Jentera Lumba V10 Dengan Pengaruh Countach!
Hadir dengan penampilan aerodinamik yang lebih radikal dan leleran paling berprestasi tinggi, pasukan Lamborghini Squadra Corse mempamerkan Huracan Super Trofeo EVO2.
-full.jpg)
Lamborghini Centro Stile mendapati gaya penampilan Huracan Super Trofeo EVO2 menandakan hasil reka bentuk terbaharu selain merupakan kereta lumba terbaharu syarikat itu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Automobili Lamborghini, Stephen Winkelmann berkata, tujuh tahun telah berlalu selepas pihaknya memperkenalkan Huracan Super Trofeo yang pertama di Pebble Beach.
“Dan kini Squadra Corse menambahkan satu bab baharu dalam sejarahnya,” katanya.
![]()
Bermula pada tahun 2022, versi terbaharu itu dikatakan bakal menempa nama menerusi siri perlumbaan Super Trofeo yang bakal beraksi di tiga benua, dimana pada tahun ini ia akan bertanding untuk musim ke-13.
Sejak tahun 2009, kira-kira 950 pemandu telah berlumba pada perlumbaan Super Trofeo. Pelumba berkenaan dikatakan telah bertanding lebih 310 jam di trek paling berprestij di dunia itu.
-full.jpg)
“Perlumbaan Super Trofeo merupakan tempat ujian paling terbaik untuk melihat penyelesaian teknikal dan aerodinamiknya baik untuk kereta jalan raya dan Grand Tourer namun dengan adanya Huracan Super Trofeo EVO2, kami telah mengorak satu lagi langkah ke hadapan.
“Pada April 2021, kami telah meraikan peristiwa penting pengeluaran kereta lumba Huracan yang ke-400 dan matlamat kami adalah dengan adanya Super Trofeo EVO2, kami mahu mencapai 500 unit kereta lumba dalam hanya beberapa tahun lagi,” kata Ketua Pegawai Teknikal Automobili Lamborghini, Maurizio Reggiani.
Menguji keseluruhan pembangunan jentera itu, pasukan Squadra Corse dan Centro Stile dikatakan telah bekerja keras terutamanya pada bahagian aerodinamik dan reka bentuknya.
-full.jpg)
Secara estetik, Huracan Super Trofeo EVO2 telah diadaptasi dengan rekaan generasi sebelum ini kepada gaya penampilan yang lebih ekstrem dimana elemen gaya jentera ini akan dilancarkan pada kereta biasa dalam beberapa tahun akan datang lagi.
Hasil rekaan dari hadapan hingga ke belakang jentera ini amat mengagumkan dimana anda boleh melihat terdapat beberapa perubahan ketara pada jentera ini.
Huracan Super Trofeo EVO2 kini bercirikan lampu LED intensiti tinggi yang hadir dengan reka bentuk heksagon.
-full.jpg)
Ia yang digandingkan dengan bahagian bibir hadapan yang dikenali sebagai Omega selain disambungkan dengan sirip gentian karbon sekali gus menonjolkan penampilan gaya yang sama dengan Huracan STO.
Menjengah bahagian belakangnya, ia dipadankan dengan sayap serat karbon yang agak besar dimana pasukan Squadra Corse dan Centro Stile menyifatkan ia diilhamkan oleh karya minimalisme.
Sekali lagi bagi memberi penghormatan kepada satu lagi hasil karya Lamborghini, rangka kluster lampu LED yang baharu boleh dilihat dengan jelas memandangkan ia sebenarnya telah diadaptasi menerusi reka bentuk model ikonik Lamborghini Countach.
Malah, turut dikatakan kluster lampu jentera ini disokong dengan bampar serat karbon melengkung yang menghubungkan pelengkap aerodinamik.
-full.jpg)
Lazimnya, pelengkap aerodinamik terletak di belakang roda dengan sirip penyebar yang telah direka semula.
Selain itu, fender belakang terdiri daripada elemen tunggal dimana ia merangkumi spoiler tepi selain permukaaan yang optimum.
Pelbagai komponen pada rangka kenderaan ini yang terdiri daripada material plastik digantikan dengan hasil serat karbon bagi mengekalkan kelestarian minimum dari segi pembiayaan kos.
“Ketika kami mengendalikan projek Huracan Super Trofeo EVO2, kami lantas memikirkan konsep “Racing in style” atau Berlumba dalam gaya.
-full.jpg)
“Ini merupakan kombinasi yang agak agresif untuk kereta lumba Huracan dan ciri gaya klasik DNA Lamborghini,” kata Ketua Reka Bentuk Lamborghini, Mitja Borkert.
Malah, Huracan Super Trofeo EVO2 dikatakan mewakili pendekatan estetika futuristik yang sebahagiannya menjangkakan elemen reka bentuk rangkaian kenderaan jalan raya yang akan datang.
