Terbukti Zeekr Ancaman Terbesar Tesla, Stok 2021 Zeekr 001 Habis Terjual!

Nampaknya kereta elektrik premium keluaran Geely, Zeekr 001 merupakan pesaing yang bukan calang-calang bagi Tesla. Buktinya? Kesemua stok untuk tahun 2021 bagi model Zeekr 001 habis terjual! Persoalannya, bagaimanakah Tesla akan cuba untuk mengatasi pencapaian Zeekr?
Zeekr 001 baru sahaja dilancarkan pada bulan April tahun lalu oleh syarikat sama yang memiliki Volvo Cars dan Lotus iaitu Geely. Kereta elektrik ini dilancarkan bagi memenuhi permintaan peminat kereta elektrik premium di China. Sebanyak 2 bilion yuan (kira-kira RM1.27 bilion) telah dilaburkan oleh Zhejiang Geely Holding Group dan Geely Automobile untuk membangunkan Zeekr.
Diwujudkan sebagai ancaman terbesar Tesla
Selain diwujudkan untuk memenuhi permintaan yang tinggi terhadap kereta elektrik di China, Zeekr telah dilancarkan untuk ‘menggantikan’ Tesla. Berdasarkan laporan jualan Tesla, China menyumbang kepada sekitar satu perlima daripada keuntungan jualan global Tesla dengan jumlah mencecah USD31.5 bilion (kira-kira RM130.8 bilion).

Dalam satu temuramah yang pernah diadakan oleh sebuah stesen tv di China, Elon Musk memuji misi negara China untuk mengurangkan emisi karbon. Namun begitu, kedudukan Tesla mula terancam apabila Beijing telah mengeluarkan arahan yang menghalang kakitangan kerajaan dan tentera daripada menggunakan Tesla kerana khuatir dengan cara pengurusan data yang telah dikumpulkan daripada kamera-kamera yang dipasangkan pada Tesla.

Kamera-kamera pada kereta Tesla dikongsikan oleh System Plus
Spesifikasi dan teknologi yang digunakan Zeekr 001
Zeekr ialah sebuah model yang dibina berdasarkan kereta konsep Lynk & Co Zero yang diperkenalkan tahun lepas dan dibina berlandaskan platform Sustainable Experience Architecture (SEA) dengan kepanjangan 4,970mm, kelebaran 1,999mm, ketinggian 1,560mm dengan jarak antara roda bersaiz 3,005mm. Sementara itu, saiz ruang bagasinya pula adalah 2144 liter.
Dari segi teknologi, 001 ialah model berteknologi tinggi yang boleh mengesan individu yang mendekati kereta dengan menggunakan sistem pengesanan wajah, dan pintunya juga boleh dibuka dan ditutup secara automatik.

Zeekr 001 dibina berlandaskan platform Sustainable Experience Architecture (SEA)


Kabin kereta dilengkapi dengan stereng flat-bottom, skrin sentuh tengah yang besar bersaiz 15.4 inci, kluster instrumen bersaiz 8 inci, sistem arahan suara AI Mate, sistem audio 11 speaker Yamaha dan paparan HUD 14.7 inci.

Kereta yang dikilangkan di Ningbo ini memiliki dua buah motor elektrik yang dapat memberikan kuasa output mencecah 536 hp serta tork mencapai 700 Nm. Ini membolehkan kereta melakukan pecutan daripada pegun kepada 100 km/j dalam masa hanya 3.8 saat dan mencapai kelajuan maksimum sebanyak 200 km/j.

Geely dan Ningbo menandatangani perjanjian kerjasama
Kereta elektrik ini menggunakan pek bateri berkapasiti 86kWj dan 100kWj dengan jarak perjalanan untuk sekali caj mencapai 700 km.
Apakah strategi yang bakal diatur Tesla selepas ini?

Memandangkan negara China dilihat sebagai antara pasaran terpenting bagi Tesla, apakah agaknya strategi yang akan digunakan syarikat kereta elektrik terkemuka ini? Sebelum ini, sudah banyak syarikat lain yang cuba untuk bersaing dengan Tesla seperti yang cuba dilakukan oleh syarikat Dyson EV, Fisker Automotive, Nikola Corporation dan Faraday Future Incorporated, namun semuanya gagal dan jatuh bankrap. Kehadiran Zeekr sebagai pesaing Tesla dalam pasaran kereta elektrik ini ibarat buku bertemu ruas, masing-masing datang dengan kehebatan tersendiri.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



