- Berita
- Berita Auto
- Hypercar Berkuasa Kuda 830 HP, Lamborghini Essenza SCV12 Ditawarkan Game Asphalt 9!
Hypercar Berkuasa Kuda 830 HP, Lamborghini Essenza SCV12 Ditawarkan Game Asphalt 9!
Permainan video perlumbaan Asphalt 9: Legends, baru-baru ini telah menawarkan hypercar terbaharu untuk digunakan pemain iaitu Lamborghini Essenza SCV12.

Dalam dunia realiti, Lamborghini Essenza SCV12 ialah sebuah model edisi terhad yang hanya dikeluarkan sebanyak 40 unit. Namun begitu, dalam permainan video ini, pemain dapat mencuba hypercar tersebut dalam litar yang paling terkenal di dunia.


Syarikat pembangun dan pengeluar permainan Asphalt, Gameloft, telah memilih Essenza SCV12 kerana keunikannya dari segi reka bentuk yang futuristik, ciri aerodinamik dan juga enjinnya yang menakjubkan.



Enjin yang digunakan ialah enjin V12 N/A dengan kuasa tertinggi yang pernah dihasilkan oleh Automobili Lamborghini. Berdasarkan informasi, enjin ini memiliki kuasa kuda mencecah 830 hp

Essenza SCV12 adalah sebuah model kereta yang diperkenalkan pada tahun 2020. Dibangunkan oleh Squadra Corse dan direka oleh Lamborghini Centro Stile, kereta ini diberikan sentuhan penuh perincian supaya pemandu dapat menikmati prestasi perlumbaan litar yang sebenar.


Pengguna Essenza SCV12, menerima layanan bertaraf eksklusif di mana mereka diterima masuk ke dalam sebuah kelab yang menawarkan akses kepada program-program istimewa. Dalam program ini, pengguna Essenza SCV12 dapat memandu dalam litar-litar yang terkenal di seluruh dunia.




Ketua sukan permotoran Automobili Lamborghini, Giorgio Sanna berkata, "Terdapat versi digital untuk kesemua kejuaraan GT yang membabitkan persaingan menggunakan Lamborghini, memberikan pemandu dan peminat sebenar peluang untuk merasa keseronokan dan pengalaman (memandu kereta ini) melalui simulasi dalam litar maya.
"Permainan video sememangnya lebih kepada keseronokan dan kurang realistik, namun ia merupakan satu teknik yang penting bagi memperkenalkan kereta kami kepada orang awam dan generasi muda. Disebabkan itu, kami sangat gembira apabila Essenza SCV12 dipilih oleh Asphalt 9: Legends, membolehkan pemain merasai keseronokan memandu hypercar khas untuk penggunaan litar ini."

Sejak pelancarannya pada 13 Mei lalu, pemain permainan video Asphalt 9 di seluruh dunia boleh memilih Essenza SCV12 dalam lapan pilihan warna berbeza. Pemain juga berpeluang untuk berlawan dalam “Lamborghini Essenza SCV12 Challenge."

Perlumbaan e-Sport "Lamborghini Essenza SCV12 Challenge" ini merangkumi tiga pusingan kelayakan. Pusingan pertama bermula pada 13-16 Mei, pusingan kedua pada 10-13 Jun dan ketiga pada 1-5 Julai
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4918
SELANGOR
BSU8716
JOHOR
JH436J
PULAU PINANG
PSH2593
PERAK
APM7597
PAHANG
CFJ3540
KEDAH
KGJ7326
NEGERI SEMBILAN
NEM5230
KOTA KINABALU
SJV573
KUCHING
QAB9540P
Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Urus Performante, Edisi Terhad, Ada 40 Biji Je
Lamborghini menayangkan Lamborghini Urus Performante "Essenza SCV12" Limited Edition.
18-05-2023
Berita Terkini
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Banjir Shah Alam: Ini Senarai Highway & Jalan Ditutup
Antara lokasi terjejas ialah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).
04-11-2026
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

