengenalan bagi mendaftar akaun di platformnya.
Caricarz.com juga akan menghantar kakitangannya untuk bertemu dengan individu tersebut secara bersemuka atau menerusi sidang video (disebabkan perintah kawalan pergerakan); hanya individu yang telah disahkan berjaya membuat akaun.
Kakitangan itu juga akan memeriksa kesemua dokumen untuk pendaftaran dan apabila semuanya lengkap, mereka akan memaklumkan kepada pasukan Caricarz.com untuk mengaktifkan akaunnya. Oleh kerana proses yang ketat, Caricarz.com menyimpan rekod penipuan sifar di dalam platformnya. Maka, scammer langsung tidak berpeluang menipu mangsa di dalam platform ini dengan sistem sedemikian.
Harus diingat, sekiranya sesuatu perjanjian itu berjalan dengan lancar maka, kemungkinan besar ia ialah scam! Jadi, berhati-hatilah.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW9434
SELANGOR
BSP7903
JOHOR
JYW2768
PULAU PINANG
PSC1104
PERAK
APH3047
PAHANG
CFG4378
KEDAH
KGF7529
NEGERI SEMBILAN
NEK3480
KOTA KINABALU
SJR7813
KUCHING
QAB7286N
Terakhir Kemas Kini 12 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Cara Check Kereta Terpakai Pernah Accident
Panduan Lengkap Beli Kereta Terpakai: Cara Kenal Pasti Kesan Major Accident.
11-05-2026
Jangan Jadi Mangsa Banjir Kilat: Ini Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Air Mula Naik Di Jalan Raya
Warga kota takut setiap kali hujan berterusan.
08-05-2026
Analisis: Pemandu Mabuk, Sebat, Buang Ke Pulau Atau Sara Mangsa? Hukuman Mana Paling Layak?
Kes pemandu mabuk tiada kesudahan.
07-05-2026
Analisis: Lesen Seumur Hidup: Adakah Sudah Tiba Masa Ia Dikaji Semula?
Bukan Diskriminasi, Tapi Perlindungan: Kenapa Pemandu Veteran Perlu Disaring.
06-05-2026
Kenapa Kereta Bawah 5 Tahun dan Pemilik EV Boleh Jual Kereta Lebih Tinggi Melalui Konsainan di CariCarz Automall
Jangan terpedaya dengan tawaran trade-in yang rendah rendah! Ketahui bagaimana konsainan di Caricarz Automall membantu anda dapatkan harga lebih tinggi untuk kereta di bawah lima tahun.
05-05-2026
Panduan ‘Baik Beli’ 2026: Cara Pilih Kereta Ikut Gaji, Bukan Ikut Komen Netizen
Fenomena ‘Baik Beli’: Adakah Kita Semakin Bijak Atau Sekadar Terikut-ikut?
30-04-2026
Kabin Bahang & Kos Tinggi: Adakah Bumbung Panoramik Masih Relevan Untuk Rakyat Malaysia?
“Bumbung Panoramik: Cantik Dipandang, Tapi Praktikal Ke?
30-04-2026
Jangan Biar Lelaki Perlekehkan Anda! Rahsia Mudah Pam Angin Yang Semua Wanita Patut Khatam
Walaupun bukan semua, tetapi masih ada segelintir wanita masih takut untuk pam angin tayar kereta, ini tips untuk anda!
28-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat