ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Auto Shanghai 2025: Lexus ES 2026 Didedah! Ada Versi Elektrik, HEV

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas  teaser ringkas yang disiarkan pada minggu lalu, booth Lexus menjadi  tumpuan di pameran Auto Shanghai 2025 apabila  jenama mewah Toyota  itu turut menayangkan kereta salonnya terbaharunya, Lexus ES generasi kelapan, sebentar tadi.

Menurut Lexus, ES generasi kelapan baharu itu bukan sahaja menawarkan pemanduan berkualiti tetapi  keselesaan dan ketenangan" berbanding pendahulunya.

image.png

Tambah syarikat itu, ES sebenarnya direka untuk menawarkan "keselesaan bertaraf kelas pertama untuk semua penumpangnya.

Dari segi penampilannya, ia menawarkan gaya reka bentuk berasaskan kereta konsep reka bentuk baharu jenama tersebut, ‘Clean Tech x Elegance’. 

image.png

Sebahagian besar penampilan baharu sedan ini turut diilhamkan  oleh kereta konsep EV LF-ZC. Malah, ia turut menampilkan reka bentuk grilnya juga telah diubah suai dan ia hadir dengan lampu hadapan berbentuk L, serta bar lampu di belakang.

image.png

Hakikatnya, saiz Lexus ES kali ini agak ketara.  Ini kerana ia kini berukuran  5,140 MM panjang dengan jarak roda 2,950 MM, lebar 1,920 MM, dan tinggi antara 1,555 MM hingga 1,560 MM.

 Secara keseluruhan, sedan ini kini lebih panjang 165 mm manakala jarak rodanya juga dipanjangkan sebanyak 80 MM, 55 MM lebih lebar, dan antara 110 MM hingga 115 MM lebih tinggi  berbanding sebelumnya.

image.png

Beralih ke dalam kabin,  nampaknya Lexus telah memilih untuk membentuk dalaman ES dengan rekaan minimalis bagi mengehadkan penglihatan pemandu.

Antara kelengkapan lain terdapat panel instrumen digital 12.3-inci serta unit infotainmen LexusConnect 14-inci baharu, dimana kedua-uanya dipasangkan dengan sistem audio sekeliling Mark Levinson di rak atas. Yang ketara di sini juga ialah tempat duduk yang direka bentuk semula memberikan keselesaan yang dipertingkatkan. 

Bagi ciri keselamatan, ia''dilengkapi dengan sistem ADAS Lexus Safety System+ (LSS+) yang sebenarnya merupakan ciri standard untuk semua model.

image.png

Dikhabarkan, Lexus ES 2026 akan ditawarkan dengan dua pilihan trenkuasa iaitu  hibrid (HEV) dan elektrik.

Dari segi visual, kedua-dua varian ini dapat dibezakan melalui kehadiran dan ketiadaan gril bahagian  hadapannya, manakala  arian EV tidak memerlukan gril tersebut.

Varian hibrid, iaitu ES300h dan ES350h, masing-masing akan dikuasakan oleh enjin petrol 4-silinder 2.0 liter dan 2.5 liter yang dipadankan dengan transmisi automatik ECVT. Enjin tersebut mampu menjana sehingga 200 HP dan 245 HP masing-masing.

Selain itu, kedua-dua model ini juga akan  ditawarkan dengan sistem pacuan hadapan (FWD) dan pacuan semua roda (AWD).

image.png

Sementara itu, varian elektrik,  ES350e FWD dikatakan mampu menghasilkan kuasa setakat 222 hp manakala kuasa model premium ES500e AWD lebih bertenaga kerana mampu menghasilkan kuasa setakat 338 hp.

Untuk makluman, kedua-dua varian ini dibina berasaskan platform seni bina global baharu Lexus – Lexus Global Architecture-K  yang menampilkan eAxles baharu, iaitu motor elektrik rekaan unik Toyota yang menggabungkan unit kawalan kuasa dan transaksel dalam satu sistem.

Lexus tidak mendedahkan kapasiti bateri sebenar bagi kedua-dua model ini, namun mereka dijangka berkongsi pek bateri yang sama. 

Ini berdasarkan dakwaan Lexus bahawa kedua-duanya mampu menerima input pengecasan DC sehingga 150 kW, yang membolehkan pengecasan dari 10% ke 80% dalam masa hanya 30 minit.

Yang penting, Lexus turut mengesahkan model elektrik mereka (ES250e FWD) ampu bergerak sehingga 685km manakala 610 KM untuk ES500e AWD. 

image.png

Namun begitu, angka-angka ini adalah berdasarkan penilaian CLTC, jadi dijangkakan jarak sebenar mungkin lebih rendah apabila diuji nanti!

Selepas ia ditayangkan  di Auto Shanghai 2025, rangkaian Lexus ES 2026 yang baharu ini akan dilancarkan secara berperingkat di pelbagai rantau mulai pertengahan tahun ini.

Apapun, ketibaan  Lexus ES ini menandakan langkah penting Lexus ke arah masa depan yang lebih berfokus kepada elektrifikasi.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX8351

SELANGOR

BSU9432

JOHOR

JH2089J

PULAU PINANG

PSH3245

PERAK

APM8241

PAHANG

CFJ3746

KEDAH

KGJ7615

NEGERI SEMBILAN

NEM5483

KOTA KINABALU

SJV1173

KUCHING

QAB9726P

Terakhir Kemas Kini 10 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau

Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau

Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.

03-11-2026
Berita Auto
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?

Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?

EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.

21-10-2026
Berita Auto
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto
Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan

Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan

Perodua menerajui carta jualan September 2026.

15-10-2026
Global
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc

Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc

Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.

10-09-2026
Kereta Baru
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Berita Auto
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026

Berita Terkini

Global
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia

Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia

Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.

06-11-2026
Global
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.

29-10-2026
Global
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.

28-10-2026
Global
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800

EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800

Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.

25-10-2026
Global
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
Global
iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Tiba: SUV Elektrik Boxy Saingan Baru.

22-10-2026
Global
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?

Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?

Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027

21-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.