ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hypercar Berkuasa Kuda 830 HP, Lamborghini Essenza SCV12 Ditawarkan Game Asphalt 9!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Permainan video perlumbaan Asphalt 9: Legends, baru-baru ini telah menawarkan hypercar terbaharu untuk digunakan pemain iaitu Lamborghini Essenza SCV12.

Dalam dunia realiti, Lamborghini Essenza SCV12 ialah sebuah model edisi terhad yang hanya dikeluarkan sebanyak 40 unit. Namun begitu, dalam permainan video ini, pemain dapat mencuba hypercar tersebut dalam litar yang paling terkenal di dunia. 

Syarikat pembangun dan pengeluar permainan Asphalt, Gameloft, telah memilih Essenza SCV12 kerana keunikannya dari segi reka bentuk yang futuristik, ciri aerodinamik dan juga enjinnya yang menakjubkan. 

Enjin yang digunakan ialah enjin V12 N/A dengan  kuasa tertinggi yang pernah dihasilkan oleh  Automobili Lamborghini. Berdasarkan informasi, enjin ini memiliki kuasa kuda mencecah 830 hp

Essenza SCV12 adalah sebuah model kereta yang diperkenalkan pada tahun 2020.  Dibangunkan oleh Squadra Corse dan direka oleh Lamborghini Centro Stile, kereta ini diberikan sentuhan penuh perincian supaya pemandu dapat menikmati prestasi perlumbaan litar yang sebenar. 

Pengguna Essenza SCV12, menerima layanan bertaraf eksklusif di mana mereka diterima masuk ke dalam sebuah kelab yang menawarkan akses kepada program-program istimewa. Dalam program ini,  pengguna  Essenza SCV12 dapat memandu dalam litar-litar yang terkenal di seluruh dunia. 

Ketua sukan permotoran Automobili Lamborghini, Giorgio Sanna berkata, "Terdapat versi digital untuk kesemua kejuaraan GT yang membabitkan persaingan menggunakan Lamborghini, memberikan pemandu dan peminat sebenar peluang untuk merasa keseronokan dan pengalaman (memandu kereta ini) melalui simulasi dalam litar maya.

"Permainan video sememangnya lebih kepada keseronokan dan kurang realistik, namun ia merupakan satu teknik yang penting bagi memperkenalkan kereta kami kepada orang awam dan generasi muda.  Disebabkan itu, kami sangat gembira apabila Essenza SCV12 dipilih oleh Asphalt 9: Legends, membolehkan pemain merasai keseronokan memandu hypercar khas untuk penggunaan litar ini."

Sejak pelancarannya pada 13 Mei lalu, pemain permainan video Asphalt 9 di seluruh dunia boleh memilih Essenza SCV12  dalam lapan pilihan warna berbeza. Pemain juga berpeluang untuk berlawan dalam “Lamborghini Essenza SCV12 Challenge."

Perlumbaan e-Sport "Lamborghini Essenza SCV12 Challenge"  ini merangkumi tiga pusingan kelayakan. Pusingan pertama bermula pada 13-16 Mei, pusingan kedua pada 10-13 Jun dan ketiga pada 1-5 Julai

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW4776

SELANGOR

BSP6496

JOHOR

JYV9154

PULAU PINANG

PSB9061

PERAK

APH1942

PAHANG

CFG4024

KEDAH

KGF6535

NEGERI SEMBILAN

NEK2996

KOTA KINABALU

SJR7083

KUCHING

QAB7054N

Terakhir Kemas Kini 06 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Suku Pertama 2026: MG Motor Malaysia 'Fly' Tinggi dengan Pertumbuhan 57%

MG Motor Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa, Jualan Suku Pertama 2026 Melonjak 57%.

05-05-2026
Berita Auto

Aerotrain KLIA Kembali Beroperasi 24 Jam Sehari Hujung Mei Ini

Pengguna kini boleh menarik nafas lega kerana Aerotrain bakal beroperasi.

05-05-2026
Berita Auto

Berhenti Jadi Mangsa Statistik: Volvo Ajak Anda 'Belajar Memandu' Semula di SIC

Selamat Driving Experience merupakan sebahagian daripada kempen Selamat yang dilancarkan oleh Volvo Car Malaysia .

05-05-2026
Berita Auto

Satu Hari, 2,088 Nahas: Disiplin Jalan Raya Makin Merosot?

Sebanyak 2,088 kes kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sahaja semalam.

05-05-2026
Berita Auto

Kerajaan Tanggung Subsidi Bahan Api RM5 Bilion Sebulan

Kerajaan mendedahkan jumlah subsidi bulanan melonjak drastik daripada RM700 juta pada Januari lalu kepada RM5 bilion sebulan ketika ini.

05-05-2026
Berita Auto

Nak Tukar EV? Caricarz Automall Tawar TQ Wuling Bingo Harga Mampu Milik

Caricarz Automall menawarkan Tq Wuling Bingo EV terpakai pada harga sangat berbaloi.

05-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun

Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!

04-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.