Hanya RM99 Untuk Tempah X70 Edisi Khas
Pembuat kereta nasional kedua terbesar di Malaysia, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) melancarkan Proton X70 Edisi Khas (X70 SE).
Lebih menarik, model itu dikatakan hanya dikeluarkan 2,000 unit.

“Dengan menambahkan Proton X70 Edisi Khas ke rangkaian model kami, Proton telah memperluaskan pasaran sasaran kami.
“Biarpun, ia merupakan pengeluaran model terhad, kami yakin ia akan menarik peminat pembeli yang menitiberatkan ciri-ciri kemewahan.
“Malah ini adalah masanya, bagi mereka yang sedang mencari kenderaan utiliti sukan pada harga berpatutan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn.Bhd, Roslan Abdullah dalam satu kenyataan.

Model Edisi Khas itu menawarkan bahagian luaran dan dalaman yang telah dikemaskini.
Ia ditawarkan dengan warna baharu yang unik iaitu Ocean Blue dan Ruby Red selain dipadankan dengan rim aloi 19 inci, bumbung, spoiler belakang dan cermin pintu yang diwarnakan hitam.

Malah, terdapat lambang SE eksklusif yang dipasang pada bahagian belakang sebagai sentuhan terakhirnya.
Menjengah bahagian dalamannya, tempat kerusinya dibaluti dengan kulit Nappa berwarna hitam selain kemasan hiasan dalaman yang eksklusif dan hamparan karpet yang hanya eksklusif untuk model Edisi Khas.

Selain itu, model ini dikatakan memiliki spesifikasi yang sama dengan varian Premium 2WD.
Ia dijana dengan enjin 1.8L TGDi dan transmisi dwi-klac tujuh-kelajuan.
Model berkenaan juga dilengkapi dengan Sistem Penulenan Udara Pintar PROTON (P-IAPS), enam beg udara SRS dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dan Kamera 360.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai harga model gempak ini!

Proton X70 Edisi Khas ditawarkan pada harga RM123,800. Ia boleh didapati mulai sekarang sehingga 31 Disember ini namun tertakluk pada ketersediaannya.
Ia akan dijual bersama insentif cukai jualan PEMERKASA yang bernilai RM7,000. Lebih menarik, ia kini boleh ditempah secara dalam talian daripada harga serendah RM99.
Untuk keterangan lanjut, layari laman web Proton di www.proton.com.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR2973
SELANGOR
BST9400
JOHOR
JE6579J
PULAU PINANG
PSF7670
PERAK
APL6553
PAHANG
CFH8155
KEDAH
KGJ2329
NEGERI SEMBILAN
NEL9785
KOTA KINABALU
SJU2461
KUCHING
QAB6103P
Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV Nasional Mampu Milik: MITI, Proton, Perodua Bincang Usaha Percepat Pengeluaran
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat pengeluar kenderaan tempatan.
23-02-2023
Februari & Mac 2023 Bakal Catat Jualan Kereta Tinggi, Ini Sebabnya...
Bulan Februari dan Mac tahun ini dijangka akan mencatatkan jumlah jualan industri (TIV) yang tinggi.
22-02-2023
Proton X Watch Kini Di Pasaran! Hanya RM1,499! Boleh Kawal Fungsi Kereta?
Proton baru sahaja melancarkan jam tangan pintar, Proton X Watch, yang kini boleh didapatkan pada harga RM1,499.
12-02-2023
Industrial Labs Jadi Pembekal Sistem Solar Fotovoltaik Untuk Proton Global Services
Anak syarikat milik Proton Edar, Proton Global Services Sdn. Bhd. (PGS) telah melantik Industrial Laboratories Sdn. Bhd. (Industrial Labs) sebagai pembekal sistem solar fotovoltaik (PV) kedua.
19-01-2023
Proton Pertonton Enjin Turbo 3 Silinder Hibrid Ringan 1.5L Dalam Video Korporat Terbaharu
Proton bakal memperkenalkan trenkuasa hibrid pertama keluaran syarikat tidak lama lagi.
05-01-2023
Proton Capai Prestasi Jualan Terbaik Sejak 2013! Ini Dia 2 Model Terlaris Proton...
Proton mengakhiri tahun 2022 dengan pertumbuhan jualan empat tahun berturut-turut.
04-01-2023
Proton X50, X70 Terkenal Di Afrika Selatan! Kini Sudah Unit Ke-1000 Proton Dieksport!
Kedudukan pengeluar kereta nasional PROTON kini kukuh di Afrika Selatan dalam tempoh hanya dua bulan.
23-12-2022
Tun Mahathir Puji Polestar 2, Harap Proton Hasilkan EV Sendiri!
DRB-Hicom telah membawa sebuah Polestar 2 untuk ditunjukkan kepada Tun Mahathir.
10-12-2022
Berita Terkini
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
