Stellantis Bakal Hentikan Jualan Jenama Yang Tidak Laris? Ini Jenama Yang Mungkin Terlibat...

Kumpulan automotif multinasional, Stellantis, mengumumkan penurunan keuntungan bagi separuh pertama tahun 2024 sebanyak 48% berbanding tempoh sama tahun lalu. Pengeluar kenderaan terkemuka dunia itu mencatatkan keuntungan bersih berjumlah hanya AS$6.07 bilion. Prestasi ini menyebabkan harga sahamnya menurun sebanyak 8.5%.
Dalam tempoh yang sama, nilai pendapatan terlaras turun daripada AS$9.22 bilion yang dicatatkan pada 1H 2023 kepada hanya AS$6.18 bilion pada 1H 2024. Penurunan keuntungan dan pendapatan ini telah mendorong organisasi untuk mempertimbangkan penamatan jualan beberapa jenama.
Prestasi Kurang Memberangsangkan di Amerika Utara

Dalam satu wawancara dengan Reuters baru-baru ini, CEO Stellantis, Carlos Tavares mendedahkan bahawa situasi ini berlaku kerana prestasi yang kurang memberangsangkan di Amerika Utara, yang mana jualan turun sebanyak 16%.
Jenama Berprestasi Buruk akan Ditamatkan



Dalam wawancara yang sama, Tavares memberi amaran bahawa tiada ruang untuk menjadi sentimental terhadap jenama-jenama yang tidak menguntungkan, “Jika tidak menghasilkan keuntungan, kami akan menghentikan [jualan] mereka,” kata eksekutif tersebut.
Spekulasi Jenama yang Mungkin akan Dihentikan Jualan
-full.jpg)
Ini telah mendorong kepada spekulasi bahawa jenama seperti Lancia, DS Automobiles dan Maserati mungkin akan dihentikan. “Kami tidak mampu mengekalkan jenama yang tidak menguntungkan,” tambah Tavares lagi.
Carlos bagaimanapun enggan mengakui bahawa langkah pemotongan kos secara drastik yang diambil Stellantis sebelum ini menjadi punca prestasi buruk pada separuh pertama tahun ini.
Rancangan Masa Depan Stellantis
Bekas eksekutif Renault itu menekankan lagi bahawa Stellantis sedang melakukan persediaan untuk memperkenalkan sekitar 20 model baharu tahun ini. Kehadiran produk baharu ini dijangka akan memberikan peluang yang lebih baik untuk memperbaiki pencapaian firma tersebut. Stellantis juga dikhabarkan merancang untuk mengurangkan harga produk bagi meletakkan diri mereka dalam kedudukan yang lebih kompetitif.
Baca: SUV Coupe Citroën Basalt Bakal Ditawarkan di Malaysia? Ini Kata Stellantis M'sia...
Baca: Ini Pencapaian Stellantis Malaysia Setelah 100 Hari Beroperasi – Pertumbuhan Jualan Lebih 100%
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC6526
SELANGOR
BSQ8454
JOHOR
JYY7485
PULAU PINANG
PSD1321
PERAK
APJ2503
PAHANG
CFG7912
KEDAH
KGG5216
NEGERI SEMBILAN
NEK6635
KOTA KINABALU
SJS4331
KUCHING
QAB119P
Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kia, Stellantis Jalin Kerjasama Bagi Pemasangan Tempatan
Kia Umum Kerjasama Strategik Bersama Stellantis Malaysia.
08-06-2026
Projek Hidrogen Stellantis Ditamatkan Secara Mengejut
Gergasi automotif global, Stellantis, mengejutkan ramai apabila mengumumkan penamatan program pembangunan teknologi sel bahan api hidrogennya.
18-07-2025
Maserati Bakal 'Terpadam' Daripada Portfolio Stellantis?
Gergasi automotif global, Stellantis, dilaporkan sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk melepaskan jenama mewah Maserati.
24-06-2025
Antonio Filosa Dilantik CEO Baharu Stellantis, Ganti Carlos Tavares
Stellantis mengumumkan pelantikan Antonio Filosa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu.
29-05-2025
Jenama Eurorepar Tawar Servis, Alat Ganti OEM Pada Harga Mampu Milik, Bakal Tembusi Pasaran Malaysia
Stellantis mendedahkan rancangan untuk memperkenalkan jenama selepas jualan pelbagai jenama miliknya, Eurorepar akan menembusi pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.
16-05-2025
Leapmotor B10 Baru Dilancar, Sudah Terima Lebih 15,000 Tempahan
Leapmotor B10 ditawarkan pada harga bermula dari RM67,000.
12-03-2025
Stellantis Rombak Struktur Pengurusan, Pencarian CEO Masih Diteruskan
Syarikat automotif global, Stellantis mengumumkan rombakan besar dalam struktur pengurusannya minggu ini sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk menyederhanakan organisasi.
05-02-2025
Stellantis Akan Ambil Alih Syarikat Pengeluar Sistem Transmisi Kereta, Punch Powertrain
Syarikat automotif global, Stellantis, mengumumkan pengambilalihan penuh Punch Powertrain.
30-01-2025
Berita Terkini
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam
Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam
08-06-2026
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
