Ini Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Keluar Rumah Esok Pagi!
Jangan lupa! Bermula esok hanya seorang wakil keluarga dibenarkan keluar rumah untuk membeli keperluan asas.
Itupun, anda hanya boleh bergerak dalam lingkungan radius 10 kilometer (km) dari kediaman masing-masing.

Untuk makluman anda, perintah kawalan ini hanya dikenakan ke atas beberapa mukim di Kuala Lumpur dan Selangor gara-gara ia menunjukkan trend jangkitan Covid-19 yang agak tinggi sejak kebelakangan ini.
Buat masa ini, Selangor mencatatkan rekod antara 1,800 ke 1,900 kes manakala purata kes harian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula merekodkan 600 ke 1,000 kes.
Oleh itu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKPD di lapan daerah dalam Selangor yang membabitkan 34 buah mukim manakala, sebanyak 14 lokaliti di Kuala Lumpur turut dikenakan PKPD.

Arahan tersebut berkuatkuasa selama 14 hari bermula esok sehingga 16 Julai ini.
“Bermula esok orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang pergerakan yang tidak perlu selepas pukul 8 malam kecuali untuk kes kecemasan atau mendapat kelulusan dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM),” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan semalam.

Tambah beliau, semua laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal ketat oleh PDRM mulai tengah malam ini.

Jadi, jalankan tanggungjawab kita , duduklah di rumah dan jika terpaksa keluar rumah atas urusan, penting atau kecemasan, patuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Namun apa yang menjadi persoalannya, adakah langkah yang diambil ini berupaya melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19 menerusi PKPD yang lebih ketat?
Nantikan hasil keputusan Covid di kedua-dua negeri ini selepas tempoh dua minggu nanti!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5408
SELANGOR
BST9876
JOHOR
JE7634J
PULAU PINANG
PSF8270
PERAK
APL7152
PAHANG
CFH8367
KEDAH
KGJ2490
NEGERI SEMBILAN
NEM670
KOTA KINABALU
SJU2779
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