Bagaimanapun, prestasi sesebuah kenderaan adalah segala-galanya terutamanya kereta trek Lamborghini.
-full.jpg)
Jentera ini dipadankan dengan enjin V10 aspirasi semula jadi 5.2 liter menyebabkan ia mampu menghamburkan 620 kuasa kuda.
Kesemua daya kuasa kuda itu dikendalikan oleh transmisi enam-kelajuan X-Trac yang dipadankan dengan sistem pemacu roda belakang.
Seperti sedia maklum bahawa dalam perlumbaan , brek adalah komponen yang amat penting iaitu sama seperti kelajuan. Oleh itu, sistem brek direka yang dibangunkan oleh Squadra Corse telah menjalani beberapa perubahan.
Misalnya, Huracan Super Trofeo EVO2 telah membesarkan saiz cakera hadapan dari 380mm kepada 390mm.
-full.jpg)
-full.jpg)
Dalam pada itu, kaliper baharu kini dapat memuatkan pad brek dengan reka bentuk unik selain permukaan yang lebih besar dimana ia dapat meningkatkan prestasi dan penggunaan bahan api.
"Super Trofeo merupakan konsep asas perlumbaan pelanggan kami dimana ia mampu menarik minat pemandu berbakat muda dan juga golongan lelaki.
Huracan Super Trofeo EVO2 ini khas untuk kedua-dua golongan ini dan kami telah mereka bentuk dengan matlamat yang tepat dengan menawarkan pemanduan yang lebih menarik selain memberi perhatian sepenuhnya kepada kos pengendaliannya” kata Ketua Motorsport Lamborghini, Giorgio Sanna.
Mengenai harganya, ia ditawarkan pada harga €250,000 (RM1.2 juta) dan para pelanggan berpeluang menaik taraf Huracan Super Trofeo EVO dengan kit khas yang akan mula didapati pada awal tahun hadapan.
-full.jpg)
Tambah Winkelmann, Huracan adalah salah satu model yang paling laris dijual dalam sejarah jenamanya.
-full.jpg)
-full.jpg)
Super Trofeo juga dilihat telah meningkatkan kejayaan Huracan,” katanya.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Bagaimanapun, Huracan Super Trofeo EVO2 telah ditayangkan secara umum pada 28 Mei lalu di Le Castellet, Perancis.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY9656
SELANGOR
BSV2157
JOHOR
JH6013J
PULAU PINANG
PSH4770
PERAK
APN1380
PAHANG
CFJ4391
KEDAH
KGJ8721
NEGERI SEMBILAN
NEM6304
KOTA KINABALU
SJV2469
KUCHING
QAB468Q
Terakhir Kemas Kini 19 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Cukai Jalan RM12k Mati, Lamborghini RM1 Juta Antara Disita JPJ
Ops Luxury JPJ: Lamborghini RM1 Juta Disita Cukai Jalan Mati.
08-09-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Lamborghini Temerario Kini Pengganti Huracan – Hibrid, 907 HP!
Lamborghini akhirnya memperkenalkan pengganti rasmi bagi model Huracan, iaitu Lamborghini Temerario.
19-08-2024
Lamborghini Terbabas, Pemandu Maut
Niat seorang lelaki untuk bersarapan di Bentong tidak kesampaian.
30-06-2024
Lamborghini Catat Keuntungan RM3.2 Bilion Tahun 2022, 56% Lebih Tinggi
Pengeluar kereta Itali, Lamborghini, telah mendedahkan laporan kewangan syarikat bagi tahun 2022.
24-03-2023
Polis Itali Guna Lamborghini Huracán Hantar Buah Pinggang Dalam 1 Hari, Perjalanan Hampir 600KM!
Pentingnya kewujudan kereta berprestasi tinggi dalam situasi kecemasan yang membabitkan masa!
28-12-2022
Lamborghini Huracan Diangkat Dengan Menggunakan Kren Sempena Pelancaran Supercar VIP Lounge!
Orang ramai kelihatan teruja selepas menyaksikan sebuah kren mengangkat sebuah Lamborghini Huracan sehingga tingkat tiga sebuah kompleks hiburan, The Hive di Skegness, London.
29-06-2021
Berita Terkini
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.
18-11-2026
Jualan Proton 2026: Model Berasaskan Geely Pintas Kereta "Buatan Tempatan"
Model Geely Kini Dominasi Jualan Proton 2026, Tapi Saga Masih 'Raja' Sebenar
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Ketika Cuba Elak Lubang
Maut ketika cuba elak lubang pembentung di Klang.
18-11-2026
Pusat 3S BYD Dibuka Di Ipoh, Bilik Pameran Terbesar di Utara
BYD Sime Motors Perkukuh Kehadiran di Utara Malaysia dengan Pembukaan Pusat 3S Baharu di Ipoh.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
