ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

DS Automobile Akan Menjadi Penaja Utama Untuk EVER Monaco, DS 9 E-Tense Akan Diperkenalkan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pameran antarabangsa kenderaan mesra alam, Ever Monaco yang ditubuhkan sekitar tahun 2005 bertujuan untuk mempromosikan mobiliti lestari selain kenderaan tenaga yang boleh diperbaharui.

Oleh itu, Monaco mengalu-alukan kehadiran pemain yang paling banyak terlibat dalam meningkatkan kecekapan bahan api dan pembangunan bentuk tenaga baharu.


Pameran edisi ke-16 diadakan di Espace Fontvieille selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Mei lalu. Ia mendapat sokongan daripada kerajaan dan rakan kongsinya, Syarikat Gas dan Elektrik Monaco.

Satu pertunjukan umum termasuk perbincangan panel dan uji pandu DS 9 E-TENSE 225 akan turut diadakan pada pameran berkenaan.

DS Automobile ialah nama keluarga besar dalam elektrifikasi apabila hampir satu pertiga jualannya adalah daripada  kenderaan elektrik atau plug in hibrid.

Sepanjang tahun 2020,  jenama itu (DS Automobile) mencatatkan hasil pencapaian yang memberangsangkan dalam pembangunan  strategi kenderaan elektrik sejak ia ditubuhkan pada 2014.

Monaco E-Prix akan membuat tujuh pusingan dalam Kejohanan Dunia FIA Formula E dimana DS Automobile memegang gelaran berganda untuk kategori Pemandu dan Pasukan.

Jean-Eric Vergne dan DS TECHEETAH merupakan juara dalam perlumbaan Formula E yang terakhir di Monaco. 


“Edisi baharu EVER Monaco adalah pameran terpenting buat kami untuk memperkenalkan DS 9 memandangkan kereta salun elegan kami akan mula dijual.

“Penglibatan kami dalam pameran yang dikhaskan untuk mobiliti lestari  turut menekankan strategi kenderaan elektrik  sejak ia ditubuhkan pada tahun 2014. Hari ini,  kami menjadi peneraju emisi karbon dioksida daripada pelbagai jenama tenaga di Eropah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif DS Automobile, Beatrice Foucher.

Sepanjang minggu ini tambahnya, pihaknya juga akan berada di Monaco untuk mencari kemenangan buat kali kedua secara berturut-turut bagi mempertahankan gelaran mereka dalam Formula E.

Berbalik kepada DS 9 E-TENSE, ia akan mula dijual pada tahun ini. Ia menawarkan kuasa plug in hibrid dimana ia mampu menghamburkan kuasa 360 kuasa kuda selain digandingkan dengan pemacu empat pacuan roda.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS2271

SELANGOR

BSU1401

JOHOR

JF384J

PULAU PINANG

PSF9490

PERAK

APL8039

PAHANG

CFH8716

KEDAH

KGJ3035

NEGERI SEMBILAN

NEM1410

KOTA KINABALU

SJU3520

KUCHING

QAB6589P

Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

04-02-2025
Global

12-09-2024
Global

28-07-2024
Berita Auto

29-02-2024
Berita Auto
Global

27-09-2022
EV

DS Automobiles Tayang Dua "Buah Hati" Terbaharunya

DS Automobiles menayangkan model sedannya yang cukup canggih, elegan dan bergaya, DS 9.

31-03-2022
EV

18-03-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026
Berita Auto

Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching

Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.

29-09-2026
Berita Auto

EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.

29-09-2026
Berita Auto

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports

Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.

28-09-2026
Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.