ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MINI 3 Door, MINI 5 Door & MINI Convertible Tampil Dengan Ciri Teknologi & Reka Bentuk Terkini!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

MINI telah mendedahkan kepada dunia versi yang terkini bagi MINI 3 Door, MINI 5 Door dan MINI Convertible dengan pelbagai ciri yang tidak terdapat pada model sebelum ini. MINI juga turut memberikan kejutan kehadiran model terbaharu yang dinamakan MINI Electric. 






"MINI 3 Door, MINI 5 Door dan MINI Convertible melambangkan kecemerlangan MINI dalam aspek reka bentuk dan teknologi, kerana ia menyatukan (ciri) keseronokan go-kart sebuah MINI klasik dengan keperluan kontemporari untuk kekal berada di hadapan," ujar Pengarah Pengurusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser. 

Model terbaharu ini mengukuhkan kedudukan MINI sebagai penyedia kenderaan premium yang menjanjikan keseronokan pemanduan dan memiliki reka bentuk ekspresif, antara kelebihan yang tiada tandingannya bagi segmen ini.  Tambah De Visser, "Tidak mengejutkan (sekiranya dikatakan bahawa) MINIacs (peminat MINI) di Malaysia menyukai keseronokan (umpama membawa) go-kart yang ditawarkan MINI, satu perkara yang kami dinanti-nantikan untuk model MINI baharu ini.

Dihasilkan untuk menjadi teman pemanduan yang sempurna, MINI 3 Door, MINI 5 Door dan MINI Convertible merupakan antara model terlaris pada tahun 2020."

Model tahun ini didatangkan dengan reka bentuk hadapan, sisi dan belakang yang berbeza daripada sebelumnya.  Antara perubahan penting yang telah dilakukan pada model MINI yang terkini adalah penggunaan rim aloi ringan, pilihan warna yang berbeza, perubahan dari segi reka bentuk stereng, kabin kereta dan juga pada saluran udara.   

Model baharu ini memiliki gril depan berbentuk heksagon yang bergaya, bampar baharu yang dilengkapi lampu kabus dan lampu depan LED, bersama-sama dengan perumah baharu berwarna  hitam berkilat. 




Warna  Piano Black dapat dilihat pada bahagian pemegang pintu kereta, ekzos, logo MINI, lambang model kereta dan juga penutup tangki minyak. 




Bergerak ke bahagian dalam, stereng baharu kereta memiliki jejari yang melintang, di samping corong udara yang telah dimodenkan dan diintegrasikan dengan fascia kokpit kereta.  



Disediakan dalam warna Piano Black juga ialah sistem infotainmen dengan skrin paparan 8.8 inci. Skrin ini dilengkapi dengan sistem navigasi dan Apple CarPlay serta ciri grafik terbaik yang didatangkan secara standard untuk kesemua model baharu MINI.  




Kluster instrumen digital yang digunakan adalah sebuah panel bersaiz 5 inci memiliki widget yang boleh dikonfigurasi dan juga dua warna tema seperti Lounge dan Sport. MINI terbaharu ini turut memiliki enam pilihan pencahayaan ambien. 

Enjin yang digunakan varian terbaru ini ialah enjin MINI TwinPower Turbo 2.0L, 4 silinder yang digabungkan dengan transmisi automatik Sports Dwi-Klac 7 Kelajuan. Enjin ini mampu menjana kuasa sehingga 192 hp dan tork 280 Nm.  MINI 3 Door dan MINI 5 Door yang baharu memiliki kelajuan maksimum mencecah 235km/j. Sementara itu, MINI Convertible baharu pula memiliki kelajuan tertinggi sehingga  230km/j.





MINI 3 Door dan MINI 5 Door memiliki kadar penggunaan minyak yang sama iaitu sebanyak 6L/100km, MINI Convertible pula lebih rendah iaitu 6.3L/100km  .Dari segi prestasi model-model terbaharu ini, MINI 3 Door boleh melakukan pecutan daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 6.7 saat, MINI 5 Door  dalam 6.8 saat dan MINI Convertible pula 7.1 seconds. Nampaknya, MINI 3 Door ialah varian terpantas dengan perbezaan yang tidak begitu ketara.  

Didatangkan secara standard untuk kesemua model ialah Bantuan Pemanduan yang merangkumi sistem bantuan lampu suluh tinggi digital, informasi had kelajuan, person warning dengan fungsi light city braking, dan juga approach control warning dengan light city braking function. 

Selain itu, juga adalah sebahagian daripada sistem Bantuan Pemanduan ini ialah bantuan parkir dan amaran keluar lorong, yang pertama dalam barisan kereta keluaran MINI, kini didatangkan secara standard untuk semua model baharu MINI.  

Untuk meningkatkan interaksi digital antara pemandu dan juga model-model MINI terbaharu ini, kereta didatangkan dengan aplikasi MINI  yang lebih maju. Sistem ini lengkap dengan fungsi seperti perkhidmatan jarak jauh, navigasi on-the-go, dan ciri e-Mobility.  

Didatangkan secara standard untuk kesemua varian ialah kluster instrumen digital, Teleservices, MINI Online, panggilan kecemasan pintar, perkhidmatan jarak jauh dan telefoni dengan pengecas tanpa wayar. 

Berkenaan warna kereta, MINI 3 Door dan New MINI 5 Door ditawarkan dalam warna-warna seperti  White Silver, Island Blue, Chili Red, British Racing Green dan Rooftop Grey, lengkap dengan Jet Black Roof dan Black Bonnet Stripes. 

MINI Convertible versi baharu pula ditawarkan dalam warna-warna eksklusif iaitu Zesty Yellow, White Silver, Island Blue, Chili Red, dan British Racing Green, yang didatangkan bersama MINI Yours Softtop.







MINI 3 Door ditawarkan pada harga RM 253,318.69, MINI 5 Door pada RM 261,005.83 dan MINI Convertible berharga RM 274,360.46. 

Model baharu MINI ditawarkan di semua lokasi pengedar sah MINI di seluruh negara bermula 2 Jun.  Walau bagaimanapun, pusat-pusat pengedaran ditutup buat sementara waktu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan.  

Sesiapa yang berminat boleh melawat laman web rasmi MINI di mini.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai model-model ini. 

Tempahan turut boleh dibuat secara dalam talian dengan bayaran hanya RM1,000 bagi setiap kereta melalui platform MINI eShop di mini.my


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW4838

SELANGOR

BSP6512

JOHOR

JYV9179

PULAU PINANG

PSB9074

PERAK

APH1949

PAHANG

CFG4030

KEDAH

KGF6540

NEGERI SEMBILAN

NEK2996

KOTA KINABALU

SJR7093

KUCHING

QAB7063N

Terakhir Kemas Kini 06 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

28-01-2026
Berita Auto

23-05-2025
EV

24-02-2025
Kereta Baru

08-01-2025
Berita Auto

13-11-2024
EV

25-10-2024
Global

23-10-2024
EV

15-10-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.

06-05-2026
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026
Kereta Baru

Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng

Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.

30-04-2026
Kereta Baru

BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.

27-04-2026
Kereta Baru

MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000

MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.

24-04-2026
Kereta Baru

600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300

Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.

17-04-2026
Kereta Baru

Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?

Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?

16-04-2026
Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.