- Berita
- Berita Auto
- Lexus UX 2022: Teaser Didedahkan Lebih Awal Daripada Pelancaran Rasminya, Ini Ciri Menarik Yang Ada!
Lexus UX 2022: Teaser Didedahkan Lebih Awal Daripada Pelancaran Rasminya, Ini Ciri Menarik Yang Ada!
Baru-baru ini teaser bagi crossover kompak Lexus NX 2022 generasi kedua telah didedahkan untuk tatapan orang ramai.
SUV bersaiz sederhana yang serba baharu ini telah didedahkan lebih awal daripada pelancaran rasmi digitalnya pada 12 Jun, 2021 dan diramalkan bakal keluar di pasaran pada bulan Oktober nanti.
![]()
Berdasarkan teaser tersebut, dapat dilihat bahawa Lexus NX 2022 ini menampilkan reka bentuk luaran dan dalaman yang menarik berbanding model sedia ada.
Di bahagian depan, NX menggayakan gril spindle bereka bentuk baharu yang diapit oleh lampu depan LED yang lengkap dengan lampu nyalaan siang (DRL).


Daripada sudut belakang, Lexus NX menggayakan lampu belakang LED yang panjang, menaikkan aura elegan kereta.


Di bawah bar lampu LED belakang ini dapat dilihat tulisan 'LEXUS' dengan gaya yang sama terdapat pada kereta konsep elektrik, LF-Z.
Dari sudut tepi, rekaannya dilihat lebih halus dan lebih berbentuk atau sculpted berbanding NX semasa.


Bergerak ke bahagian dalam kereta, perubahan yang dibuat terhadap NX baharu ini nampak cukup ketara. Contohnya, instrumen analog dan juga sistem infotainmen berbentuk tablet untuk model semasa telah ditukarkan kepada kluster instrumen digital sepenuhnya dan juga sistem infotaimen berskrin sentuh yang terintegrasi pada papan pemuka.
Selain itu, touchpad yang digunakan untuk mengawal sistem infotainmen yang terkenal pada model kereta keluaran Jepun ini sudah dibuang daripada model generasi terbaharu ini. Ini bermakna, sistem boleh terus dikawal pada skrin dengan menggunakan sentuhan jari.


Di samping itu, sistem infotainmen terbaharu turut memiliki fungsi konfigurasi bagi kelajuan kipas kereta dan juga pemanasan tempat duduk. Namun dalam masa yang sama, butang fizikal untuk kawalan suhu tetap dikekalkan.
Kabin dalaman kereta dilihat juga memiliki susun atur konsol tengah yang lebih menarik. Pad pengecas tanpa wayar diletakkan di bawah skrin infotainmen. Bukan itu sahaja, NX turut tampil dengan stereng dan juga paparan-di-kepala (heads-up display) yang baharu.

Dari segi prestasi, teaser turut mendedahkan bahawa crossover Lexus NX 2022 ini akan menggunakan sekurang-kurangnya dua jenis trenkuasa berbeza iaitu hybrid NX350h dan plug-in hybrid NX450h+.
Walaupun spesifikasi terperinci NX terbaharu ini masih tidak dapat diketahui, ia dijangka dibina berdasarkan platform Toyota New Global Architecture (TNGA-K), sama seperti kereta Toyota RAV4.

Ini bermakna secara mekanikalnya, plug-in hybrid NX450h+ adalah serupa dengan RAV4 Prime yang menggunakan enjin 2.5L 4 silinder N/A yang digabungkan dengan satu set motor elektrik dengan kuasa output 225 kW.
Sementara itu, berdasarkan nama yang diberi 'hybrid NX350h' menunjukkan bahawa ia memiliki prestasi yang lebih baik daripada model sedia ada dengan nama '300h.' Hybrid NX350h yang terbaharu ini menggunakan enjin 2.5L 4 silinder dengan sebuah motor elektrik yang mampu menjana kuasa sehingga 160 kW.
Berdasarkan spesifikasi ini, dapat dijangkakan bahawa model terbaharu ini menggunakan trenkuasa yang sama seperti Toyota Kluger yang turut dibina berasaskan platform TNGA-K.

Walaupun rakaman teaser terdedah lebih awal daripada yang dijangkakan, Lexus masih lagi dalam proses memberikan sentuhan terakhir kepada NX generasi kedua ini yang mana pelancaran rasminya bakal tiba tidak lama lagi.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1175
SELANGOR
BSS7105
JOHOR
JC4074J
PULAU PINANG
PSE6749
PERAK
APK6452
PAHANG
CFH4487
KEDAH
KGH5341
NEGERI SEMBILAN
NEL4293
KOTA KINABALU
SJT5344
KUCHING
QAB4022P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bukan Jan 2027, Anthony Loke Cabar Operasi ECRL Dimulakan Disember Ini
Operasi ECRL: Anthony Loke Minta Diawalkan Ke Disember
14-08-2026
Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan
Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.
14-08-2026
PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS
Jaminan Kualiti EV: PRO-NET Lahirkan Kumpulan Pertama Pakar Sistem Voltan Tinggi
13-08-2026
Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu
JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.
13-08-2026
Kenapa Kei Car Tak Boleh Dijual Di Malaysia? Ini Sebab Sebenarnya
Sangat Popular Di Jepun, Tapi Kenapa Kei Car Dilarang Dijual Di Malaysia?
13-08-2026
Isu Tiket F1 Sepang Bermula RM200 Tular, Status Masih Belum Sah
Bocor Di Media Sosial: Tiket F1 Sepang Dikatakan Bermula RM200 Khusus Buat Pemegang MyKad!
12-08-2026
Macam Mana Puspakom Lepaskan Lori Cuma 1 Minit? Kuasa AI Bongkar Segalanya
Puspakom Periksa Bawah Kenderaan Komersial Hanya 1 Minit. Ini Hakikat Sebenar Disebalik Teknologi AI.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat