ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MAA Semak Semula Jangkaan TIV 2021, Pengedar Kenderaan Pula Dijangka Tutup Perniagaan!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan menyebabkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA)  terpaksa akur untuk mengurangkan unjuran jumlah jualan industri (TIV) 2021 sebanyak 5.6 peratus kepada 500,000 unit.


Sebelum ini, MAA pernah membuat ramalan berani bahawa TIV bagi 2021 akan mencecah sekurang-kurangnya 570,000 unit namun melihat kepada sektor automotif yang masih belum dibenarkan beroperasi dengan sepenunhnya menyebabkan MAA terpaksa membuat perubahan ramalan itu.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad berkata, perubahan itu dibuat memandangkan kilang automotif, pusat pengedaran dan bilik pameran hanya dibenarkan beroperasi menjelang Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).


“Ini menyebabkan kami tidak merekodkan jumlah jualan dan pengeluaran kenderaan. Kami juga tidak tahu bila bilik pameran dan kilang pemasangan kenderaan tempatan akan dibenarkan beroperasi semula.

“Malah, kebanyakan pengedar mendakwa mereka terjejas teruk terutamanya dari segi aliran tunai. Jika keadaan ini masih berlarutan untuk beberapa bulan lagi maka, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain menutup operasi atau membuang pekerja,” katanya.


Beliau berkata demikian pada taklimat media ketika membentangkan prestasi sektor automotif yang diadakan secara dalam talian pada pagi tadi.

Justeru, pihaknya telah menghantar beberapa permohonan supaya kerajaan membenarkan sektor automotif beroperasi namun dengan prosedur operasi standard yang lebih ketat.

Malangnya sehingga ini, pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas berhubung perkara itu.

Ketika ditanya mengenai TIV kenderaan baharu yang didaftarkan enam bulan pertama 2021, beliau bagaimanapun mendakwa bahawa tempoh berkenaan mencatatkan peningkatan sebanyak 43.6 peratus kepada 249,129 unit berbanding 173,545 unit yang direkodkan pada tempoh yang sama pada tahun lalu.

Sebaliknya, beliau mengakui  jualan kenderaan baharu pada bulan Jun merosot sebanyak 96 peratus kepada 1,921 unit berbanding 47,204 unit yang dicatatkan pada bulan sebelumnya (Mei).

Penurunan secara mendadak itu adalah disebabkan kesan daripada sekatan pergerakan seluruh negara yang dikenakan sejak 1 Jun lalu.


“Jualan kenderaan terpaksa dihentikan di seluruh negeri  sejak 1 Jun memandangkan sektor automotif tidak disenaraikan sebagai aktiviti ekonomi yang perlu (essential),” ujarnya sambil memberitahu bahawa pengedar kenderaan dijangka terpaksa gulung tikar jika terus tidak dibenarkan untuk beroperasi dalam tempoh terdekat.

Ia juga turut memberi tamparan hebat kepada pengedar besar kerana mereka juga  turut terjejas dan mungkin hanya boleh bertahan sehingga Oktober ini  jika kerajaan masih menutup operasi sektor automotif.

Sehubungan itu, beliau berharap sektor automotif dapat beroperasi semula atau Malaysia bakal kehilangan pasaran di peringkat global!


Tag:

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9245

SELANGOR

BSU2554

JOHOR

JF3280J

PULAU PINANG

PSG1764

PERAK

APL9486

PAHANG

CFH9376

KEDAH

KGJ3641

NEGERI SEMBILAN

NEM1983

KOTA KINABALU

SJU4374

KUCHING

QAB7145P

Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

28-09-2026
Berita Auto

20-05-2026
Berita Auto

24-09-2025
Berita Auto

16-07-2025
Berita Auto

27-02-2025
Berita Auto

13-12-2024
Berita Auto

13-11-2024
Berita Auto

15-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace

Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.

02-10-2026
Berita Auto

Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"

Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.

02-10-2026
Berita Auto

Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat

F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.

02-10-2026
Berita Auto

Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000

JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.

02-10-2026
Berita Auto

F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt

Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas

01-10-2026
Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.